Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Hakikat Ghirah Dalam Diri

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Semangat atau ghirah boleh diertikan sesuatu dorongan yang berasal daripada hati sanubari untuk melakukan sesuatu yang boleh diterima oleh akal. Kerana semangat atau ghirah ini bersumber daripada hati, maka semangat itu timbul daripada sebuah keyakinan yang diterima atau sesuai dengan pertimbangan akal, sehingga naik turunnya semangat sangat bergantung dengan keyakinan hati dan kemampuan akal di dalam mencari dan menemukan serta memberikan pembenaran daripada apa yang telah diyakini oleh hati sanubari tersebut.

Berbeza dengan nafsu yang merupakan sesuatu dorongan yang berasal daripada akal, samada melalui pertimbangan hati sanubari atau tidak. Apabila hati sanubari tidak memberikan pertimbangan pembenaran secara pantas, maka akal akan berusaha mencari pembenaran sendiri untuk melahirkan ghirah yang didorong oleh nafsu di dalam melakukan tindakan. Keadaan ini kemudiannya disebut sebagai ghirah nafsu.

Melalui dua perenggan yang singkat di atas, dapat difahami bahawa semangat atau ghirah yang menjadi pokok di dalam topik kali ini, tempatnya (muqimnya) berada antara akal dan hati sanubari, sehingga semangat atau ghirah ini adalah bahagian

yang memberikan rasa di dalam diri seperti rasa senang, rasa suka, rasa sakit, rasa letih dan sebagainya.

Rasa itu kemudiannya diterjemahkan oleh hati dalam bentuk reaksi. Ketika semangat atau ghirah merasakan kesenangan, maka hati akan memberikan isyarat penambahan atau peningkatan reaksi yang disetujui oleh akal. Dan demikian juga sebaliknya ketika semangat atau ghirah merasakan sakit atau letih, maka hati akan memberikan isyarat penurunan reaksi terhadap tubuh, sehingga gerakan tubuh menjadi lambat bahkan sehingga terhenti sama sekali.

Kerana kedudukannya yang berfungsi sebagai penghubung di antara hati dan akal

dan pengaruhnya terhadap reaksi tubuh di atas rasa yang ditimbulkannya, maka ghirah ini merupakan salah satu pintu, tempat masuknya segala sesuatu yang mempengaruhi hati dan akal.

Jika ghirah lebih banyak disusupi oleh pengaruh keduniaan, maka ghirah yang timbul lebih banyak dikendalikan oleh akal dan nafsu. Dan jika ghirah ini terbebas daripada pengaruh keduniaan, maka ghirah yang timbul adalah ghirah yang terlahir daripada hati di bawah kendalian iman.

Persolan ghirah ini menjadi sangat penting ketika ghirah itu berhubungan dengan perlaksanaan ibadah yang dilakukan. Ghirah yang berasal daripada pengaruh keduniaan akan melahirkan sifat sombong dan riya’ serta berjenis-jenis penyakit hati yang lain, yang pastinya menyebabkan seluruh perlaksanaan ibadah yang menjadi sia-sia dan tidak bernilai sama sekali di hadapan Allah. Dan apabila ghirah itu terbebas daripada pengaruh keduniaan, maka setiap perlaksanaan ibadah yang dilakukan akan melahirkan keikhlasan dan kerendahan hati di atas dasar cinta dan pengabdian terhadap Zat yang memberi perintah.

Pembersihan diri, pada hakikatnya adalah pembersihan ghirah di dalam diri daripada pengaruh-pengaruh duniawi yang menyesatkan serta mengembalikan ghirah tersebut kepada tempat yang sesungguhnya dan selayaknya iaitu ke dalam sifat Allah, sehingga setiap kecintaan yang timbul dari dalam diri adalah kecintaan yang dilandasi kepada keimanan dan kerendahan hati yang muncul adalah rasa takut apabila pengabdian yang dilakukan tidak diterima. Kepasrahan yang dirasakan adalah keikhlasan bahawa Allah Maha Kuasa untuk berbuat segala sesuatu sesuai dengan KehendakNya.

Dengan memasukkan atau menempatkan ghirah ke dalam sifat Tuhan, maka pada saat itu, yang menjadi semangat dalam diri kita adalah semangat yang berasal daripada Zat Tuhan yang bernama Allah, sakit dan letih yang dirasakan adalah kehendak Allah, membenci setiap sesuatu yang dibenci Allah, rasa cinta yang terlahir di dalam diri hanya disebabkan kerana Allah mencintainya serta rasa senang yang dirasakan disebabkan Allah menyenanginya. Marah yang timbul dari dalam diri pada hakikatnya disebabkan marahNya Allah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali semuanya adalah di atas kehendak Allah semata-mata.

Semua itu merupakan suatu tindak balas dan perwujudan daripada sifat zat yang dilahirkan daripada dorongan hati sanubari yang bersih dan suci daripada pengaruh nafsu dunia dan syaitan. Tidak ada sakit, tidak ada senang, tiada duka, tiada suka. Hidup tenggelam dan larut di dalam kuasa Allah yang tak berbatas, hilang di dalam tebaran damai irama kekuasaan Allah yang meliputi sekalian alam. Pada saat itu, tidak ada hasrat, tidak ada lagi do’a yang terucap, tidak ada lagi niat dan harapan yang akan dikabulkan. Ketika Allah berkata “Jadi” (Kun), maka “Jadilah ia” (Fayakun). Wallahu a’lam…

Thursday, August 19, 2010

Bertasawuf Dalam Syariat

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Dari segi bahasa, syariat adalah tempat yang didatangi atau dituju oleh manusia dan binatang untuk meminum air. Sedangkan menurut istilah syara’, syariat merupakan nas-nas yang suci yang dikandung di dalam Al Qur’an dan As Sunnah.

Syeikh Amin Al Kurdi memberikan batasan syariat dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah swt kepada Rasulullah saw yang difahami dan diijtihadkan oleh para ulama daripada Al Kitab dan As Sunnah, baik berbentuk nas atau istimbath. Hukum-hukum itu meliputi Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqah dan Ilmu Tasawuf.

Dalam erti istilah yang lebih sempit, syariat ialah hukum-hukum dan tata aturan yang disyariatkan Allah swt kepada hambaNya untuk diikuti dan hubungan dengan Allah swt dan sesama manusia. Pengertian ini dikenali secara meluas dengan istilah atau pengertian hukum fiqah yang sebetulnya. Fiqah itu sendiri bukanlah merupakan nas-nas Al Qur’an dan As Sunnah, tetapi sudah merupakan hasil olahan manusia.

Prof. Dr. Salam Mazkur memberikan definisi bahawa fiqah adalah segala hukum-hukum keagamaan, baik yang berhubungan dengan hukum ‘aqaid ataupun dengan hukum amaliah, maka hal ini menyebabkan kalimah fiqah diperbatasi untuk sekelompok hukum yang bersifat amaliah, syariat yang lalu dipetik atau diistimbathkan daripada dalil yang jelas sebagaimana dipergunakan kalimah fiqah untuk nama-nama hukum tersendiri.

Imam As Syafi’ie mendefinisikan fiqah adalah suatu ilmu tentang hukum-hukum syariat yang bersifat amaliah yang diperolehi dari satu per satu dalilnya. Dengan demikian, fiqah adalah apa yang dapat difahami manusia dari teks-teks suci Al Qur’an dan As Sunnah dengan melakukan ijtihad untuk menangkap makna-makna, ‘ilat-’ilat (sebab-sebab) serta tujuan yang hendak dicapai oleh teks suci tersebut.

