Monday, December 28, 2009

TERTIB : MELIPUTI SEMUA KERJA

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI

LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH,

WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Bertemu lagi untuk kali ini, moga taufiq dan ‘inayahNya membantu kita untuk memahami akan segala pernyataanNya, amin ya rabbal ‘alamin.............

Secara umumnya, tertib yang dimaksudkan dengan ADANYA DIAM SEKETIKA itu bolehlah juga dikatakan thoma’ninah, iaitu keadaan diam seketika setelah selesai sesuatu pergerakan perbuatan sebelum bergerak kepada perbuatan yang lain di dalam solat samada rukun mahu pun sunat. Renungkanlah di dalam takbiratul ihram, lafaz ALLAHU AKBAR itu hanya mempunyai lapan huruf hijaieyah, dan bukannya tujuh ataupun sembilan. Seandainya lafaz takbiratul ihram itu mempunya tujuh atau sembilan ataupun selain daripada huruf yang lapan itu, maka nyatalah bahawa batal rukun tersebut, dan pastilah solat itu pun terbatal.

Ada pun di dalam bacaan al Fatihah pula, setiap ayat yang terkandung di dalam al Fatihah itu merupakan satu komunikasi dua hala antara si hamba dengan Tuhannya yang bernama Allah di mana Allah akan menjawab ketika mana kita waqaf pada setiap ayat tersebut. Seperti yang kita sedia maklum bahawa al Fatihah merupakan satu konsep yang menyatakan zat wajibal wujud yang bernama Allah dan hambaNya, dengan itu nyatalah pada menghukumkan antara dua martabat iaitu wajibal wujud dan mumkinal wujud. Maka nyatalah akan hakikat insan itu ialah makhluqun (dijadikan) dan ma’dumun (kosong / tiada punya apa-apa daya).

Ketika ruku’, i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud juga melibatkan isu tertib ini, yang dari segi fiqhnya dikatakan thoma’ninah. Apa-apa bacaan ketika perlakuan rukun-rukun ini hendaklah dilaksanakan ketika mana telah nyata atau sempurna perbuatan tersebut. Dengan kata lain sebagai contoh, hendaklah ruku’ sehingga sempurnanya ruku’ itu dan disusuli dengan ADANYA DIAM SEKETIKA, maka diturutilah pula dengan tasbihnya. Pembacaan tasbih ini juga masih terikat dengan ADANYA DIAM SEKETIKA iaitu membaca tasbih dengan lafaz yang jelas dan menunaikan hak-hak setiap huruf yang terkandung di dalam lafaz tasbih tersebut. Jika tasbih yang dilakukan itu tiga kali, apabila selesai membaca tasbih yang pertama sebelum dituruti dengan tasbih yang kedua dan ketiga, berilah hak ADANYA DIAM SEKETIKA bagi setiap tasbih tersebut. Begitulah juga di dalam bacaan ketika i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud, pastikan tertib yang bermaksud ADANYA DIAM SEKETIKA itu terlaksana akan haknya dan pada tempatnya. Selain itu, janganlah dilupakan pula akan tertib ketika membaca apa-apa bacaan di dalam apa-apa perbuatan solat, pastikan hak setiap huruf itu terlaksana. Begitulah juga ketika duduk tahiyyat akhir dan membaca tahiyyat akhir.

Marilah kita mengimbas sejarah Rasulullah saw ketika Mi’raj, di mana Baginda saw telah melihat akan para malaikat sedang di dalam keadaan berdiri betul, ruku’, sujud dan duduk tawarruk. Maka Baginda saw bertanyakan kepada Jibril; ‘Apakah yang mereka itu lakukan ya Jibrail?’. Jawab Jibril; ‘Mereka itu adalah para malaikat yang memuji, memuja dan mengagungkan Allah serta mendekatkan diri mereka dengan perbuatan-perbuatan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah’. Ada pun ketika mereka ruku’ dan bangun tadi (i’tidal) serta ketika mereka sujud dan bangun itu (duduk antara dua sujud) adalah untuk menghormatimu sebagai kekasih Allah. Maka ketika mana di sisi Sidratul Muntaha, Jibril mengatakan bahawa dia tidak lagi dapat menemani Baginda Rasulullah saw kerana seandainya jari Jibril melepasi Sidrah itu, maka pasti hancur akan jari tersebut. Dan ketika Rasulullah saw naik lagi ke atas melepasi Sidratul Muntaha ke SUATU TEMPAT YANG HANYA DIA (ALLAH) DAN KEKASIHNYA MUHAMMAD SAHAJA YANG TAHU, maka terbukalah hijab dan Baginda Rasulullah saw terus mengadap Allah. Bagi menyatakan akan seorang hamba di sisi Rabbnya, baginda Rasulullah saw berdepan dengan Allah di dalam keadaan Baginda saw duduk iftirasy.

Ketika inilah Baginda saw memberi salam kepada Allah dengan ucapan ATTAHIYYATUL MUBARAKATUSSOLAWATUDHOIYIBATU LILLAH. Maka Allah pun menjawab dengan ucapan ASSALAMU ‘ALAIKA AIYUHANNABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Dan para malaikat pun menyambut salam ini dengan ucapan ASSALAMU ‘ALAINA WA’ALA ‘IBADILLAHISSOLIHIN. Baginda saw pula membuat penyaksian dengan ucapan ASYHADU ALLA ILAHA ILLAH, dan Allah juga membuat penyaksian dengan ucapan WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. Dan para malaikat pula menyambut dengan bersolawat ke atas Nabi saw dan ahli keluarganya dengan ucapan ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMADIN WA’ALA AALI MUHAMMAD. Itulah akan asal usul lafaz di dalam bacaan tahiyyat. Jadi, bacaan tahiyyat ini juga terikat dengan tertib iaitu dengan waqaf pada tempat yang sepatutnya dan disusuli dengan ADANYA DIAM SEKETIKA.

Seandainya kita menjaga akan tertib yang dimaksudkan ini, insya Allah ketenangan hasil daripada solat ataupun boleh juga dikatakan roh solat itu akan kita kecapi. Sekia dahulu untuk kali ini dari saya yang tak bertauliah dan tak punya apa-apa, melainkan hakNya dan pemberianNya semata-mata. Sekian, wallahu a’lam.............

PENJELASAN LANJUTAN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI

LILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH,

WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Ada pun ketika lafaz ALLAHU AKBAR di dalam takbiratul ihram, sudah jelas dan nyata akan apa yang tersurat dan tersirat di dalam permulaan iftitah. Tetapi bagi diri kita, adakah kita mengetahui akan yang tersurat dan tersirat itu? Persoalan inilah yang perlu kita renungi bagi matlamat roh solat itu sendiri. Ketika lafaz ALLAHU AKBAR itu, sebenarnya kita kembali kepada perjanjian awal kita di alam roh iaitu ALASTU BIRABBIKUM? QALUU BALA SYAHIDNA ; ADAKAH AKU INI TUHAN KAMU? YA, BAHKAN KAMI TELAH AKUI. Kita telah mengakui akan kebenaran ILAH yang kita abdikan diri kepadaNya sejak di alam roh lagi. Tetapi di alam mulki (bumi) ini, kita terlupa akan apa yang telah kita janjikan itu.

Mengikut takrif fiqh, solat itu ialah perbuatan- perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam. Dua persoalan yang ingin ditimbulkan di sini untuk renungan bersama; (1) KETIKA MANA KITA BERDIRI BETUL TETAPI BELUM BERTAKBIRATUL IHRAM LAGI, ADAKAH SOLAT TELAH BERMULA? (2) KETIKA MANA KITA TELAH MEMBERI SALAM, ADAKAH SOLAT ITU TELAH SELESAI?

Dua persoalan ini bukan hendak menafikan takrif fiqh tetapi untuk renungan akan kefahaman di atas takrif tersebut dan kefahaman tentang rukun solat. Ramai yang memberi jawapan bagi soalan yang pertama tadi bahawa solat belum lagi bermula kerana belum bertakbiratul ihram. Dan soalan yang kedua pula, ramai yang menjawab bahawa solat telah selesai kerana telah memberi salam.

Marilah kita merenung lagi wahai saudara-saudaraku sayang! Rukun solat itu 13 perkara dan seandainya kurang salah satu rukun tersebut, batallah solat. Seandainya solat belum bermula ketika mana kita telah berdiri betul tetapi belum bertakbiratul ihram, bermakna di atas kefahaman dengan jawapan itu tadi menyatakan bahawa berdiri betul itu telah dibuang sebagai rukun solat. Dan ketika mana setelah memberi salam, maka selesailah solat bermakna di atas kefahaman dengan jawapan tersebut menyatakan bahawa tertib telah dikeluarkan daripada rukun solat yang 13 perkara. Maka jadilah solat yang didirikan itu hanya dengan 11 rukun sahaja, adakah sah solat yang hanya 11 rukun ini?!!!

