Thursday, July 8, 2010

Hakikat Tauhid

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Posting sebelum ini telah membicarakan tentang sifat Sifat Nafsiah dan Sifat Salbiyah. Pada posting kali ini, kita akan membicarakan tentang Sifat Ma’ani dan Sifat Ma’nawiyah sebagai berikut :

3. Sifat Ma’ani

Sifat Ma’ani selalu dikatakan sebagai sifat yang abstrak tetapi untuk lebih memahami dan mendalaminya, ianya adalah sifat yang membuktikan atau pembuktian wujud Allah, kerana dengan sifat ma’ani ini, Allah membuktikan sifat wujudnya yang dijelaskan dengan sifat salbiyah (Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil hawadith, Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniyah) yaitu :

a) Hayat bererti Allah itu bersifat hidup

b) Ilmu bererti Allah itu bersifat tahu

c) Qudrat bererti Allah itu bersifat kuasa

d) Irodat bererti Allah itu bersifat berkehendak

e) Sama’ bererti Allah itu bersifat mendengar

f) Bashor bererti Allah itu bersifat melihat

g) Kalam bererti Allah itu bersifat berkata-kata

Pembuktian sifat ma’ani sebagai sifat yang melekat pada wujud Allah dapat dibuktikan melalui kaedah pemahaman Tauhid Rububiyah yang bererti menyakini keberadaan Allah melalui ciptaanNya yaitu :

· kerana Allah mempunyai sifat hayat, maka kita boleh membuktikannya pada hidupnya tubuh kita. Jika tidak hidup tubuh kita itu, maka tidak terbukti hayatnya Allah, kerana hidup tubuh kita itu dengan hayatnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat ilmu, maka kita boleh membuktikannya pada tahunya hati kita. Jika tidak tahu hati kita itu, maka tidak terbukti ilmunya Allah, kerana tahu hati kita itu dengan ilmunya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat qudrat, maka kita boleh membuktikannya pada kuasanya tulang kita. Jika tidak kuasa tulang kita itu, maka tidak terbukti qudratnya Allah, kerana kuasa tulang kita itu dengan qudratnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat iradat, maka kita boleh membuktikannya pada berkehendaknya nafsu kita. Jika tidak berkehendak nafsu kita itu, maka tidak terbukti iradatnya Allah, kerana berkehendak nafsu kita itu dengan iradatnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat sama’, maka kita boleh membuktikannya pada mendengarnya telinga kita. Jika tidak mendengar telinga kita itu, maka tidak terbukti sama’nya Allah, kerana mendengar telinga kita dengan sama’nya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat bashor’, maka kita boleh membuktikannya pada melihatnya mata kita. Jika tidak melihat mata kita itu, maka tidak terbukti bashornya Allah, kerana mendengar telinga kita dengan bashornya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat kalam’, maka kita boleh membuktikannya pada berkata-katanya lidah kita. Jika tidak berkata-kata lidah kita itu, maka tidak terbukti kalamnya Allah, kerana berkata lidah kita dengan kalamnya Allah

Dengan pembuktian wujud Allah melalui sifat ma’ani ini memberikan pemahaman kepada kita bahawa sifat hayat merupakan pokok atau ibu dari sifat yang menjelaskan tentang zat Allah, sehingga tanpa sifat hayat, sifat wujud tidak bererti apa-apa.

4. Sifat Ma’nawiyah

Sifat ma’nawiyah merupakan sifat penegasan dari sifat ma’ani dengan

pemahaman sebagai berikut :

· kerana Allah bersifat hayat, maka wajib Zat Allah bersifat Hayyun bererti maha hidup

· kerana Allah bersifat ilmu, maka wajib Zat Allah bersifat Aliman bererti maha mengetahui

· kerana Allah bersifat qudrat, maka wajib Zat Allah bersifat Qodiron bererti maha kuasa

· kerana Allah bersifat Iradat, maka wajib Zat Allah bersifat Muridan bererti maha berkehendak

· kerana Allah bersifat sama’, maka wajib Zat Allah bersifat Sami’an bererti maha mendengar

· kerana Allah bersifat bashor, maka wajib Zat Allah bersifat Bashiron bererti maha melihat

· kerana Allah bersifat kalam, maka wajib Zat Allah bersifat Mutakalliman bererti maha berkata-kata

Itulah sifat-sifat yang wajib ada pada Zat Allah, hanya pada Zat Allah. Selain Allah, tidak ada yang memiliki sifat ini, sedangkan sifat-sifat yang mustahil pada Allah adalah kebalikan dari sifat yang wajib ini.

No comments:

Post a Comment