Kerana perbahasan fiqah mencakupi perbahasan mengenai hukum-hukum dengan objek manusia, maka fiqah tersebut akan mencakupi semua disiplin ilmu seperti Ilmu Fiqah, Ilmu Tauhid, Ilmu Akhlak dan sebagainya.

Perlaksanaan aturan dan ketentuan hukum tanpa memahami dan menghayati tujuannya, maka perlaksanaannya tidak akan menemui sasaran yang ingin dicapai daripada tujuan hukum itu sendiri dan tidak akan memiliki nilai yang sempurna iaitu kebenaran yang datang dari Allah swt, yang di dalam istilah tasawuf dinamakan hakikat yang merupakan inti dari hukum itu sendiri.

Hukum itu ditetapkan atau beredar menurut ilatnya. Kalau ilatnya masih ada, maka hukumnya ada; Kalau ilatnya sudah hilang, maka hukumnya akan hilang; Sehingga hubungan di antara syariat dengan hakikat dapat dinyatakan bahawa syariat itu adalah lahirnya dan hakikat itu adalah batin daripada tujuan penetapan sesuatu hukum.

Untuk mencapai tujuan daripada sebuah penetapan hokum, diperlukan jalan atau cara serta kaedah mencapainya, agar dalam perlaksanaannya tidak menyimpang daripada tujuan penetapan hukum yang telah ditetapkan. Sebab tanpa mengetahui jalannya atau caranya dalam mencapai sesuatu tujuan hukum, tentunya akan sulit untuk sampai ke tujuan tersebut. Jalan atau cara atau kaedah tersebut dinamakan tariqat.

Sedangkan tasawuf merupakan sikap hati rohani yang taqwa, yang selalu ingin dekat kepada Allah swt. Apabila dihubungkan dengan pengertian syariat dalam erti yang luas, yang meliputi seluruh aspek hidup dan kehidupan manusia akan mempunyai hubungan yang sangat erat dan saling mengisi di antara satu dengan yang lain.

Sehingga untuk mencapai kemaslahatan diri dan umat di dunia dan akhirat dalam erti yang sesungguhnya, tujuan hidup harus sejalan, dituruti dengan tujuan tasawuf, iaitu melaksanakan hakikat ubudiyah bagi memperolehi tauhid yang haqqul yakin, makrifatullah yang tahqiq.

Tujuan tasawuf dalam erti ini, tidak mungkin hanya dilaksanakan dengan zikir atau zikrullah dalam erti khusus sahaja, tetapi harus dilaksanakan sejalan dengan perlaksanaan syariat. Oleh sebab itu, seluruh aktiviti syariat harus digerakkan, didasarkan, dimotivasikan dan dijiwai oleh hati nurani yang ikhlas, lillahi ta’ala yang kesemuanya bermuarakan kepada redha Allah dan kemaslahatan diri dan kemaslahatan umat yang menjadi tujuan daripada syariat.

Setelah kemaslahatan diri dan maslahat umat telah diperolehi, harus digerakkan dan diarahkan pula kepada memperkukuhkan dan mentahqiqkan tauhid makrifatullah yang merupakan satu-satunya tujuan Allah swt menjadikan makhluk yang bernama mansuia. Imam Malik mengatakan bahawa barangsiapa berfiqah atau bersyariat sahaja tanpa bertasawuf, nescaya dia berkelakuan fasiq (tidak bermoral) dan barang siapa yang bertasawuf tanpa berfiqah atau bersyariat, nescaya dia berkelakuan zindiq (menyelewengkan agama) dan barang siapa yang melakukan kedua-duanya,

maka sesungguhnya dia adalah golongan Islam yang hakiki (tulen). Dan Imam Ali Ad-Daqqaq mengatakan bahawa sesungguhnya syariat itu adalah hakikat. Bahawa sesungguhnya syariat itu wajib hukumnya, kerana ia adalah perintah Allah swt. Demikian juga hakikat adalah syariat untuk mengenal Allah (makrifat kepada Allah). Hakikat itu wajib hukumnya kerana ia adalah perintah Allah.

Tujuan atau sasaran ajaran dan amalan tasawuf, iaitu melaksanakan hakikat ubudiyah bagi memperolehi tauhid yang haqqul yakin, makrifatullah yang tahqiq. Yang menjadi kunci makbulnya adalah adab beribadat itu sendiri. Ibadat yang berbentuk syariat itu harus digerakkan oleh hati yang khusyuk, tawaduk dan lillahi ta’ala. Situasi dan hal hati yang demikian inilah yang dinamakan adab beribadat.

Tokoh sufi Al Jalajili mengatakan bahawa tauhid itu diwajibkan oleh iman. Barang siapa yang tidak beriman, maka dia tidak bertauhid.Iman itu wajib kerana diwajibkan oleh syariat. Barang siapa yang tidak bersyariat, maka dia tidak beriman dan tidak bertauhid. Syariat itu wajib kerana diwajibkan oleh adab. Barang siapa yang tidak beradab, maka ia tidak bersyariat, tidak beriman dan tidak bertauhid.

Para mukhlasin yang sudah dapat mewujudkan pengabdian semata-mata kerana Allah swt, Allah swt akan menganugerahkan ilmu makrifat kepadanya iaitu ilmu mengenali rahsia-rahsia ghaib yang dinamakan dengan Ilmu Ladunni seperti yang telah diberikan kepada Nabi Khidir ‘alahis salam dan hamba-hambaNya yang dikehendakiNya iaitu hamba yang hanya mengabdikan dirinya kepada Allah swt. “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam, amin… Wallahu a’alam…

Sunday, August 15, 2010

Mengapa Harus Belajar Tasawuf?!

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Posting kali ini mengajak kita untuk meneliti dan membahaskan tentang ilmu syariat, ilmu hakikat dan ilmu tariqat yang merupakan satu rangkaian yang saling berhubungan dan saling mempengaruhi serta saling menguatkan antara satu sama lain dalam pencapaian kesempurnaan nilai ibadah yang disebabkan kerana Allah dan dilaksankan hanya kepada Allah semata.

Syariat merupakan suatu perintah agar insan membiasakan atau melazimi kehambaan dengan menjadikan suatu jalan ibadah yang sesuai dengan syarat dan rukun yang telah ditetapkan melalui garis hukum yang jelas. Tariqat merupakan perlakuan yang khusus bagi para penempuh jalan Allah swt dengan pencapaian berbagai manzil seperti pangkat, darjat, untuk peningkatan di dalam kepelbagian maqam pencapaian. Sedangkan hakikat merupakan pengenalan yang memahami dengan pencapaian yang mendekatkan dengan ibadah, hingga kepada sesuatu itu menjadi keimanan yang tetap melalui kelaziman ibadah.

Syariat adalah sesuatu yang telah datang bersama pembebanan (at taklif), sedangkan hakikat adalah apa yang diperkenalkan (at Ta’rif). Syariat dikuatkan dengan hakikat. Hakikat daripada tariqat adalah syariat, sehingga setiap syariat adalah hakikat dan segala hakikat adalah syariat. Sehingga dalam perbahasan ini difahami bahawa hubungan antara syariat dan hakikat merupakan hubungan yang saling melengkapi dan mempengaruhi di antara satu sama lain. Hakikat yang difahami tanpa dukungan syariat hanya akan melahirkan kehampaan dan syariat tanpa hakikat hanya akan mendatangkan keletihan, sehingga tanpa syariat, hakikat itu bohong dan tanpa hakikat, syariat itu kosong!