Dengan merujuk kembali akan syarat sah takbiratul ihram, salah satu daripada syarat sahnya ialah telah nyata berdiri betul. Dan memang diakui bahawa berdiri betul itu adalah salah satu daripada rukun solat. Jadi nyatalah bahawa ketika mana di dalam keadaan berdiri betul tetapi belum bertakbiratul ihram, sudah bermula akan solat itu kerana rukun solat merupakan bahagian yang mensahkan akan solat tersebut.

Ketika mana setelah memberi salam, solat itu belum selesai lagi kerana rukun solat yang terakhir iaitu tertib belum ditunaikan lagi. Dari segi makna tertib itu, memanglah mendahulukan perkara yang dahulu dan mengemudiankan perkara yang kemudian. Tetapi dari segi maksud pula, tertib itu ialah adab, sopan dan ihsan (MAKSUD TERTIB : BAGI ADA DIAM SEKETIKA). Bagi maksud tertib, yang dikatakan ADA DIAM SEKETIKA bukan hanya selepas memberi salam, tetapi meliputi segala rukun dan sunat solat itu. Maksud tertib bagi setiap perbuatan solat samada rukun atau sunat insya Allah akan dibahaskan kemudian. Cuma yang hendak ditekankan di sini ketika setelah memberi salam.

Setelah memberi salam dan muka kita kembali mengadap kiblat, maka ajarkan diri untuk diam seketika bagi memberikan rukun tertib itu akan haknya, sekadar sekali tasbih atau yang seumpamanya. Lagi panjang diam itu maka lagi bagus dengan syarat ketika diam itu, hati tertumpu akan hak seorang hamba yang berdepan dengan Tuhannya. Dengan kata lain, adab dan sopan si hamba itu dijaga ketika mana telah, sedang dan akan bertemu dengan Tuhannya yang merupakan zat wajibal wujud yang bernama Allah.

Renunglah saudara-saudaraku sayang dengan apa yang dinyatakan! Insya Allah pada yang akan datang, akan dibahaskan pula tentang tertib bagi setiap rukun pula. Secara umumnya, tertib bagi setiap rukun ini bolehlah juga disebut dengan thoma’ninah.

Sekian, wallahu a’lam..........

Sunday, December 27, 2009

NIAT : ILMU, AZAM DAN TAHQIQ

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI
LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH,
WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA,
INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM,
RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN
WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Adapun niat tu pada hakikatnya adalah merupakan sesuatu yang tanpa huruf dan suara, yang zahir hanyalah sifat-sifatnya yang boleh juga dikatakan rukun bagi niat tersebut. Dan niat itu boleh ditakrifkan sebagai himpunan ilmu yang telah sebati di dalam jiwa dan dibuktikan dengan amalan. Dengan takrifan ini jelaslah bahawa niat itu menyatakan rukunnya yang tiga iaitu ilmu (qasad), azam (ta’radh) dan tahqiq (ta’yin).

Secara umumnya dan di dalam segala ibadah yang menjadi bukti pengabdian hamba kepada zat wajibal wujud yang Maha Esa, yang tiada permulaan dan pengakhiran, yang berdiri Dia dengan zatNya serta bersalahan Dia dengan sekalian yang baharu, si hamba hendaklah mengetahui terlebih dahulu akan apa yang hendak diabdikan itu (inilah yang dikatakan ilmu). Bila mana ilmu ini (yang diberikan olehNya jua) telah sebati di dalam jiwa dan bukannya hati zahir ini, akan terjadi sesuatu desakan di dalam jiwa tersebut untuk melakukan apa yang diketahuinya (inilah yang dikatakan azam). Dan apabila terjadinya perlakuan atau perbuatan yang diazami oleh hamba tadi berdasarkan ilmu yang dimiliki dan difahami olehnya, maka nyatalah akan kelakuan ataupun perlakuan itu (inilah yang dikatakan ta’yin). Dan adapun ilmu, azam dan tahqiq ini juga dinamakan qasad, ta’radh dan ta’yin, yang berpunca daripada qalbi, qauli dan fi’li, yang dita’lukkan dengan sifat ilmu, sama’ dan basar. Tetapi si hamba perlu beringat bahawa tiga perkara yang dikatakan rukun ini merupakan anugerahNya semata-mata, dan si hamba mesti mengakui bahawa diri si hamba ini tidak punya apa-apa melainkan apa yang diberikan olehNya semata-mata. Dari sudut syariat pula, si hamba perlu berusaha ikhtiar di dalam menuntut dan mencari ilmu. Usaha ikhtiar ini juga merupakan anugerahNya, dan bukan di atas qudrah dan iradah si hamba, semua itu adalah qudrah dan iradahNya. Dengan ini insya Allah, Dia akan memelihara si hamba untuk terus berada di jalan yang diredhaiNya, amin ya rabbal ‘alamin.............

Ada pun lafaz AKU SEMBAHYANG itu bukanlah niat, tetapi hanya bagi melazimkan perbuatan solat tersebut. Kenyataan ini bukan nak menafikan perbuatan tersebut, tetapi sekadar untuk renungan kerana lafaz niat adalah tidak sama dengan hakikat niat yang telah dinyatakan di awal-awal tadi bahawa niat itu tidak berhuruf dan bersuara. Di sini hanya pernyataan dalam bentuk ibarat sahaja yang digunakan untuk kita memahami apa itu niat. Sebagai satu misalan, benih pokok durian yang merupakan biji durian itu pada hakikatnya telah ada akan sepohon pokok durian tetapi belum ada kenyataan di alam nyata lagi. Bila mana benih ini mengeluarkan tunasnya yang boleh diistilahkan sebagai kenyataan bagi ‘ain biji, tetapi kenyataan yang nyata zahir bagi pokok itu belum nampak lagi. Dan apabila ‘ain biji ini mula membesar hingga dilengkapi ia akan pohon, ranting, daun dan buah, maka telah nyata kenyataan zahirnya pokok durian. Dari misalan ini tergambarlah akan ilmu, azam dan tahqiq. Dengan misalan ini, bolehlah dikatakan semasa benih itu hanya merupakan biji bagi durian, telah pun ada akan pokoknya tetapi belum terzahir lagi akan kenyataan pokok durian itu. Mafhum daripada misalan ini, telah nyata akan sesuatu kenyataan yang telah zahir, sedang zahir dan akan zahir itu di dalam ilmu Allah ta’ala sejak azali lagi.

Dan mafhum inilah yang terkandung di dalam permulaan doa iftitah di dalam solat, satu pernyataan bagi menyatakan penyandaran si hamba kepada Tuannya yang haq iaitu Allah ta’ala. Ada pun permulaan doa iftitah itu bermaksud; ‘SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGHADAPKAN DIRIKU (ZAHIR DAN BATIN) DENGAN SEBENAR-BENAR PENGHADAPAN KEPADA ZAT WAJIBAL WUJUD YANG TELAH MERENCANAKAN AKAN KEJADIAN LANGIT-LANGIT DAN BUMI SERTA APA YANG DI ANTARA LANGIT-LANGIT DAN BUMI SERTA APA YANG MELEPASI LANGIT-LANGIT DAN BUMI, DI DALAM KEADAAN AKU SUCI BERSIH LAGI PUTIH SERTA DI DALAM KEADAAN AKU MENYERAHKAN DIRIKU BULAT-BULAT KEPADAMU YANG BERHAK DAN TIADA YANG BERHAK SELAIN DARIMU KE ATASKU MELAINKAN ENGKAU SAHAJA WAHAI ZAT WAJIBAL WUJUD YANG BERNAMA ALLAH, DAN SESUNGGUHNYA AKU BUKANLAH DARIPADA GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MENYEKUTUKANMU’.

Pernyataan di dalam permulaan doa iftitah ini merujuk kembali kepada perjanjian kita di alam roh lagi iaitu ALASTU BIRABBIKUM, QALUU BALA SYAHIDNA; ADAKAH AKU NI TUHAN KAMU? YA, BAHKAN KAMI TELAH MENGAKUINYA. Maka renungilah saudara-saudaraku yang aku sayangi dan di atas dasar mahabbah sesama umat Muhammad saw, renungilah soalanku; KETIKA MANA KITA MELAUNGKAN ALLAHU AKBAR DI DALAM TAKBIRATUL IHRAM, ADAKAH SAMA DENGAN PERNYATAAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI DALAM PERMULAAN DOA IFTITAH INI?

Tepuk dada, di atas ilmu yang ada, tanyalah hati kecil yang tak pernah berdusta!

Wallahu a’lam.............

Saturday, December 26, 2009

PERINGATAN KEPADA MEREKA YANG LUPA DAN ALPA!

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.


Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka


Dari Anas bin Malik ra. Berkata : Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang dia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya. Maka ditanya oleh Nabi s.a.w. : 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya : 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya’.


