Saturday, July 10, 2010

Hakikat Zat Pada Sifat Allah

Sebelum melanjutkan membaca dan memahami kajian “Hakikat Zat Pada Sifat Allah” pada bagian ini, perlu disampaikan bahawa mulai dari kajian ketiga ini dan kajian-kajian selanjutnya, lebih bersifat pemahaman dan sangat memerlukankan kemurnian pemikiran dari pengaruh nafsu yang menyesatkan. Kerana pada kajian ini dan kajian selanjutnya merupakan salah satu kajian inti dari faham tariqat satariyah yang mendakwa bahawa, pemahaman tauhid dari fahaman satariyah merupakan satu-satunya cara tercepat atau jalan pintas untuk bertemu Allah swt. Fahaman tauhid satariyah tidak menyatakan dirinya sebagai bahagian dari aliran tariqat yang ada kerana sangat bersifat logik dan pemahamannya timbul dari proses pembelajaran, sedangkan fahaman tauhid dari fahaman tariqat lainnya, pemahamannya timbul dari pengamalan; Kedua-dua kaedah ini sah dan sama benarnya, tergantung kesanggupan untuk mengikuti kaedah pembelajaran dan pembentukan faham tauhidnya, sehingga sangat-sangat disarankan untuk terlebih dahulu atau kembali membaca dan mempelajari serta memahami kajian-kajian sebelumnya yang berhubungan dengan alasan:

1. Kajian ini sangat memerlukankan pemahaman sehingga apabila hanya sekali baca sahaja, diyakini bahawa pembaca tidak akan mendapat apa-apa daripada kajian ini, bahkan mungkin saja menyesatkan aqidah.

2. Untuk Hal-Hal yang kurang difahami dan meragukan, jangan difahami sendiri, tetapi disarankan untuk bertanya kepada para guru di majlis taklim atau pengajian masing-masing.

3. Yang lebih penting daripada itu adalah, bahawa yang difahami dalam kajian ini ada sifat Allah swt, bukannya zat Allah swt atau hubungan antara sifat dengan zatNya. Apabila salah dalam memahami konsep ini, maka akan jatuh kepada pemahaman tauhid yang sesat, yang menyakini bahawa makhluk boleh menyatu dengan zat Allah swt.

Setelah pada kajian yang lalu difahami bahawa melalui sifat-sifat yang diperkenalkan Allah swt kepada manusia sebagai makhluk, bererti Allah swt telah membukakan satu ruang yang sangat luas bagi kita untuk mengenal zatNya secara lebih terang dan nyata, kerana melalui sifat-sifat Allah tersebutlah kita mengenal hakikat zat itu dengan sesungguhnya.

Di antara dua puluh sifat yang difahami dalam keyakinan ahlul sunnah wal jamaah, terdapat dua sifat utama yang sangat menentukan keberadaan sifat-sifat yang lain. Tanpa dua sifat tersebut, maka keberadaan sifat-sifat yang lain akan tidak bererti, bahkan boleh meniadakan sifat-sifat yang lain.

Posting kali ini, kita akan melakukan pembahasan tentang sifat yang pertama daripada dua sifat yang utama itu, iaitu sifat wujud sebagai berikut:

Sifat Wujud : Wujud adalah sifat yang menandakan keberadaan zat. Tanpa sifat wujud ini, sifat-sifat yang lain akan menjadi tidak bererti bahkan sifat-sifat yang lain boleh menjadi tidak ada. Sifat wujud difahami melalui sifat-sifat ma’ani, sehingga untuk menjawab bagaimana wujudNya Allah, sudah boleh dijelaskan melalui sifat-sifat ma’ani yang dikelompokkan sebagai berikut:

· wujud Zat iaitu wujud yang melekat pada zat, difahami denga zat Allah iaitu wujud yang sebenar-benarnya ialah zat pada Allah, merupakan suatu yang tidak boleh diucapkan tetapi secara nyata boleh dirasakan seperti rasa manis pada gula dan rasa masin pada garam hanya boleh dirasakan tanpa boleh diperkatakan.

· wujud Sifat iaitu wujud yang melekat pada sifat zat, difahami dengan sifat Allah iaitu terhimpunnya sekalian sifat. Wujud ini dinamakan juga Nur Muhammad merupakan nyawa atau roh pada diri kita.

· wujud Afa’al iaitu wujud yang melekat pada perbuatan zat difahami dengan perbuatan Allah iaitu wujud yang keberadaannya disebabkan oleh suatu sebab sehingga tidak terjadi dengan sendirinya. Wujud ini dinamakan juga wujud Adam, merupakan tubuh pada diri kita.

· wujud Asma iaitu wujud yang melekat pada keimanan difahami dengan beriman kepada Allah iaitu wujud terdapat dalam keyakinan setiap makhluk yang memahami tentang zat Allah. Wujud ini dinamakan juga wujud iman, merupakan hati pada diri kita.

Sehingga pemahaman tentang wujud Allah ini adalah Zat Allah jadi rahsia pada diri Aku. Sifat Allah (Nur Muhammad) jadi nyawa atau roh pada diri Aku. Perbuatan Allah jadi tubuh pada diri Aku. Nama Allah jadi hati atau iman pada diri Aku.

Jadi bukan Zat melainkan rahsia pada diri Aku, bukan sifat melainkan Nur Muhammad, nyawa atau roh Aku, bukan perbuatan melainkan batang tubuh Aku, bukan Asma atau Nama melainkan keyakinan atau keimanan hati Aku.

Wallahu a’lam…

No comments:

Post a Comment