Ilmu yang mempelajari tentang ilmu syariat disebut ilmu fiqah. Di dalamnya dikaji dan difahami tentang hukum-hukum Islam, syarat dan rukun ibadah dan sebagainya seperti wajib, sunat, haram, makruh dan mubah atau harus yang dikenali dengan hukum yang lima atau hukum syar’ie berdasarkan dalil-dalil aqli dan dalil-dalil naqli yang jelas iaitu Al Quran, Al Hadith, Ijmak dan Qiyas, serta tata cara pengambilan garis hukum dari sesuatu hukum yang kemudian daripada hukum yang mendahuluinya.

Faham Ahlus sunnah wal Jamaah secara umum menyandarkan pemahamannya kepada beberapa mazhab atau aliran. Mazhab yang terkenal bagi kalangan Ahlul sunnah wal Jamaah adalah mazhab yang empat iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Hambali dan mazhab Syafi’ie. Sedangkan mazhab-mazhab yang lain selain daripada mazhab yang empat tersebut hanya dipakai di bebarapa tempat sahaja dan jumlah pengikutnya secara umum adalah sedikit. Yang memahami ilmu fiqah disebut fuqaha (para faqih) atau ulama fuqaha (ulama fiqih).

Ilmu yang mempelajari ilmu hakikat disebut ilmu tasawuf, yang memahaminya disebut sufi yang terdiri di antara kalangan para murid (yang berhasrat atau bertasawuf) atau para salik (penempuh jalan), para mursyid (pembimbing). Daripada aliran tasawuf yang pelbagai, semuanya bermula pada satu tujuan iaitu mendekatkan diri kepada Allah swt dengan cara hijrah atau berpindah menuju kepada Allah swt setelah ditanamkan kebaikan bagi dunia sampai akhirat, agar dapat dipetik hasil daripada apa yang telah diusahakan melalui amal ibadah syariat yang hanya disebabkan dan ditujukan untuk Allah semata-mata, tanpa rasa berhajat kepada syurga dan tidak pula takut akan neraka. Pada kebanyakan aliran tariqat, cara pencapaian pada tingkatan atau maqam tertentu dicapai melalui cara suluk atau bersuluk dan ada juga yang tidak melalui cara suluk atau bersuluk ini, seperti aliran tariqat satariyah.

Jadi, hubungan di antara ilmu syariat dengan ilmu hakikat yang ditempuh melalui tariqat yang benar lagi lurus, merupakan hubungan yang saling melengkapi. Ilmu syariat diibaratkan sebagai jasad dan ilmu hakikat yang juga dinyatakan sebagai ilmu batin atau ilmu hati diibaratkan sebagai roh, sehingga tanpa roh, jasad itu pasti mati, tidak bererti apa-apa. Allah swt tidak akan menerima ibadah seseorang hamba yang disebabkan selain kerana Dia. Ibadah yang mengharapkan pahala dan syurga daripada Allah swt adalah ibadah para pedagang. Sedangkan keikhlasan itu sendiri bererti tanpa tawar menawar, tanpa mengharapkan upah atau balasan apa-apa pun selain daripada pengabdian yang didasari rasa cinta terhadap kekasih hati yang disayangi iaitu Allah rabbul jalil.

Ketika di hatimu hanya ada Dia, maka bibirmu tidak akan pernah merasa lelah untuk selalu mengucapkan namaNya melalui zikir-zikir yang disenangiNya. Ketika engkau mendengar bahawa Dia juga menyebut namamu, pada saat itu engkau tahu bahawa Dia juga telah mencintaimu. Semenjak itu, seluruh aktiviti dan seluruh kegiatan daripada hidup yang engkau jalani hanyalah kerana Dia, bahkan hidup dan matimu hanyalah untukNya. Tempat yang sepi dan sunyi, jauh daripada keramaian dan terhindar daripada mata yang memandang adalah tempat yang engkau idam-idamkan untuk memadu kasih dan bercumbu mesra dengan kekasihmu. Ketika semua mata tertutup dalam dinginnya balutan selimut malam, Dia datang setiap sepertiga malam yang akhir untukmu, sambutlah kekasihmu. Curahkan seluruh isi hatimu, Dia akan memberikan apa yang engkau mahu dan dia juga akan memberikan sesuatu yang belum pernah engkau bayangkan sebelumnya, kerana Dia Pencinta Sejati.

Melalui posting yang sangat singkat ini, mudah-mudahan dapat memberikan gambaran untuk orang-orang yang selama ini mempermain-mainkan dan menolak akan ilmu tasawuf. Yang lebih penting daripada itu, melalui posting yang pendek dan singkat ini diharapkan agar ianya boleh menjadi bahan perbincangan bagi kita mempertajamkan lagi pemahaman kita di dalam soal hati. Saya iringi doa agar kita dan seluruh keluarga kita selalu di dalam lindungan dan rahmat Allah swt, amin… Wallahu a’lam…

Saturday, July 10, 2010

Hakikat Zat Pada Sifat Allah

Sebelum melanjutkan membaca dan memahami kajian “Hakikat Zat Pada Sifat Allah” pada bagian ini, perlu disampaikan bahawa mulai dari kajian ketiga ini dan kajian-kajian selanjutnya, lebih bersifat pemahaman dan sangat memerlukankan kemurnian pemikiran dari pengaruh nafsu yang menyesatkan. Kerana pada kajian ini dan kajian selanjutnya merupakan salah satu kajian inti dari faham tariqat satariyah yang mendakwa bahawa, pemahaman tauhid dari fahaman satariyah merupakan satu-satunya cara tercepat atau jalan pintas untuk bertemu Allah swt. Fahaman tauhid satariyah tidak menyatakan dirinya sebagai bahagian dari aliran tariqat yang ada kerana sangat bersifat logik dan pemahamannya timbul dari proses pembelajaran, sedangkan fahaman tauhid dari fahaman tariqat lainnya, pemahamannya timbul dari pengamalan; Kedua-dua kaedah ini sah dan sama benarnya, tergantung kesanggupan untuk mengikuti kaedah pembelajaran dan pembentukan faham tauhidnya, sehingga sangat-sangat disarankan untuk terlebih dahulu atau kembali membaca dan mempelajari serta memahami kajian-kajian sebelumnya yang berhubungan dengan alasan:

1. Kajian ini sangat memerlukankan pemahaman sehingga apabila hanya sekali baca sahaja, diyakini bahawa pembaca tidak akan mendapat apa-apa daripada kajian ini, bahkan mungkin saja menyesatkan aqidah.

2. Untuk Hal-Hal yang kurang difahami dan meragukan, jangan difahami sendiri, tetapi disarankan untuk bertanya kepada para guru di majlis taklim atau pengajian masing-masing.

3. Yang lebih penting daripada itu adalah, bahawa yang difahami dalam kajian ini ada sifat Allah swt, bukannya zat Allah swt atau hubungan antara sifat dengan zatNya. Apabila salah dalam memahami konsep ini, maka akan jatuh kepada pemahaman tauhid yang sesat, yang menyakini bahawa makhluk boleh menyatu dengan zat Allah swt.