Lalu nabi s.a.w. bersabda : 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam'.


Jawabnya : 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya’.

‘Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya’.
‘Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bisanya’.


‘Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh’.


‘Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api’.


‘Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan’.


Nabi s.a.w. bertanya : 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya : 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda'. (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w. : 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail : 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, sedang namanya Al-Hawiyah’.

‘Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin, bernama Jahim’.


‘Pintu ketiga, tempat orang shobi'in, bernama Saqar’.


‘Pintu ke empat, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi, bernama Lazda’.


‘Pintu kelima, orang Yahudi, bernama Huthomah’.


‘Pintu ke enam, tempat orang Nasara, bernama Sa'eir’.


Kemudian Jibrail diam, segan kepada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya : 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'


Jawabnya : 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat'.


Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, Nabi saw bersabda : 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu'.


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')


Dari Hadith Qudsi: ‘Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku?’


‘Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1 . Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.


2 . Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.


3 . Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.


4 . Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.


5 . Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.


6 . Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.


7 . Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.


8 . Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor


ular.


9 . Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta


mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai.

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat’.


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran, Surah Al- Baqarah Ayat 159 :


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : ‘Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat’.

Friday, December 25, 2009

APA ITU ZAT SOLAT?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

‘TDAK SAH SESUATU PENGABDIAN (IBADAH) MELAINKAN SESUDAH MENGETAHUI APA YANG DIABDIKAN ITU’

Apakah yang diabdikan itu? Ada pun yang wajib bagi mendirikan solat itu ialah diri solat (zat solat) iaitu 13 perkara;

1. Niat

2. Berdiri betul

3. Takbiratul ihram

4. Membaca al Fatihah

5. Ruku’

6. I’tidal

7. Sujud

8. Duduk antara dua sujud

9. Duduk tahiyyat akhir

10. Membaca tahiyyat akhir

11. Solawat ke atas Nabi saw

12. Salam

13. Tertib

Ada pun rukun 13 itu terbahagi kepada 3 bahagian;

1. Qalbi

2. Qauli

3. Fi’li

Yang terkandung di dalam qalbi itu 2 perkara; niat dan tertib

Dan yang terkandung di dalam qauli itu 5 perkara; takbiratul ihram, membaca al Fatihah, membaca tahiyyat akhir, solawat ke atas Nabi saw dan salam

Yang terkandung di dalam fi’li pula 6 perkara; berdiri betul, ruku’, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir

Qalbi ta’luk sifat ilmu, qauli ta’luk sifat sama’ dan fi’li ta’luk sifat basar.Qalbi itu dikatakan qasad, qauli itu pula dikatakan ta’radh dan fi’li itu dikatakan ta’yin. Kemudian dihimpunkan atau disatukan sifat-sifat itu; qalbi, qauli, fi’li, qasad, ta’radh dan ta’yin di dalam huruf yang lapan iaitu ALLAHU AKBAR, maka jadilah ia muqarranah ajmaliah

Misal yang pertama; Seumpama sepohon pokok yang telah lengkap segala rantingnya, dahannya, daunnya, bunganya dan buahnya, barulah ia dinamakan pokok.

Misal yang kedua; Lenyap segala ta’yin di dalam biji (benih) boleh jua dikatakan ‘ain biji (‘ain benih) yakni bagi pihak yang belum tumbuh, dan bagi pihak yang telah tumbuh pasti dinamakan pokok jua, yakni pada martabat haqqul yaqin iaitu fana sifat hamba pada sifat Tuhannya dan baqalah ia dengan Dia seperti firman Allah yang bermaksud; ‘Dan telah terang atau bersinar akan bumi itu dengan cahaya Tuhannya’.

Jadilah muqarranah ajmaliah yakni terkandung di dalamnya sekalian ta’yin alam ini akan apa hadratnya, imkan bererti tempat menghukumkan antara dua martabat iaitu mumkinal wujud dan wajibal wujud, yakni perbezaan hamba dengan Tuhannya yang dinamakan barzahul jama’, yakni perhubungan rupa maklum ilmu Allah ta’ala dengan jalan ijmal dan jadilah muqarranah ajmaliah seperti mana firman Allah yang bermaksud; ‘Ada pun niat itu tiada berhuruf dan tiada bersuara’.

WALLAHU A’LAM.............

Wednesday, December 16, 2009

CINTA YANG TERAGUNG

Cinta adalah sesuatu yang pedih dan indah

Kepedihan dan keindahannya kita sendiri yang mengolah

Jadi bukan salah cinta andai kita jadi gundah

Tapi kerana manusia yang termata bodoh

Yang tak kenal cinta dari segi makrifah.

Cinta hadir tanpa undangan

Ia datang kerana anugerah Tuhan

Penafian ke atasnya pasti merugikan

Hati dan perasaan sendiri yang tertekan

Kerana cinta umpama ‘tulah’ yang mencengkam

Pengkhianatan ke atasnya pasti memudaratkan.

Sudah menjadi lumrah insan

Memerlukan kepada kasih sayang

Sedangkan Adam di syurga yang penuh kelazatan

Masih berhajatkan kepada teman

Maka diciptakan Hawa sebagai pasangan

Ini kan pula kita insan biasa

Pasti amat memerlukan

Bagi memenuhi naluri kemanusiaan.

Tapi ramai manusia yang terlupa

Akan cinta yang teragung

Yang pasti tak mengecewakan dan mambawa untung

Itulah cinta kepada Yang Maha Agung.

Monday, December 14, 2009

WASIAT IMAM GHAZALI RAHIMAHULLAHU TA’ALA

Imam AlGhazali bangun satu pagi, dan mendirikan solatnya.
Beliau meminta selimut putihnya serta menciumnya dan berbaring sekujur jasadnya.
Kemudian berkata: "Tuhan ! aku menurut perintahMU".
Dan beliau menarik nafasnya yang terakhir.
Dan dibawah lapik kepalanya ditemui rangkap2 kata seperti berikut:
"Sampaikan kepada rakan2ku, tatkala mereka melihat aku 'KEMATIAN'.
Ratapan untukku dan berkabung bagi ku dalam penyesalan.
Jangan kamu percaya bahawa mayatku yang kau lihat ini 'diriku'.
Dengan nama Tuhan aku jelaskan kepada kamu, 'bangkai' ini bukannya 'DIRIKU'.
Aku adalah AR RUH, dan mayat ini cumalah daging.
Ia rumahku dan pakaianku untuk seketika.
Aku adalah 'simpanan yang bernilai' dari topeng yang menghijab.
Topeng yang terbentuk dari debu/ jirim2/atom yang bekhidmat untukku sebagai makam.
Aku adalah 'MUTIARA' yang meninggalkan kulit cengkerangnya.
Aku adalah 'BURUNG', dan jasad ini cuma sangkarku (penjara).
Darinya aku terbang bebas, dan sangkarku ku tinggalkan sebagai 'KENANGAN'.
Syukurku kepada Ilahi, yang telah memerdekakan aku.
Dan menyediakan untukku tempat 'Ketenangan abadi'.
Hingga kini aku 'KEMATIAN', walaupun aku sentiasa hidup disamping kamu2.
Bagaimana aku 'HIDUP' dalam haqiqat dan pakaian kuburku, aku lemparkan.
Dan hari kini, aku berbicara dengan wali2 dipesada yang tinggi.
Tanpa tabir penyekat diantara, Aku menyaksikan 'TUHAN', hadap menghadapi.
Aku merenung "Loh Al Mahfuz" dan didalamnya aku terbaca.
Apa yang telah berlaku, dan sedang berlaku, dan yang akan mendatang.
Biarkan rumahku hancur rubuh, letakan sangkarku didalam bumi.
Lemparkan topeng, ia cuma kenangan, tanpa apa2.
Letakkan pakaianku (jasad), ia cuma pakaian luaranku.
Tempatkan kesemuanya didalam kubur, dan biarkan semuanya dilupakan.
Aku telah menyeberang hayatku, dan kamu tinggal di belakang.
Tempat penginapan kamu, bukan lagi tempat semadiku.
Jangan disangka 'MATI' adalah 'Mati', bahkah ia adalah 'KEHIDUPAN' abadi.
'KEHIDUPAN' yang melampaui segala angan2 yang diidam2kan kini.
Jesteru, dalam dunia, kita dianugerahi 'Tidur/ kelalaian'.
Kematian cuma 'TIDUR' yang dipanjangkan berterusan.
Bahkan, jangan rasa takut tatkala saat 'Kematian' menjelma.
Bahkan ia adalah keberangkatan kesemadian yang diberkati.
Ingatlah sifat kasihan dan sayang Tuhanmu.
Syukurlah atas kelembutanNYA dan marilah.. marilah tanpa rasa takut.
Seperti aku kini, dan kamu pun akan seperti diriku.
Dan aku mengerti yang kamu akan sepertiku.
Jiwa2 manusia pergi dan keluar dan kembali dari Tuhan.
Jasad2 adalah dari unsur2 yang serupa.
Kebaikan dan kejahatan, keseluruhannya milik kita.

Aku sampaikan satu pesanan... bergembiralah...

Semoga Kesejahteraan Tuhan dan kegembiraan bagi kelimpahan untukmu.

Wednesday, December 9, 2009

SYAHADAH : YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH,
WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

 

Rukun syahadah 4 perkara:

1. mengisbatkan zat Allah

2. mengisbatkan sifat Allah

3. mengisbatkan af’al Allah

4. mengisbatkan kebenaran Rasulullah

 

Syarat sah syahadah:

1. diketahui

2. diiqrarkan

3. ditasdiqkan

4. diamalkan

 

Binasa syahadah 4 perkara:

1. menduakan Allah

2. syak dan waham di dalam hati

3. menyangkal dirinya dijadikan oleh Allah

4. tidak mengisbatkan zat Allah

 

Syahadah terbahagi kepada 3 bahagian:

1. syahadah syariat

2. syahadah tareqat

3. syahadah haqiqat

Syahadah syariat – mengucap syahadatain serta dikerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah

Syahadah tareqat – hendaklah kita melihat dengan sepenuhnya segala perkara yang terjadi pada kita dan sekalian makhluk samada baik atau jahat, semuanya datang dari Allah dengan qudrah dan iradahNya, serta ikhlas kita kepadaNya.

Syahadah haqiqat – apabila kita sudah mengetahui dan yakini dengan sepenuhnya pada hati kita , dan diucapkan dengan syahadatain, iaitu telah nyata apa yang kita lihat dengan mata zahir, mata hati dan mata sir akan setiap perbuatan Allah dengan qudrah dan iradahNya. Maka zahirlah wujud itu di dalam setiap hal dan keadaan, sehingga kita pandang dengan mata sirr kita, tiada wujud yang lain melainkan wujud Allah semata-mata.

Syahadah ada 2 macam iaitu syahadah kamilah dan syahadah sirr. Syahadah sirr itu di hati, tidak lahir syahadah roh itu melainkan dengan syahadah kamilah. Jadi, kedatangan syahadah itu adalah disebabkan adanya roh. Jika tiada roh, tiadalah syahadah itu. Roh itu adalah sir Allah, zahir itu jadi kenyataan, inilah yang dikatakan kalimah kamilah @ sempurna, barulah sempurna kalimah syahadah yang kita syahadahkan, kerana kamilah itu adalah sirr. Jika seseorang tidak tahu kalimah sirr itu, maka pastilah (yakin) pada seseorang itu mengaku bahawa syahadah itu adalah syahadahnya.

Maka yang ada pada kita itu adalah untuk menyatakan anasir zat iaitu wujud, ilmu, nur dan syuhud @ zatNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya. Inilah yang dikatakan tajalli zat @ dikatakan syahadah. Jadi sifat ma’ani itulah syahadah @ kenyataan, yakni syahadah kamilah. Dan nyata syahadah kamilah itu dengan adanya syahadah sirr. Apa yang menjadi sirr ialah wujud, ilmu, nur dan syuhud.

Kamilah iaitu alam roh, alam mithal, alam ijsam dan alam insan yang ada pada makhluk khususnya pada Muhammad, kerana Muhammad adalah amanah. Yang menjadi amanah (hayat) iaitu alam roh. Hidup inilah yang hendak menyatakan zatNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya.

Kalau kita memahami dengan sebenar-benarnya faham, bahawa kita diibaratkan duduk di dalam lautan. Cuma kita tidak sedar kerana kita tidak lemas. Tetapi jika kita tahu, sememangnya kita lemas, kerana setiap orang yang berada di dalam lautan sudah semestinya lemas. Oleh kerana seseorang itu tidak sedar akan duduknya di dalam lautan, jadi sangkaannya “hidup” ini kepunyaannya, kerana dia belum mati. Inilah perbezaan antara orang yang tiada ilmu makrifah. Pada ahli makrifah, bahawa dia duduk di dalam lautan iaitu maul hayat @ lautan ahdah.

Maka mengambil ibarat antara cermin dengan bayang di dalam cermin. Jasad ini ibarat cermin dan gambar di dalam cermin itu adalah benda di hadapan cermin. Maka di hadapan cermin itulah gambarnya. Apa yang menjadi gambar kepada kita ialah hayat, ilmu, qudrah, iradah, sama’, basar dan kalam.

Gambar di hadapan kita iaitu nafas yang turun naik dan membawa segala perubahan. Maka sesiapa yang dapat memandang itu, lemaslah ia. Dan setiap yang lemas itu harus mati. Apabila sudah mati, yang hidup itu barulah zahir nama Allah iaitu hayyum, ‘alimun, qadirun, muridun, sami’un, basirun dan mutakallimun. Itulah syahadah!!!

Seperti ahli tahqiq menyatakan, “ Tukarlah cahaya dirimu itu dengan digantikan dengan cahaya Tuhannya”. Dan syahadah inilah yang terkandung di dalam 3 potong ayat iaitu;

1. Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku

2. Maha suci Allah itu satu daripada tiga

3. Dan Allah menjadikan kamu dan setiap apa yang kamu lakukan

Setiap kejadian itu daripada Allah jua. Maka tidak zahir amanah itu melainkan dizahirkan manusia, kerana manusia itu sanggup menerima amanah. Wallahu a’lam………….

Wassalam……….

Fatihatul Kitab : al Fatihah

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH,
WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

Surah al Fatihah mengandungi 7 ayat yang dimulakan dengan kalimah bismillahir rahmanir rahim. Surah ini juga dinamakan “sab’ul mathani” iaitu 7 ayat yang diulang-ulang bacaannya. Jika hendak dikaji, banyak hikmat atau rahsia yang terdapat di dalamnya. Bahkan ada juga ulama yang telah mengkaji tentang beberapa huruf yang ada di dalamnya. Dan ada juga ulama yang menerangkan bahawa di dalam surah tersebut tidak ada tujuh huruf hijaiyah, iaitu ianya menggambarkan keadaan manusia di dalam neraka.

Sebelum diterangkan mengenai maksud tujuh huruf tersebut, perlu juga kita ketahui terlebih dahulu ringkasan huruf di awal surah al Baqarah seperti alim-lam-mim. Mengikut pendapat Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahawa alif-lam-mim itu adalah ringkasan “anallahu a’lam” iaitu Aku (Allah) sahaja yang tahu(berilmu). Dan ada juga yang berpendapat bahawa “alif” itu adalah kenyataan adanya zatullah (laisa kamithlihi syai-un) iaitu tidak boleh diumpamakan dengan sesuatu dan ianya tidak dapat dikenal melainkan dengan adanya sifat-sifat itu. Sebaliknya, sifat-sifat ini juga tidak akan zahir melainkan Allah ta’ala menjadikan wujud segala makhlukNya khasnya jasad segala manusia, dan tidak akan dapat nama-nama yang ada pada manusia melainkan dengan adanya roh yang akan menjadi rahsia bagi sifat-sifatNya iaitu hayyun, ilmun, qudrah, iradah, sama’, basar dan kalam. Maka inilah yang dimaksudkan huruf-huruf yang ada pada kalimah alif-lam-mim iaitu bagi menyatakan segala sifat ma’nawiyah; hayyan, ‘aliman, qadiran, muridan, sami’an, basiran dan mutakalliman, dengan kalimah takbir ALLAHU AKBAR.

Ada pun Allah ta’ala menjadikan jasad manusia beserta ‘hududNya’ iaitu untuk menyatakan wujudNya, sifatNya dan af’alNya. Bagi istilah ahli sufi dinamakan a’yan thabitah iaitu kenyataan yang sabit. Ada ulama yang mentakrifkan bahawa wahdatul wujud pada zatNya ialah tiada wujud yang lain melainkan sekaliannya adalah kenyataan bagi wujud zatullah yang Maha Esa. Wahdatus sifat pula ialah segala sifat yang nyata pada sekalian makhlukNya itu adalah bagi menyatakan sifat yang Maha Esa. Dan begitu juga dengan wahdatul af’al iaitu segala perbuatan atau kuasa yang bersandar pada makhlukNya itu adalah kenyataan bagi zatullah yang empunya perbuatan dan kuasa. Lantaran itu hendaklah kita kenal antara huruf-huruf hijaiyah yang tiada di dalam al Fatihah, iaitu mensabitkan keyakinan kita dengan lebih sempurna lagi. Dan huruf-hurufnya adalah seperti berikut; Tha, Jim, Kha, Zai, Shim, Dza dan Fa.

a) Tha – yang mengandungi tiga titik dengan maksud sabit bahawa tiada wujud sifat dan af’al yang lain melainkan wujud Allah, sifat Allah dan af’al Allah. Barangsiapa yang menafikannya dan mengaku bahawa mereka yang wujud serta mengaku dirinya yang hidup, tahu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata, dengan berkuasa mempunyai ikhtiar dan usaha, maka masuklah mereka ke pintu neraka yang pertama iaitu neraka Thawiah.