Setelah pada kajian yang lalu difahami bahawa melalui sifat-sifat yang diperkenalkan Allah swt kepada manusia sebagai makhluk, bererti Allah swt telah membukakan satu ruang yang sangat luas bagi kita untuk mengenal zatNya secara lebih terang dan nyata, kerana melalui sifat-sifat Allah tersebutlah kita mengenal hakikat zat itu dengan sesungguhnya.

Di antara dua puluh sifat yang difahami dalam keyakinan ahlul sunnah wal jamaah, terdapat dua sifat utama yang sangat menentukan keberadaan sifat-sifat yang lain. Tanpa dua sifat tersebut, maka keberadaan sifat-sifat yang lain akan tidak bererti, bahkan boleh meniadakan sifat-sifat yang lain.

Posting kali ini, kita akan melakukan pembahasan tentang sifat yang pertama daripada dua sifat yang utama itu, iaitu sifat wujud sebagai berikut:

Sifat Wujud : Wujud adalah sifat yang menandakan keberadaan zat. Tanpa sifat wujud ini, sifat-sifat yang lain akan menjadi tidak bererti bahkan sifat-sifat yang lain boleh menjadi tidak ada. Sifat wujud difahami melalui sifat-sifat ma’ani, sehingga untuk menjawab bagaimana wujudNya Allah, sudah boleh dijelaskan melalui sifat-sifat ma’ani yang dikelompokkan sebagai berikut:

· wujud Zat iaitu wujud yang melekat pada zat, difahami denga zat Allah iaitu wujud yang sebenar-benarnya ialah zat pada Allah, merupakan suatu yang tidak boleh diucapkan tetapi secara nyata boleh dirasakan seperti rasa manis pada gula dan rasa masin pada garam hanya boleh dirasakan tanpa boleh diperkatakan.

· wujud Sifat iaitu wujud yang melekat pada sifat zat, difahami dengan sifat Allah iaitu terhimpunnya sekalian sifat. Wujud ini dinamakan juga Nur Muhammad merupakan nyawa atau roh pada diri kita.

· wujud Afa’al iaitu wujud yang melekat pada perbuatan zat difahami dengan perbuatan Allah iaitu wujud yang keberadaannya disebabkan oleh suatu sebab sehingga tidak terjadi dengan sendirinya. Wujud ini dinamakan juga wujud Adam, merupakan tubuh pada diri kita.

· wujud Asma iaitu wujud yang melekat pada keimanan difahami dengan beriman kepada Allah iaitu wujud terdapat dalam keyakinan setiap makhluk yang memahami tentang zat Allah. Wujud ini dinamakan juga wujud iman, merupakan hati pada diri kita.

Sehingga pemahaman tentang wujud Allah ini adalah Zat Allah jadi rahsia pada diri Aku. Sifat Allah (Nur Muhammad) jadi nyawa atau roh pada diri Aku. Perbuatan Allah jadi tubuh pada diri Aku. Nama Allah jadi hati atau iman pada diri Aku.

Jadi bukan Zat melainkan rahsia pada diri Aku, bukan sifat melainkan Nur Muhammad, nyawa atau roh Aku, bukan perbuatan melainkan batang tubuh Aku, bukan Asma atau Nama melainkan keyakinan atau keimanan hati Aku.

Wallahu a’lam…

Thursday, July 8, 2010

Hakikat Tauhid

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Posting sebelum ini telah membicarakan tentang sifat Sifat Nafsiah dan Sifat Salbiyah. Pada posting kali ini, kita akan membicarakan tentang Sifat Ma’ani dan Sifat Ma’nawiyah sebagai berikut :

3. Sifat Ma’ani

Sifat Ma’ani selalu dikatakan sebagai sifat yang abstrak tetapi untuk lebih memahami dan mendalaminya, ianya adalah sifat yang membuktikan atau pembuktian wujud Allah, kerana dengan sifat ma’ani ini, Allah membuktikan sifat wujudnya yang dijelaskan dengan sifat salbiyah (Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil hawadith, Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniyah) yaitu :

a) Hayat bererti Allah itu bersifat hidup

b) Ilmu bererti Allah itu bersifat tahu

c) Qudrat bererti Allah itu bersifat kuasa

d) Irodat bererti Allah itu bersifat berkehendak

e) Sama’ bererti Allah itu bersifat mendengar

f) Bashor bererti Allah itu bersifat melihat

g) Kalam bererti Allah itu bersifat berkata-kata

Pembuktian sifat ma’ani sebagai sifat yang melekat pada wujud Allah dapat dibuktikan melalui kaedah pemahaman Tauhid Rububiyah yang bererti menyakini keberadaan Allah melalui ciptaanNya yaitu :

· kerana Allah mempunyai sifat hayat, maka kita boleh membuktikannya pada hidupnya tubuh kita. Jika tidak hidup tubuh kita itu, maka tidak terbukti hayatnya Allah, kerana hidup tubuh kita itu dengan hayatnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat ilmu, maka kita boleh membuktikannya pada tahunya hati kita. Jika tidak tahu hati kita itu, maka tidak terbukti ilmunya Allah, kerana tahu hati kita itu dengan ilmunya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat qudrat, maka kita boleh membuktikannya pada kuasanya tulang kita. Jika tidak kuasa tulang kita itu, maka tidak terbukti qudratnya Allah, kerana kuasa tulang kita itu dengan qudratnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat iradat, maka kita boleh membuktikannya pada berkehendaknya nafsu kita. Jika tidak berkehendak nafsu kita itu, maka tidak terbukti iradatnya Allah, kerana berkehendak nafsu kita itu dengan iradatnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat sama’, maka kita boleh membuktikannya pada mendengarnya telinga kita. Jika tidak mendengar telinga kita itu, maka tidak terbukti sama’nya Allah, kerana mendengar telinga kita dengan sama’nya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat bashor’, maka kita boleh membuktikannya pada melihatnya mata kita. Jika tidak melihat mata kita itu, maka tidak terbukti bashornya Allah, kerana mendengar telinga kita dengan bashornya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat kalam’, maka kita boleh membuktikannya pada berkata-katanya lidah kita. Jika tidak berkata-kata lidah kita itu, maka tidak terbukti kalamnya Allah, kerana berkata lidah kita dengan kalamnya Allah

Dengan pembuktian wujud Allah melalui sifat ma’ani ini memberikan pemahaman kepada kita bahawa sifat hayat merupakan pokok atau ibu dari sifat yang menjelaskan tentang zat Allah, sehingga tanpa sifat hayat, sifat wujud tidak bererti apa-apa.

4. Sifat Ma’nawiyah

Sifat ma’nawiyah merupakan sifat penegasan dari sifat ma’ani dengan

pemahaman sebagai berikut :

· kerana Allah bersifat hayat, maka wajib Zat Allah bersifat Hayyun bererti maha hidup

· kerana Allah bersifat ilmu, maka wajib Zat Allah bersifat Aliman bererti maha mengetahui

· kerana Allah bersifat qudrat, maka wajib Zat Allah bersifat Qodiron bererti maha kuasa

· kerana Allah bersifat Iradat, maka wajib Zat Allah bersifat Muridan bererti maha berkehendak

· kerana Allah bersifat sama’, maka wajib Zat Allah bersifat Sami’an bererti maha mendengar

· kerana Allah bersifat bashor, maka wajib Zat Allah bersifat Bashiron bererti maha melihat

· kerana Allah bersifat kalam, maka wajib Zat Allah bersifat Mutakalliman bererti maha berkata-kata

Itulah sifat-sifat yang wajib ada pada Zat Allah, hanya pada Zat Allah. Selain Allah, tidak ada yang memiliki sifat ini, sedangkan sifat-sifat yang mustahil pada Allah adalah kebalikan dari sifat yang wajib ini.