b) Jim – dengan maksud Allah ta’ala menjadikan makhluk terutama jasad manusia beserta dengan hidupnya, adalah semata-mata bagi menyatakan sifat jalal dan jamal zatullah yang Maha Esa. Setitik pada Jim itu ibarat tandanya hidup yang ada pada diriNya, adalah nyata bagi kezahiran sifat kebesaran dan kesempurnaanNya. Bagi sesiapa yang tidak mengenal Allah yang tertakluk pada dirinya, maka terhimpunlah di dalam neraka Jahannam.

c) Kha – yang diertikan khaliq atau Maha Pencipta. Allah ta’ala menzahirkan sifat-sifat hidupNya, tahuNya, kuasaNya dan kehendakNya yang tajalli kepada semua makhlukNya itu adalah semata-mata zatullah hendak menyatakan kekuasaanNya. Dia Maha Pencipta, dan kemudian tiba-tiba kita berkuasa pula dengan mempunyai ikhtiar dan usaha, dan mengaku kita yang hidup, tahu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata, maka masuklah mereka menerusi pintu neraka Khalidin.

d) Zai – yang diertikan zaka atau suci iaitu sifat-sifat hidup, tahu, berkuasa, berkehendak itu adalah sifat yang suci bagi zatullah, yang tidak boleh dinodai dengan kekotoran. Kemudian daripada sifat-sifat tersebut Allah menyatakan zakat, dan sifat rahmanNya pada diri manusia. Lantaran kita tidak dapat mengenaliNya dan mengaku segala amalan kita yang punya sehingga beramal kerana pahala, bukan kerana Allah, maka masuklah mereka ke dalam neraka Zabaniyah.

e) Shim – yang diertikan syahadah atau alam kenyataan. Dengan maksud tiga titik itu ialah tanda ibarat zatullah hendak menyatakan wujudNya, sifatNya dan af’alNya yang ada pada langit, bumi dan di antara langit dan bumi, maka sekaliannya itu menjadi syahadah wajah zat wajibal wujud. Kemudian, barang siapa yang menafikannya atau tidak mengenal ‘alam syahadah’ dan tidak dapat bermusyahadah di dalamnya, masuklah mereka ke dalam neraka Syaqawah.

f) Dza – yang diertikan zahir, dengan maksud wujudNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya itu zahir, dapat dilihat menerusi ‘ainul basirah’ atau ‘haqqul basirah’ atau dengan hidup, tahu, berkuasa dan berkehendak yang ada pada diriNya. Kemudian, dengan sifat-sifat kemuliaan ini juga, maka zahirlah segala kekuasaanNya dan sifat keagunganNya di dalam alam sejagat ini. Barang siapa yang menafikan atau tidak mahu mengenalNya, maka masuklah mereka ke dalam neraka Dzulmah, iaitu sentiasa di dalam hal kegelapan.

g) Fa – yang diertikan dengan fana atau binasa, dengan maksud hendaklah diri kita sentiasa di dalam hal keadaan fana atau yang dikatakan ‘fana bisifatillah’ iaitu binasakan hidup kita di dalam hidup Allah, dengan ilmu, kehendak, kuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata yang ada pada diri kita ini, binasakanlah ia di dalam ‘ilmullah, qudratullah, iradatullah, sam’ullah, basrullah dan kalamullah. Maka barang siapa yang tidak mengenal dan tidak dapat memfanakan dirinya sebagaimana yang telah diterangkan tadi, masuklah mereka ke dalam neraka Firqah, iaitu bercerai dirinya dengan Allah.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa mengenal Allah adalah mengenal diri. Dan oleh itu, diri kitalah yang utama yang menjadi dalil akan wujud Allah. Sebagai pengetahuan kita bersama, bahawa diri kita (jasad) dijadikan oleh Allah, asalnya dari alam yang tiada, kemudian diadakan dan ditiupkan pula rohullah ke dalamnya beserta dengan sifat hidupNya, ilmu, iradah, qudrah, termasuk juga sama’, basar dan kalamNya. Hikmahnya adalah semata-mata Allah hendak menyatakan kekayaanNya, kemurahanNya dan kekuasaanNya.

Sebagai dalil jika direnung pada huruf di dalam perkataan Makkah;

Mim – bermaksud makhluk atau jasad manusia

Kaf – bermaksud karamah iaitu tujuh sifat ma’ani adalah sifat kemuliaan bagi Allah. Dan sifat inilah tempat kezahiran Allah menurunkan segala kurniaNya, kemurahanNya dan kebesaranNya. Dan huruf kaf itu bertasydid adalah bagi mentasdiqkan segala kekuasaan yang nyata pada segala wujud makhlukNya itu adalah kekuasaan zatullah yang wajibal wujud.

Ta – (marbutah) bererti tajalli wujudNya dan sifatNya dengan menetapkan bahawa yang sebenarnya jasad kita mati. Dan segala perbuatan makhluk itu adalah bagi menyatakan af’alullah yang Maha Berkuasa.

Dan begitu juga dengan huruf-huruf yang terdapat pada perkataan Madinah;

Mim – bererti jasad kita adalah makhluk Allah

Dal – iaitu sebagai dalil adanya zatullah

Ya – maksudnya hendaklah kita yakin dengan sepenuhnya bahawa wujud diri kita dan sifat kita ini adalah sebagai nur atau cahaya wujudNya dan sifatNya.

Nun – yang bererti nur hayatillah, nur ‘ilmillah, nur qudratillah dan nur iradatillah yang menyinari seluruh anggota kita dan meliputi sekalian alam.

Ta - (marbutah) bererti tajalli wujudNya dan sifatNya dengan menetapkan bahawa yang sebenarnya jasad kita mati. Dan segala perbuatan makhluk itu adalah bagi menyatakan af’alullah yang Maha Berkuasa.

Di dalam masalah mengenal diri, terdapat beberapa kaedah yang boleh dijadikan panduan, tetapi yang paling utama ialah mengenal melalui segala sifat 20 yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Di samping itu juga, Allah menempatkan kedudukan atau maqam rasulNya yang akan membawa amanah daripada Allah untuk disampaikan atau dikembalikan kepadaNya.

Sewaktu kita dilahirkan, diri kita di dalam hal keadaan yang belum mengenal roh dan sifat-sifat yang ada pada roh. Di sini ia dinamakan fitrah yakni suci atau Islam kerana dirinya waktu itu belum ditakluk oleh syarak. Kelahirannya itu adalah membawa amanah Allah antaranya seperti azan dan iqamah. Dan jasad bayi yang dilahirkan itu pula, ianya diiktibarkan sebagai bumi atau tanah suci Makkah kerana di dalamnya ada sebuah rumah iaitu ‘baitullah’ atau tempat Allah ta’ala menurunkan segala rahmatNya.

Tuesday, December 8, 2009

Kalimah Syahadatain

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.............

Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Suci, tiada ilmu bagi kami melainkan Engkau sahajalah yang berilmu. Maka harapan kami dengan inayah dan berkat pertolongan dariMu ya Allah, semoga kami dapat menggunakan cahaya akal yang bijaksana, kerana apa jua amalan tergantung kepada niat masing-masing sepertimana sabda Rasulullah ; “Sesungguhnya setiap amal itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu ada balasan bagi apa yang diniatinya. Sesiapa yang berhijrah untuk Allah dan RasulNya, maka hijrah itu kepada Allah dan RasulNya jua. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dituntutinya atau perempuan yang mahu dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya”.

MENGUCAP SYAHADATAIN

Manusia dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian, dengan mempunyai akal yang sempurna dan bijaksana, untuk menghuraikan dan memikirkan di dalam masalah kalimah tauhid syahadah. Janganlah seseorang itu beriman cara ikut-ikutan sahaja, hanya mendengar tanpa difikirkan, dan hanya setakat mengambil tahu daripada terjemahan al Quran dan al Hadith, tanpa memikirkan tujuan atau maksud yang terkandung di dalamnya. Ada pula di antara manusia yang mengingkari beberapa hadith atau kata-kata ungkapan daripada ulama Tasawuf, kerana mereka kurang faham akan maksud dan tujuannya. Seperti hadith yang berbunyi ; “ Awal-awal agama itu mengenal Allah”. Pada hadith tersebut mengandungi hikmah untuk kita mengenal bagaimana adanya zatullah, sifatullah, af’alullah dan asmaullah. Jika sekiranya kita tidak mengenal, nescaya kesempurnaan agama itu tiada pada dirinya dan boleh membawa kepada kekufuran.

Agama adalah sesuatu yang berasal daripada Allah, iaitu dengan adanya Allah, maka adanya agama (termasuk apa jua agama yang ada di dunia ini). Hanya yang menjadi jurang perbezaan ialah sebagaimana firman Allah ; “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam”. Dalam ertikata lain, Islamlah yang sebenar-benar agama (Islam Haqiqi). Maka selain daripadanya dinamakan agama kuffar iaitu engkar dengan amanah Allah atau dinamakan juga ianya orang-orang musyrik atau munafiq. Di dalam Islam terdapat juga beberapa bahagian seperti dinamakan ianya Islam baka atau keturunan, Islam pada nama, Islam bangsa dan Islam kepura-puraan.

Islam yang yang beri’tiqad Qadariah pula iaitu memandang usaha ikhtiar dirinya boleh memberikan bekas. Dan i’tiqad yang serupa ini, Islamnya belum diterima dan tidak diterima di sisi Allah yang dinamakan mardudatun, sebagaimana keterangan daripada Allah yang disampaikan kepada nabi melalui rasulNya (rohullah) iaitu, dengan maksud orang yang beramal di atas dasar syariat sahaja, tetapi dia tidak mengetahui dari mana asal kejadian atau terbit segala amal.

Pada yang beri’tiqad Jabariah, iaitu mereka berserah semata-mata kepada Allah tanpa sebarang usaha. I’tiqad yang seperti ini juga batal kerana semuanya berniat tanpa perbuatan.

Selain daripada itu, ada juga yang beranggapan bahawa mereka sudah mencapai pada maqam makrifatullah, hingga boleh menyebabkan mereka mengaku seolah-olah diri mereka Tuhan dan tidak menjalani hukum hakam syariah (amar makruf dan nahi mungkar), serta ditokok tambah pula dengan ilmu perubatan dan dicampurbaurkan dengan ilmu-ilmu kebatinan yang khurafat lagi menyesatkan.

Melainkan i’tiqad ahli sunnah wal jamaah yang sah dan boleh dijadikan pegangan, yang dinamakan juga i’tiqad akmaliah. Sunnah menurut bahasa diertikan kelakuan atau perbuatan seseorang. Jamaah pula diertikan berkumpul atau bersatu, juga dinamakan ijma’.

Menurut fahaman ahli fiqah, sunnah itu ialah kelakuan Nabi yang menjadi tauladan dan contoh yang perlu diikuti oleh setiap muslim. Jamaah pula adalah menetapkan sesuatu hukum bagi sesuatu perkara dengan jalan qias atau muslihat.

Menurut fahaman ahli makrifah pula, i’tiqad ahli sunnah waljamaah ialah pertama seseorang yang dapat mengenal dan menjamakkan tujuh sifat ma’ani yang menjadi cahaya bersinar kepada dirinya yang berasal dari rohullah dan nafas yang menjadi perhubungan untuk menjadi saksi atau kenyataan urusan Allah yang Maha Berkuasa, sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith Qudsi; “ Manusia adalah rahsiaKu dan Aku menjadi rahsianya”.

Sifat ma’ani itu adalah di antara sifat 20 yang menjadi kenyataan bagi zatullah;
yang hidup (hayyun), yang tahu (aalimun), yang berkehendak (muridun), yang berkuasa (qadirun), yang mendengar (sami’un), yang melihat (basirun) dan yang berkata-kata (mutakallimun); adalah satu (wahdaniyah) iaitu zatullah yang tidak boleh diserupai oleh sesuatu apa pun (laisa kamithmilhi syai-un), kerana dengan sendirinya Allah semata-mata hendak menyatakan sifat kekayaanNya, kemurahanNya dan kekuasaanNya, serta bagi menyatakan sifat jalal, jamal, qahhar dan jabbarNya. Hadith qudsi menyatakan; “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku suka bahawa Aku dikenali, maka Aku ciptakan makhluk (jin dan manusia) supaya dapat mengenali akan Aku”. Maka di sinilah hendaknya kita sebagai hamba untuk mengenal segala kenyataan yang zahir menerusi pancaindera yang dinamakan ‘ainul basirah’, dan mengenal menerusi mata hati yang dinamakan ‘haqqul basirah’.

Pada hakikatnya bahawa nur Muhammad itu tetap ‘hidup’ selama-lamanya, yang wafat itu hanyalah jasad nabi Muhammad sebagai seorang manusia biasa, dan begitu juga dengan nabi-nabi yang lainnya termasuklah nabi Isa yang digelar dengan nama ‘rohullah’ atau roh yang ada pada segala manusia, tetapi yang tiada lagi adalah jasad nabi Isa.

Di sini yang hendak dimengertikan apakah maksud istilah nur Muhammad itu? Jika istilah ini dialihkan ke bahasa Melayu, ianya bererti ‘cahaya yang terpuji’. Maka yang hendak diketahui ialah apakah yang dikatakan ‘cahaya yang terpuji’ (nur Muhammad) itu? Dan bagaimanakah keimanan kita terhadapnya? Andaikata kita percaya dan yakin bahawa nur Muhammad itu telah tiada lagi, bererti samalah kita menafikan dan tidak beriman pada nabi Allah (rohullah), rasul Allah, malaikat Allah, kitab Allah dan kekuasaan Allah yang terbit daripada sifat ma’ani atau sifat ketuhanan yang ada pada setiap zarratul wujud, terutama diri manusia yang sanggup menerima amanah daripada Allah sebagaimana dalil naqli yang menerangkan; “Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengemukakan amanah itu kepada langit-langit, bumi dan gunung-ganang, maka mereka semua enggan memikulnya, kerana mereka khuatir akan mengkhianatinya, akan tetapi manusia sanggup menerima dan memikul beban amanah itu, sesungguhnya manusia itu adalah teramat-amat zalim, lagi kufur dan bodoh”. Dan nur Muhammad yang dimaksudkan di dalam dalil naqli; nurun ‘ala nur, wahuwa ma’akum ainama kuntum, wallahu khalaqakum wama ta’malun.

Oleh kerana itu, jika seseorang mengaku bahawa dirinya berkuasa, ikhtiar dan usahanya boleh memberi bekas, maka Firaunlah jadinya. Dan kemudian mengaku pula dirinya yang hidup, yang berilmu, yang berkuasa, yang mendengar, yang melihat dan yang berkata-kata dengan merampas harta Allah, maka Qarunlah jadinya. Apa lagi pada mereka yang tidak mengenal wujud diriNya, sifatNya, af’alNya, jadilah mereka seperti Namrud yang menyembah api atau hawa nafsu seperti kaum Majusi.

Menengenal Allah itu adalah yang utama bagi kita yang hidup di muka bumi Allah ini, kerana tidak sah sembahyang seseorang itu, melainkan terlebih dahulu dia kenal siapakah yang disembahnya. Jangan hanya pandai berkata-kata tetapi tidak dikota, berikrar tetapi tidak ditunaikan janjinya, mempercayai tetapi kita mengkhianati amanahNya. Dan kepada mereka yang tidak mengenal Allah, dia sentiasa berdusta selama-lamanya, terutama berikrar di dalam solatnya yang dimulakan dengan membaca doa iftitah, dan antara lafaz yang terkandung di dalamnya ialah; “Sesungguhnya aku telah mengadap (mengabdikan diri) kepada zat yang telah merencanakan segala di langit dan bumi serta di antara kedua-duanya, hal keadaan cenderung aku kepada Islam yang putih suci, dan bukanlah aku daripada golongan orang-orang musyrik, bahawasanya solat, ibadahku, hidupku dan matiku bagi Allah Tuhan sekalian alam”. Dari itu, di manakah pegangan kita dan apakah i’tiqad kita jika kita tidak boleh menunaikan janji yang dilafazkan kita sebanyak lima kali sehari itu?

Ramai di antara ahli mufassirin telah mentakwilkan mengikut pendapat masing-masing, tetapi pada mafhum ayat; “Di mana kamu menghalakan pandanganmu, di situlah wajah Allah” menegaskan bahawa bukan hanya di waktu solat sahaja, bahkan di mana sahaja kita berada, hendaklah kita syuhud atau pandang wajah kebesaranNya yang meliputi sekalian alam.

Kesempurnaan agama terletak pada maqam ihsan yang diertikan; “Bahawa engkau mengabdikan diri kepada Allah, seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia melihat engkau”. Mengenal wajah Allah tidak seperti mengenal wajah sekalian makhlukNya, ianya tidak boleh disamakan atau digambarkan dengan sesuatu apa sekali pun, kerana ianya tidak berjirim dan berjisim, melainkan pada ahli ma’rifat sahaja, yang boleh mengenal wajah Tuhan yang Maha Kaya, Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa.