Monday, July 5, 2010

Hakikat Tauhid

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Sesungguhnya Allah adalah nama zat Tuhan swt yang diperkenalkan sendiri olehNya. Selain sebagai nama bagi zat Tuhan swt, Allah adalah juga tempat terkumpulnya atau terhimpunnya seluruh sifat yang dikandung zatNya sehingga Allah sebagai sebutan yang utama untuk Tuhan, sudah meliputi Tuhan secara keseluruhan yang terdiri dari zat dan sifatNya.

Hubungan antara zat dan sifat pada hakikatnya adalah hubungan sebab akibat, yang saling terkait dan saling menerangkan antara keduanya. Keberadaan sifat disebabkan karena adanya zat dan keberadaan zat hanya boleh dinyatakan dengan adanya sifat, sehingga melalui hubungan tersebut Tuhan telah membukakan satu ruang yang boleh dimasuki oleh akal manusia untuk mengetahui hakikat zatNya dengan benar.

Sebelum melanjutkan kepada kajian tentang pemahaman sifat Allah, yang pertama yang harus diyakini tentang kajian sifat Allah itu adalah bahawa sifat yang dimiliki Allah adalah sifat yang maha sempurna yang tidak dimiliki oleh selain Allah.

Karena apabila terjadi persamaan antara sifat yang dimiliki oleh Allah dengan sifat yang dimiliki oleh selain Allah, maka sifat tersebut bukan lagi menjadi sifat Allah, karena Allah tidak boleh dipersamakan dengan apapun sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran “Dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan Dia” (Al Ikhlash : 4).

Setelah prinsip dasar tersebut difahami dan diyakini secara sungguh-sungguh dengan hati yang sabar dan ikhlas, baru boleh dilanjutkan dengan kajian tentang sifat-sifat Allah.

Bila tidak, kajian tentang sifat-sifat Allah itu akan melahirkan pemahaman yang sesat seperti fahaman yang berkeyakinan bahwa semuanya di alam ini adalah perwujudan dari zat Tuhan, atau faham yang menyakini bahwa makhluk setelah melewati tahap-tahap pemahaman tertentu boleh melakukan penyatuan dengan Tuhan dan beberapa fahaman lain yang dikategorikan sebagai fahaman yang menyimpang seperti fahaman Mu’tazilah dan lain-lain.

Sekarang kita lanjutkan;

Imam Abu Hasan ‘Ali al Asy’ary dan Imam Abu Mansur al Muturidi sebagai pelopor berdirinya faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah telah menerangkan sebagai sebuah syariat bahwa sifat Allah itu dikelompokkan menjadi 41 sifat dan dikelompokkan lagi menjadi 4 kelompok besar iaitu :

1. Sifat Nafsiah

Sifat nafsiyah adalah sifat yang melekat pada Zat Allah. Sifat nafsiyah ini mengakibatkan lahirnya sifat-sifat yang lain. Sifat nafsiyah itu adalah Wujud yang bererti ada. Jika sifat Wujud ini tidak ada pada Zat Allah, maka sifat-sifat yang lain pun menjadi tidak ada, sehingga mustahil Allah itu tidak ada, karena adanya Allah dengan sifat Wujud ini. Jika sifat Wujud ini tidak ada, maka Allah pun menjadi tidak ada.

2. Sifat Salbiyah

Sifat salbiyah dikatakan sebagai sifat yang membezakan Allah dengan selain Allah, tetapi bagi huraian pemahaman yang lebih jitu menyatakan bahawa sifat salbiyah adalah sifat yang menerangkan sifat nafsiyah karena apabila dinyatakan sebagai sifat yang membezakan antara Allah dengan selain Allah, tentunya sifat-sifat Allah yang lain selain sifat salbiyah boleh dipersamakan dengan sifat selain Allah sedangkan zat, sifat dan perbuatan Allah tidak boleh disetarakan dengan sesuatu apapun juga.

Sifat-sifat salbiyah itu adalah Qidam yang bererti dahulu dan tiada permulaan, Baqa bererti kekal dan tiada kesudahan atau abadi, sehingga melahirkan sifat Mukhalafatuhu lil hawadith yang bererti tidak sama dengan segala sesuatu. Allah itu bersifat Qiyamuhu binafsihi yang bererti berdiri sendiri secara mutlak. Allah tidak memerlukan apapun atau siapapun untuk mengurus urusannya dan juga tidak mahu urusannya dicampuri, Selanjutnya dinyatakan bahawa Allah itu bersifat Wahdaniyah yang bererti Maha Esa atau Maha Tunggal, tidak berbilang dengan pengertian bahwa :

1. Allah itu Maha Esa ZatNya yang bererti Zat Allah itu tidak sama dengan apapun juga

2. Allah itu Maha Esa SifatNya yang bererti Allah itu bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang tidak sama atau dipersamakan dengan sifat selain Allah

3. Allah itu Maha Esa PerbuatanNya yang bererti seluruh perbuatan Allah tidak boleh ditiru atau dicontohi oleh siapapun, hanya Allah yang berkuasa untuk melakukan sesuatu

Sifat yang tergabung dalam kelompok sifat nafsiyah dan sifat salbiyah ini merupakan dasar utama dari pemahaman tauhid. Apabila sifat-sifat nafsiyah dan salbiyah ini difahami secara salah, maka faham tersebut telah terjerumus kepada pemahaman tauhid yang sesat sebagaimana beberapa fahaman yang telah disampaikan tadi.

Sudah banyak orang-orang alim yang tersesat dalam memahami sifat-sifat Allah ini, sehingga sangat disarankan untuk jangan memaksakan logic dan pemikiran di dalam melakukan kajian tentang tauhid. Apabila pada saat itu logik dan pemikiran belum boleh menumbuhkan pemahaman yang benar tentang kajian yang sedang dihuraikan. Tinggalkan dahulu untuk sementara. tetapi jangan berhenti, Ketahuilah bahawa sesungguhnya hukum mempelajari dan memahami tauhid secara benar adalah wajib atau fardhu ‘ain (wajib bagi setiap diri) kerana hanya dengan pemahaman dan keyakinan yang benar, seluruh amal dan ibadah yang dilakukan akan diterima Allah swt. Selain daripada itu ditolak apabila ibadah tersebut tidak menjadi tambahan dosa.

Andai memungkinkan, belajarlah melalui seorang guru atau mursyid yang benar-benar telah memahami tentang hakikat tauhid yang benar. Jangan sesekali belajar pada mursyid (guru hidup) yang masih atau sedang mencari-cari hakikat tauhid yang sesungguhnya, karena itu sama ertinya dengan membukakan ruang yang lebar bagi iblis untuk menyesatkan.

Untuk lebih jelas, silalah membaca pengertian ilmu tauhid pada posting sebelum ini. Mungkin untuk sementara, posting ini dihadkan setakat ini sahaja dahulu, kerana pada kajian selanjutnya akan dibahaskan kajian tentang dua kelompok sifat Allah yang selanjutnya, yang merupakan perincian atau pemahaman lanjutan tentang Hakikat Zat pada Sifat Allah melalui sifat Ma’ani dan Ma’nawiyah. Wallahu a’lam…

Saturday, July 3, 2010

Hakikat Tauhid

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang mempelajari tentang keesaan Allah, yang bertujuan untuk menumbuhkan dan memperteguhkan keyakinan dan keimanan bahawa Allah itu Maha Esa. Kerana bersifat keyakinan, maka dalam kajian ilmu tauhid lebih tertuju kepada hati yang meyakini, sehingga ilmu tauhid dinyatakan juga sebagai ilmu hati disebabkan pemahamannya dilakukan melalui hati.

Karena sifatnya yang lebih mengarah kepada keyakinan, maka dalam ilmu tauhid tidak dibahasa tentang tata cara ibadah. Akibatnya hanya sedikit umat yang meluangkan kesempatan untuk mempelajari ilmu tauhid. Sebahagian lagi menganggap ilmu tauhid adalah imu yang dipelajari oleh generasi tua, sehingga anak muda merasa belum perlu untuk mempelajarinya dan akan belajar nanti setelah tua. (Siapakah yang boleh menjamin bahawa dia boleh hidup sampai tua?)

Sesungguhnya mempelajari ilmu tauhid itu sangat mudah, kerana boleh difahami melalui bermacam-macam cara, sesuai dengan pembahagian ilmu tauhid itu sendiri yaitu;

1. Tauhid Rububiyah

Tauhid Rububiyah bererti tauhid yang menyakini bahawa Allah adalah Tuhan, Tuhan Yang Maha Pencipta dan maha segala perbuatan-perbuatanNya. Pembelajaran dan pemahaman tauhid rububiyah lebih dititik beratkan kepada Maha Kaya daripada Tuhan Maha Pencipta yang melalui pengakuan yang tertanam dari dalam diri bahawa hak penciptaan dan mengembangkan sesuatu dari suatu keadaan pada keadaan yang lain sampai mencapai keadaan yang sempurna hanya hak Allah. Allah telah menciptakan bumi dan langit dan apa-apa yang berada di antara keduanya, memiliki, merencanakan, menciptakan, mengatur, memelihara serta menjaga seluruh alam semesta menuju kesempurnaannya.

Konsep dasar dari tauhid rububiyah adalah mempelajari alam dari sisi penciptaanya dan hikmah di sebalik penciptaan itu, sehingga boleh ditarik garis lurus antara pembuktian melalui ilmu pengetahuan yang diamanahkan Allah kepada orang-orang yang dikehendakiNya dengan petunjuk dan tuntunan Allah melalui Al-Quran dan Hadith.

Pemahaman penciptaan alam menuju kesempurnaannya juga meliputi suatu proses yang berjalan secara terus menerus dari tidak adanya sampai kepada pengembalian kepada asal sebelum adanya alam, sehingga yang tertinggal hanya pemahamannya dan keyakinan hati yang mengacu kepada “Sesungguhnya semua berasal dari Allah dan akan kembali kepada Allah”.

2. Tauhid Uluhiyah

Tauhid Uluhiyah iaitu mengesakan Allah dengan perbuatan-perbuatan hambaNya atau mengesakan Allah melalui ibadah-ibadah yang dilakukan hamba yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah sesuai dengan syariat yang diperbolehkan, kerana apabila dipandang dari sudut hukum, seluruh ibadah yang dilakukan seorang hamba hukumnya haram untuk dilaksanakan kecuali ada hukum syariat yang membolehkannya. Sehingga sah tidaknya sesuatu amalan ibadah yang dilakukan seorang hamba tergantung kepada ada tidaknya aturan yang mengaturnya.

Kunci pemahaman tauhid uluhiyah ini adalah pada pencapaian akhir tujuan ibadah iaitu pada sebab dari ibadah tersebut dilaksanakan. Setiap ibadah yang dilaksanakan hanya kerana Allah dan teruntuk hanya untuk Allah, maka ketika itu ibadah akan menjadi asas utama untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Apabila hambaKu merangkak mendekati Aku, maka Aku akan berjalan mendekatinya, Apabila hambaKu berjalan mendekati Aku, maka Aku akan berlari mendekatinya, apabila hambaKu berlari-lari mendekati Aku, maka Aku ada bersamanya”.

3. Tauhid Asma dan Sifat

Tauhid Asma dan Sifat iaitu mengesakan Allah melalui pengakuan dan penghayatan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah serta hikmah yang terkandung di dalam setiap nama dan sifat Allah sesuai dengan tuntunan Al-Quran dan Hadith.

Tauhid Asma dan Sifat ini merupakan penafsiran dan penterjemahan serta hikmah yang disampaikan melalui sifat-sifat Allah serta nama-nama agung yang dipilihNya untuk memperkenalkan diri kepada makhluk ciptaanNya.

Sebagai makhluk, manusia tidak mempunyai kesanggupan untuk mengenal Allah secara nyata sehingga untuk mengenal Allah, manusia hanya biasa melakukan dengan mengikuti cara-cara yang dipilih Allah dalam memperkenalkan diriNya, seperti Allah memperkenalkan dirinya dengan nama-nama yang tercantum dalam al-Asma al-Husna yang sekali gus di dalamnya terkandung hakikat dari zat yang memiliki nama tersebut.

Sifat Allah melalui tauhid asma dan sifat difahami sebagai sifat yang maha sempurna. Sifat yang hanya dimiliki oleh Allah dan tidak dimiliki dan diberikan kepada makhluk, sehingga hanya Allah yang memiliki sifat itu. Jika sifat-sifat yang dimiliki Allah juga dimiliki oleh makhluknya, tentunya tidak ada lagi perbezaan yang membezakan antara tuhan dan makhluk ciptaanNya.

Adapun yang menjadi kajian dalam posting ini, lebih dititik beratkan kepada kajian tauhid asma dan sifat kerana di samping mencakupi tauhid rububiyah dan tauhid uluhiyah, juga dengan sedikit sentuhan logik dalam kajian ini, hakikat ketuhanan akan lebih mudah difahami sehingga dikatakan dengan pemahaman tauhid asma dan sifat ini sebagai jalan pintas untuk cepat bertemu Allah.

Monday, May 17, 2010

BERPEGANG KEPADA MAKAM

JANGAN MEMINTA KEPADA ALLAH S.W.T SUPAYA DIPINDAHKAN DARI SATU HAL KEPADA HAL YANG LAIN, SEBAB JIKA ALLAH S.W.T MENGKEHENDAKI DIPINDAHKAN KAMU TANPA MERUBAH KEADAAN KAMU YANG LAMA.

Hal adalah pengalaman hati tentang hakikat. Hal tidak boleh didapati melalui amal dan juga ilmu. Tidak boleh dikatakan bahawa amalan menurut tarekat tasauf  menjamin seseorang murid memperolehi hal. Latihan secara tarekat tasauf hanya menyucikan hati agar hati itu menjadi bekas yang sesuai bagi menerima kedatangan hal-hal (ahwal). Hal hanya diperolehi kerana anugerah Allah s.w.t. Mungkin timbul pertanyaan mengapa ditekankan soal amal seperti yang dinyatakan dalam kalam yang lalu sedangkan amal itu sendiri tidak menyampaikan kepada Tuhan?