Erti makrifat (mengenal Allah) yakni mengenal wajah sifat ketuhanan iaitu 4 sifat yang utama; hayyun (hidup), ilmun (ilmu), iradah (berkehendak), qudrah (berkuasa); yang memenuhi sekalian alam terutama pada diri manusia dan dapat menjamakkan segala roh yang ghaib di dalam tubuh segala makhluk, iaitu sifat ‘hidup’ bagi menyatakan zatullah yang empunya hidup (hayyun bizatihi), ilmu yang menjadi saksi atau kenyataan zatullah yang berilmu (alimun bizatihi), dan begitu juga qudrah dan iradah yang menjadi saksi atau kenyataan zatullah yang berkuasa (qadirun bizatihi) dan berkehendak (muridun bizatihi). Kemudian diikuti dengan 3 sifat, tertentu pada manusia yang menanggung amanah iaitu sifat mendengar (sama’) yang menjadi saksi bagi menyatakan zatullah yang empunya pendengaran, melihat (basar) adalah menjadi saksi bagi zatullah yang melihat (basirun bizatihi) dan berkata-kata (kalam) iaitu menjadi saksi bagi zatullah yang berkata-kata (mutakallimun bizatihi), iaitu zat yang wajibal wujud lagi ghaibal ghuyub wahdaniyah, atau dalam istilah ahli ma’rifat ianya dinamakan alam Lahut atau maul hayat.

Keterangan ini adalah yang wajib kita ketahui atau yang menjadi syarat kepada seseorang itu bagi mengesahkan syahadah yang dinamakan juga kalimah tauhid, atau kalam yang satu dan kalam yang asalnya tidak berhuruf dan bersuara. Nyatalah lafaz kalimah tauhid itu adalah tertakluk dengan adanya sifat-sifat bagi roh iaitu hayyun, ilmun, sama’, basar dan kalam yang ada dan beserta dengan manusia.

Dengan sifat-sifat tersebut maka terjadilah segala amal melalui gerak diam anggota yang melaksanakan segala hukum syara’, samada yang wajib, sunah, haram, makruh dan mubah. Termasuk juga pada segala makhluk yang menerima ubahan-ubahan, iaitu semata-mata menjadi syahadah bagi menyatakan sifat jalalNya yang Maha Berkuasa memenuhi seluruh alam. Dengan lantaran ini, jika kita tidak percaya dengan adanya pelajaran atau ilmu yang serupa ini, serta dinafikannya pula, nescaya kita masih tergulung di dalam golongan orang-orang musyrik.

Antara yang terdapat dan perlu diketahui, apakah yang difardukan di dalam syahadatain?

Pertama : ikrar yakni apa jua perkataan yang dilafazkan di lidah samada gerak atau diamnya diri kita ini, ianya tidak akan bergerak walau sebesar zarah melaiankan dengan izin Allah yang menyatakan lafaz kalamNya LA ILAHA ILLALLAH beserta juga dengan kekuasaan zat yang Maha Esa.

Kedua : Tasdiq di hati yakni keimanan atau jazam yang kukuh beserta juga dengan keyakinan iaitu ilmu yaqin, ‘ainul yaqin, haqqul yaqin dan kamalul yaqin. Sempurnanya keyakinan itu terletak kepada ilmu, atau sabit pada akal bahawa segala yang maujud itu adalah satu kenyataan bagi menyatakan kebenaran wujudNya, sifatNya dan af’alNya. Kemudian sesudah kita mengenal dan yakin, janganlah hendaknya kita menduakanNya lagi kerana ianya adalah salah satu rukun yang terdapat di dalam syahadah.

1. Bagi mengisbatkan (menetapkan) zatullah itu ada (wujud), dan adaNya tidak berjirim dan berjisim, sedia (qidam), tiada permulaan dan kesudahan, tidak binasa, bersalahan bagi yang baharu (mukhalafatuhu lil hawadith), tidak sama dengan wujud yang baharu, ada dengan sendiriNya (qiyamuhu binafsihi), mustahil dia dijadikan, dan ada zatNya itu Esa (wahdaniyah), mustahil berbilang-bilang.

2. Mengisbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah hidup, berilmu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata.

3. Mengisbatkan (menetapkan) af’al Allah iaitu segala kuasa pada sekalian kewujudan makhlukNya, tiada kerana dengan suatu kerana, tiada sebab dengan suatu sebab, tiada syarat dan mani’ yang menegahnya yakni berbuat Allah ta’ala dengan kehendakNya.

Di dalam kalimah syahadah ianya mengandungi 4 makna :

1. Tiada yang diabdikan dengan haq melainkan Allah
2. Tiada yang dituntut dengan haq melainkan Allah
3. Tiada yang dimaksudkan dengan haq melainkan Allah
4. Tiada yang ada dengan haq melainkan Allah

Keempat-empat makna tersebut hendaklah diketahui dengan terperinci yakni dengan jalan tafsil, dari seorang guru yang faham dan boleh menghuraikannya. Tanpa mengetahui, maka batallah syahadah seseorang itu, kerana tiada kesempurnaan pengetahuannya bagi melafazkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah atau hakikat rasul. Yang dikatakan hakikat rasul itu adalah 7 sifat ma’ani yang qadim, yang berasal daripada rohullah atau dinamakan juga nabiyullah yang menerima dan akan menyampaikan amanah daripada zat wajibal wujud yang bernama Allah. Kemudian, sifat ma’ani inilah yang menjadi kenyataan bagi sekalian makhluk khususnya manusia. Maka hendaklah disabitkan atau diserahkan kembali kepada zatullah yang empunya hidup (hayyun bizatihi), dan seterusnya hingga ke tujuh sifat tersebut sebagaimana yang dikehendaki maksud atau tujuan daripada kalimah syahadah. Dan di sini juga yang diertikan ‘maqam rasul’ kerana rasul juga tidak berkuasa, dia hanya menyampaikan amanah Allah dengan lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH. Dan sebaliknya jika tidak wujud rasul, maka tidak zahirlah kenyataan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Amanah Allah buka hanya tertentu semata-mata dipikul oleh nabi Muhammad sahaja, bahkan ianya dipikul oleh setiap manusia yang sanggup menerimanya, ketika alam roh sebelum dizahirkan ke dunia yang fana ini.

FirmanNya; nurun ‘ala nur – iaitu nur zatullah bagi menyatakan wujudNya, sifatNya dan af’alNya yang ada atau yang tergambar pada Muhammad. Dan sifat ma’ani yang ada padanya itu adalah suatu amanah untuk dikembalikan kepada Allah yang empunya hidup, nama bagi zat yang wajibal wujud. Maka di sini menunjukkan bahawa kata-kata Muhammad itu adalah kata-kata Allah.

Oleh itu, wajiblah kita sebagai seorang yang beriman menuntut ilmu usulluddin ‘mengenal Allah’ atau mengenal diri waliyallah hingga dapat mengenal wujudNya, sifatNya, asma’Nya dan af’alNya melalui nabiNya yang diistilahkan pada roh. Dan malaikatNya, rasulNya, kitabNya, hari qiamat, iman dan taat, syurga dan neraka adalah semuanya datang daripada Allah.

Kalimah syahadah juga dinamakan kalimah tauhid atau kalimah musyarrafah. Ianya wajib diketahui dengan jalan tafsil oleh setiap muslim dan muslimat kerana ianya menjadi tunjang utama di dalam rukun Islam. Jika pada mereka yang tidak dapat menyempurnakan atau mempelajari dengan sewajarnya, maka batallah lafaznya dan segala amalnya juga ditolak (mardudah).

Sebagai keterangan selanjutnya bahawa kalimah syahadah merupakan ayat yang mengkhabarkan kepada kita semua bahawa tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dan di samping itu, ianya mengandungi pengertian dan tujuan atau beberapa ‘aqaid yang mesti kita amalkan dan tunaikan antaranya;
1. Harus Allah ta’ala menjadikan sekalian alam, iaitu setiap barang yang tiada kemudian diadakan dan barang yang sudah ada dan dibinasakan. Mustahil wajib atasNya kerana wajib itu adalah tertentu atas makhluk menerima iaitu setiap perkara yang datang daripada sifat zat wajibal wujud yang ada pada wujud segala makhluknya. Semua makhluk itu mempunyai roh dan diistilahkan sebagai roh insaniyah iaitu roh yang ada pada sekalian manusia, roh haiwanat iaitu roh yang ada pada sekalian binatang, roh nabatat iaitu roh yang ada pada sekalian tumbuh-tumbuhan dan roh jumadat iaitu roh yang berbuku atau makhluk yang berjirim dan berjisim.

Setiap roh adalah sifat hidup, tahu, kehendak dan kuasa. Dan sifat-sifat inilah yang menjadi kenyataan bagi sifat rahman Allah yang ada pada semua makluk yang dijadikan, termasuk juga pertukaran siang dan malam, hujan dan panas, angin, matahari dan bermacam-macam lagi di setiap zarratul wujud. Maka sekalian ini menjadi syahadah bagi menyatakan kalamNya yang satu atau menyatakan zat yang empunya kuasa. Dengan itu bukan sekadar ini sahaja, bahkan apa yang Dia jadikan hendaklah kita fikirkan dan mensyukuri akan segala nikmatNya supaya kita terhindar daripada syirik menyembah Tuhan samada berhala yang bernyawa atau tidak bernyawa.