Perlu difahami bahawa seseorang hamba tidak mungkin berjumpa dengan Tuhan jika Tuhan tidak mahu bertemu dengannya. Tetapi, jika Tuhan mahu menemui seseorang hamba maka dia akan dipersiapkan agar layak berhadapan dengan Tuhan pada pertemuan yang sangat suci dan mulia. Jika seorang hamba didatangi kecenderungan untuk menyucikan dirinya, itu adalah tanda bahawa dia diberi kesempatan untuk dipersiapkan agar layak dibawa berjumpa dengan Tuhan. Hamba yang bijaksana adalah yang tidak melepaskan kesempatan tersebut, tidak menunda-nunda kepada waktu yang lain. Dia tahu bahawa dia menerima undangan dari Tuhan Yang Maha Mulia, lalu dia menyerahkan dirinya untuk dipersiapkan sehingga kepada tahap dia layak menghadap Tuhan sekalian alam. Makam di mana hamba dipersiapkan ini dinamakan aslim atau menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan. Tuhan yang tahu bagaimana mahu mempersiapkan hamba yang Dia mahu temui. Tujuan amalan tarekat tasauf  ialah mempersiapkan para hamba agar berkeadaan bersiap sedia dan layak untuk dibawa berjumpa dengan Tuhan (memperolehi makrifat Allah s.w.t). Walaupun hal merupakan anugerah Allah s.w.t semata-mata, tetapi hal hanya mendatangi hati para hamba yang bersedia menerimanya.

Murid atau salik yang memperolehi hal akan meningkatkan ibadatnya sehingga suasana yang dicetuskan oleh hal itu sebati dengannya dan membentuk keperibadian yang sesuai dengan cetusan hal tersebut. Hal yang menetap itu dinamakan makam. Hal yang diperolehi dengan anugerah bila diusahakan akan menjadi makam. Misalnya, Allah s.w.t mengizinkan seorang salik mendapat hal di mana dia merasai bahawa dia sentiasa berhadapan dengan Allah s.w.t, Allah s.w.t melihatnya zahir dan batin, mendengar ucapan lidahnya dan bisikan hatinya. Salik memperteguhkan daya rasa tersebut dengan cara memperkuatkan amal ibadat yang sedang dilakukannya sewaktu hal tersebut datang kepadanya, sama ada ianya sembahyang, puasa atau zikir, sehingga daya rasa tadi menjadi sebati dengannya. Dengan demikian dia mencapai makam ihsan.

Satu sifat semulajadi manusia adalah tergesa-gesa, bukan sahaja dalam perkara duniawi malah dalam perkara ukhrawi juga. Salik yang rohaninya belum mantap masih dibaluti oleh sifat-sifat kemanusiaan. Apabila dia mengalami satu hal dia akan merasai nikmatnya. Rindulah dia untuk menikmati hal yang lain pula. Lalu dia memohon kepada Allah s.w.t supaya ditukarkan halnya. Sekiranya hal yang datang tidak diperteguhkan, ia tidak menjadi makam. Bila hal berlalu ia menjadi kenangan, tidak menjadi keperibadian. Meminta perubahan kepada hal yang lain adalah tanda kekeliruan dan boleh membantut perkembangan kerohanian.

Kekuatan yang paling utama adalah berserah kepada Allah s.w.t, reda dengan segala lakuanNya. Biarkan Allah Yang Maha Mengerti menguruskan kehidupan kita. Sebaik-baik perbuatan adalah menjaga makam yang kita sedang berada di dalamnya. Jangan meminta makam yang lebih tinggi atau lebih rendah. Semakin hampir dengan Allah s.w.t, semakin hampir dengan bahaya yang besar, iaitu dicampak keluar dari majlisNya (sesiapa yang tidak tahu menjaga kesopanan bermajlis dengan Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi). Oleh yang demikian, tunduklah kepada kemuliaanNya dan berserahlah kepada kebijaksanaanNya, nescaya Dia akan menguruskan keselamatan dan kesejahteraan para hambaNya.

Sunday, May 16, 2010

MENUNDA AMAL TANDA KEBODOHAN

MENUNDA AMAL KEBAIKAN KERANA MENANTIKAN KESEMPATAN YANG LEBIH BAIK ADALAH TANDA KEBODOHAN.

Posting yang lalu memaparkan kebodohan yang timbul kerana kejahilan tentang kekuasaan Tuhan. Posting kali ini pula memaparkan kebodohan yang timbul lantaran kelalaian. Orang yang mabuk dibuai oleh ombak kelalaian tidak dapat melihat bahawa pada setiap detik pintu rahmat Allah s.w.t sentiasa terbuka dan Allah s.w.t sentiasa berhadap kepada hamba-hambaNya. Setiap saat adalah kesempatan dan tidak ada kesempatan yang lebih baik daripada kesempatan yang memperlihatkan dirinya kepada kita. Kesempatan yang paling baik ialah kesempatan yang kita sedang berada di dalamnya.

Kelalaian adalah buah kepada panjang angan-angan. Panjang angan-angan pula datangnya dari pokok kurang ingatan kepada mati. Jadi, ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit kelalaian ialah memperbanyakkan ingatan kepada mati. Apabila ingatan kepada mati sudah kuat, maka seseorang itu tidak akan mengabaikan kesempatan yang ada baginya untuk melakukan amal salih.

Kalam untuk posting kali ini jika ditafsir secara umum, menganjurkan agar segala amal kebaikan hendaklah dilakukan dengan segera tanpa bertangguh-tangguh. Jika diperhatikan  posting-posting kalam yang lalu, dapat difahamkan bahawa kalam yang dipaparkan kali ini berperanan membimbing seseorang pada jalan kerohanian. Amal yang ditekankan adalah amal yang berhubung dengan pembentukan rohani. Kalam untuk posting seterusnya nanti akan memperkatakan tentang makam iaitu suasana kerohanian. Jadi, jika ditafsir secara khusus kalam kali ini menganjurkan bersegera melakukan amal-amal yang perlu bagi menyediakan hati untuk menerima kedatangan hal-hal dan seterusnya mencapai makam-makam. Amal yang berkenaan ialah latihan kerohanian menurut tarekat tasauf. Latihan yang demikian harus disegerakan sebaik sahaja mendapat kesempatan, tanpa menanti kedatangan kesempatan yang lain yang diharapkan lebih baik dan lebih sesuai.

Ketika menjalani latihan kerohanian secara tarekat tasauf, kehidupan hanya dipenuhi dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, berzikir dan lain-lain. Semua amalan tersebut dilakukan bukan bertujuan untuk mengejar syurga tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t dan mendekatkan diri kepadaNya. Amalan seperti inilah yang membuka pintu hati untuk berpeluang mengalami hal-hal yang membawa kepada hasil yang diharapkan iaitu makrifatullah. Sesiapa yang benar-benar ingin mencari keredaan Allah s.w.t dan berhasrat untuk menghampiriNya serta mengenaliNya, hendaklah jangan bertangguh-tangguh lagi, usah dicari kesempatan yang lebih baik. Jangan menjadikan masalah keduniaan sebagai alasan untuk menunda tindakan bergiat mencari keredaan Allah s.w.t. Bulatkan tekad, kuatkan azam, masuklah ke dalam golongan ahli Allah s.w.t yang beramal dan bekerja semata-mata kerana Allah s.w.t. Benamkan diri sepenuhnya ke dalam suasana ‘Allah’ semata-mata dan tinggalkan apa sahaja yang selain Allah s.w.t buat seketika. Anggapkan latihan yang demikian seperti keadaan ketika menunaikan fardu haji di Tanah Suci. Selama di Tanah Suci, segala-galanya ditinggalkan di tanah air sendiri. Di hadapan Baitullah, seorang hamba menghadap dengan sepenuh jiwa raga kepada Tuhannya. Dia tidak khuatirkan keluarga, harta dan pekerjaan yang ditinggalkan kerana semuanya sudah diserahkannya kepada penjagaan Allah s.w.t. Allah s.w.t adalah Pemegang amanah yang paling baik. Dia menjaga dengan sebaik-baiknya apa yang diserahkan kepadaNya. Syarat penyerahan itu adalah keyakinan.