2. Tidak sesekali Allah mengambil faedah segala perbuatanNya dan hukumNya, dengan maksud segala lakonan makhluk terutama diri kita yang beramal dan beribadah adalah kurnia dan rahmatNya sebagaimana firmanNya; “Atas mereka bahawa sembahyang itu adalah rahmat daripada Tuhan mereka, yakni tidak menuntut sebarang pahala atau syurga, hanya kita mengqasadkan lakonan sahaja bagi menyatakan zatullah. Dan apa jua yang menimpa ke atas dirinya adalah datang daripada Allah dan kembali kepada Allah jua. Ditambah pula dengan firman yang menjelaskan; “Sembahyang itu mencegah kamu dari melakukan kejahatan dan mungkar”. Maksud kejahatan dan mungkar di sini ialah merampas harta hak Allah dan mengaku bahawa ikhtiar dan usahanya boleh memberi bekas. Oleh itu, haramlah kita beramal dan menuntut pahala ataupun syurga yang diharap-harapkan.

3. Tiada yang memberi bekas sekalian kainat (benda yang kena jadi), mustahil member bekas, iaitu seperti amalan-amalan yang wajib ataupun sunat dan segala amal jariahnya tiada boleh memberi pahala, melainkan pada mereka yang telah mengenal ‘hidup’ dan dapat merasai mati dan hidup kembali menunaikan janji Allah dengan kalimah sumpahnya LA ILAHA ILLALLH- ALLAHU AKBAR. Malahan di sini juga dikatakan harus Allah ta’ala memberi nikmatNya.

4. Tiada memberi bekas sekalian kainat iaitu segala makhluk yang dijadikan samada dengan qudrahnya atau tabiatnya, mustahil member bekas, seperti binatang buas yang berbisa, ianya tiada kuasa mengeluarkan bisanya melainkan adanya hidup, tahu, kehendak dan kuasa. Dan segala yang berbisa atau kekuatan yang ada pada binatang itu, ianya menjadi syahadah atau kenyataan bagi zatullah yang empunya kuasa. Begitu juga dengan api, tiada kuasa membakar, air tiada kuasa membasahkan atau diminum, ianya tiada kuasa menghilangkan dahaga melainkan dengan adanya sifat-sifat tersebut. Hayyun, ilmun, iradah dan qudrah yang ada pada jasad kita yang memberi segala nikmat rasa, kenyang, lapar, manis, tawar dan bermacam-macam lagi. Dengan ini, semuanya adalah dalil bagi zatullah yang Maha Berkuasa.

5. Baharu sekalian alam, mustahil qadim yang bermaksud bahawa setiap yang baharu (setiap perkara yang dijadikan) sekaliannya adalah binasa, melainkan 7 sifat ma’ani yang tidak binasa selama-lamanya, kerana ianya sifat bagi zat yang qadim lagi azali, ataupun di lain perkataan, bagaimana qadim zat, begitulah qadim sifat.

Huwal auwal – Dialah yang pertama iaitu nur nabi Muhammad yang berasal daripada nama AHMAD atau dinamakan juga rohulqudus, kenyataan bagi sifat yang suci
Huwal akhir – tiada roh yang lain selain daripada rohullah yang menjalankan segala urusannya (amru rabbi)
Huwaz dzahir – iaitu sudah berupa atau zahir kepada segala makhlukNya, istilah pada ahli sufi ia dinamakan ‘tajalli’ atau tempat kezahiranNya khusus pada manusia. Oleh itu, anak-anak yang baru dilahirkan itu dalam keadaan suci atau fitrah sepertimana sabda baginda; “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan suci (Islam), sehingga dia sendiri yang akan mengatakan dengan lidahnya samada dia bersyukur (tetap atas kesuciannya) atau kufur
Huwal batin – iaitu roh serta sifatnya itu adalah kenyataan bagi rabbani yakni kenyataan bagi zat Maha Kuasa, lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH-ALLAHU AKBAR

Zat Allah itu Esa, katakanlah tiada sekutu bagiNya, sebagaimana dalil naqli menyatakan; “Katakanlah, Dia Allah yang Maha Esa, Allah tempat meminta, tiada beranak dan diperanakkan, dan tiada bagiNya yang menyerupai sesuatu pun”. Dari itu, janganlah kita mendustakan ayat ini dan ayat-ayat suci yang lainnya termasuklah al fatihah, sebagai anak kunci pembuka jalan mengenal Allah.

Kejadian Adam 'alaihissalam

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH,
WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

"BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI"

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan
Malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu”.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia”.
Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya”.


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman,
keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air
masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran
dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan! Yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warnakukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua buah liang dibawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadratAllah.

Lalu Allah berkata: "Yarhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa"(Al-Israk:II). Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah
merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan."

(HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT)

Islam, Iman dan Ihsan

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH,WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

Dengan rahmatNya yg mengizinkanku utk mencoret sepatah dua kata, sebagai renungan bersama, di atas dasar mahabbah, yg mencakupi 'ibta-ul ghoyah' kejadian Adam. Sebagai manusia yang telah terzahir, bebanan 'ghoyah' ini masih menjadi amanah kita. Tetapi di akhir zaman ini, ramai yg terlupa dan alpa, akan hakikat 'ghoyah' kerana terasyik dengan hawa nafsu yang cenderung kepada nilai-nilai maddiah semata-mata.

Ya Ikwani,

Marilah kita merenung sejenak akan awal penciptaan makhluk dan semoga kita diberi taufiq kepada segala yang dicintai dan diredhai Allah ta'ala. Ketahuilah, makhluk yang pertama diciptakan Allah adalah roh Muhammad, yang dicipta daripada cahaya 'jamal' Allah ta'ala sebagaimana firman Allah di dalam hadith Qudsi yang bermaksud; "Aku ciptakan roh Muhammad daripada cahaya zatKu". Rasulullah s.a.w telah bersabda; "Yang pertama diciptakan Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan Allah ialah akal".

Hakikat Muhammad disebut 'nur', kerana ianya bersih daripada segala kegelapan yang menjadi penghalang untuk dekat kepada Allah. Hakikat Muhammad juga disebut akal, kerana ianya yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam, kerana ianya yang menjadi penyebab perpindahan ilmu seperti halnya mata pena menjadi pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis. Roh Muhammad adalah roh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabdanya; "Aku dari Allah dan orang-orang mukmin adalah dari aku".

Dan dari roh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua roh di alam 'Lahut' di dalam bentuk yang terbaik dan hakiki. Alam 'Lahut' merupakan negeri asal bagi seluruh manusia. Selepas itu, Allah menciptakan 'arasy' dari cahaya zat Muhammad. Dan begitu juga makhluk-makhluk yang lain yang berasal dari zat Muhammad. Kemudian, roh-roh ini diturunkan ke alam yang terendah, dimasukkan ke dalam makhluk yang terendah iaitu jasad yang diperbuat daripada tanah (bumi).

Ketika roh berada di dalam jasad, roh lupa akan perjanjian awal di alam 'Lahut, iaitu hari perjanjian; "alastu birabbikum?", dan roh menjawab; "Benar dan kami akui Engkau adalah Tuhan kami". Kerana roh terlupa pada penjanjian tersebut, maka roh tidak dapat kembali ke alam 'Lahut' iaitu negeri asalnya. Dengan kasih sayang Allah ta'ala, maka diturunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal ini. Tetapi ya ikhwani, sangat sedikit manusia yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal ini. Kerana sedikitnya manusia yang kembali ke alam asal ini, maka Allah ta'ala melimpahkan kenabian kepada roh agung Muhammad Rasulullah s.a.w, penutup penunjuk jalan daripada kesesatan ke alam terang. Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai, serta bertemu dengan 'jamal' Allah yang azali.

Ya ikhwani, sedarlah dan bergegaslah untuk mendapatkan keampunan daripada Allah ta'ala. Ya ikhwani, masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah), dan kembalilah kepada Allah bersama-sama dengan golongan ahli rohani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit mencari tempat untuk kembali ke negeri asal. Keberadaan kita di bumi yang hina dan akan hancur ini tidak hanya untuk berpangku dengan makan, minum dan memenuhi nafsu belaka.

Seorang ahli syair pernah berkata; "Nabimu selalu menunggu, sangat khuatir memikirkanmu". Sabda Nabi s.a.w; "Aku mengkhuatiri umatku yang berada di akhir zaman".

Sekian untuk muqaddimah, berjumpa di lain kali, dan teramatlah dialu-alukan ulasan yang membina untuk kebaikan bersama, dan juga teguran seandainya terdapat kesilapan kerana saya tidak punya apa-apa, melainkan kurnia dariNya belaka, wallahu a'lam.............

Wassalam.............