Perlu juga dinyatakan bahawa latihan kerohanian secara tarekat tasauf bukanlah satu-satunya jalan kepada Allah s.w.t. Tujuan utama latihan secara tasauf  adalah untuk mendapatkan ikhlas dan penyerahan yang menyeluruh kepada Allah s.w.t. Ikhlas dan penyerahan boleh juga diperolehi walaupun tidak menjalani tarekat   tasauf  tetapi tanpa latihan khusus, pembentukan hati kepada suasana yang demikian adalah sukar dilakukan.

Jalan yang tidak ada latihan khusus adalah jalan kehidupan harian. Pada jalan ini orang yang beriman perlu bekerja kuat untuk menjalankan peraturan Islam dan mempertahankan iman. Pancaroba dalam kehidupan harian sangat banyak dan orang yang beriman perlu berjalan di celah-celahnya, menjaga diri agar tidak tertawan dengan penggoda. Kewaspadaan dalam kehidupan harian itu adalah sifat takwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang mulia pada sisi Allah s.w.t.

Walau jalan mana yang dilalui matlamatnya adalah memperolehi ikhlas, berserah diri dan bertakwa.

Friday, May 7, 2010

ALLAH S.W.T DAN MAKHLUK

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

DI ANTARA BUKTI YANG MENUNJUKKAN ADANYA KEPERKASAAN ALLAH S.W.T YANG LUAR BIASA ADALAH YANG DAPAT MENGHIJAB ENGKAU DARIPADA MELIHAT KEPADANYA DENGAN HIJAB YANG TIDAK ADA WUJUDNYA DI SISI ALLAH S.W.T.

BAGAIMANA DISANGKA ALLAH S.W.T DAPAT DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG MENZAHIRKAN SEGALA SESUATU.

BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TAMPAK ZAHIR PADA SEGALA SESUATU.

BAGAIMANA AKAN MUNGKIN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TERLIHAT DALAM TIAP SESUATU.

SESUATU BAGAIMANA AKAN DAPAT DITUTUP OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TAMPAK PADA TIAP SEGALA SESUATU. BAGAIMANA MUNGKIN DIHIJAB OLEH PADAHAL DIA YANG ADA ZAHIR SEBELUM ADA SESUATU.

BAGAIMANA MUNGKIN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG LEBIH NYATA DARI SEGALA SESUATU.

BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG ESA, TIDAK ADA DI SAMPINGNYA SESUATU APA PUN.

BAGAIMANA AKAN DAPAT DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG LEBIH DEKAT KEPADA KAMU DARI SEGALA SESUATU.

BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU, ANDAINYA TIDAK ADA ALLAH S.W.T NESCAYA TIDAK ADA SEGALA SESUATU.

ALANGKAH AJAIBNYA BAGAIMANA NAMPAK WUJUD DI DALAM ‘ADAM (YANG TIDAK WUJUD), ATAU BAGAIMANA DAPAT BERTAHAN SESUATU YANG ROSAK BINASA ITU DI SAMPING ZAT YANG BERSIFAT KEKAL.

Alam ini kesemuanya adalah gelap gelita sedang yang meneranginya adalah kerana nampak Wujud Allah s.w.t padanya. Pada hakikatnya alam ini tidak wujud, Allah s.w.t jua yang wujud. Tetapi apa yang terlihat kepada kita adalah alam semata-mata sedangkan Allah s.w.t yang lebih nyata menjadi terlindung daripada pandangan kita. Allah s.w.t yang menzahirkan segala sesuatu, bagaimana sesuatu itu pula menghijabkan-Nya. Allah s.w.t yang tampak nyata pada segala sesuatu, bagaimana pula Dia terlindung. Allah s.w.t adalah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya, bagaimana pula Dia dihijab oleh sesuatu yang tidak wujud di samping-Nya.

Hati akan hanya diisi dengan iman (percaya) atau ragu-ragu. Jika Nur Ilahi menyinari hati maka mata hati akan melihat dengan iman. Seandainya pandangan mata hati  tidak bersuluhkan Nur Ilahi maka apa yang dipandangnya akan membawa keraguan dalam bentuk pertanyaan ‘bagaimana’. Pertanyaan ‘bagaimana’ itu merupakan ujian tentang Allah s.w.t. Ia boleh memberi rangsangan untuk menambahkan pengetahuan tentang Tuhan. Jika tidak dikawal ia akan mendorong kepada perbahasan yang tidak ada penyelesaian kerana bidang ilmu sangat luas, tidak mungkin habis untuk diterokai. Jika kita ikuti perbahasan ilmu, kita akan mati dahulu sebelum sempat mendapat jawapan penghabisan. Oleh itu letakkan garisan penamat kepada ilmu dan masuklah ke dalam iman. Iman menghilangkan keraguan dan tidak perlu bersandar kepada bukti dan dalil-dalil.

Pengalaman hakikat akan menghapuskan pertanyaan ‘bagaimana’. Apabila keraguan datang, ia akan disambut dengan jawapan, “Dengan Dia aku mengenal sifat-Nya, bukan dengan sifat-Nya aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal ilmu pengetahuan, bukan dengan ilmu pengetahuan aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal makrifat bukan dengan makrifat aku mengenal Dia”.

Apabila hati sudah diisi dengan iman pertanyaan ‘bagaimana’ akan menguatkan keinginan untuk mencungkil Rahsia Ilahi yang menyelubungi alam maya ini. Jika dia tidak mampu memahami sesuatu tentang Rahsia Ilahi itu maka dia akan tunduk dan mengakui dengan kerendahan hatinya bahawa benteng keteguhan Allah s.w.t tidak mampu dipecahkan oleh makhluk-Nya.

Wednesday, May 5, 2010

ALLAH S.W.T YANG MENZAHIRKAN ALAM

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

ALAM SEKALIANNYA ADALAH KEGELAPAN DAN  YANG MENERANGINYA ADALAH KERANA PADANYA KELIHATAN YANG HAQ (TANDA-TANDA ALLAH S.W.T). BARANGSIAPA  MELIHAT ALAM TETAPI DIA TIDAK MELIHAT ALLAH S.W.T SAMA ADA DALAMNYA,  DI SAMPINGNYA,  SEBELUMNYA , ATAU SESUDAHNYA, MAKA DIA BENAR-BENAR MEMERLUKAN WUJUDNYA CAHAYA-CAHAYA ITU DAN TERTUTUP BAGINYA CAHAYA MAKRIFAT OLEH TEBALNYA AWAN BENDA-BENDA ALAM.

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap atau ‘adam, tidak wujud. Wujud Allah s.w.t yang menerbitkan kewujudan alam. Tidak ada satu kewujudan yang berpisah daripada Wujud Allah s.w.t. Hubungan Wujud Allah s.w.t dengan kewujudan makhluk sekiranya dibuat ibarat (sebenarnya tidak ada sebarang ibarat yang mampu menjelaskan hakikat yang sebenarnya), perhatikan kepada api yang dipusing dengan laju. Kelihatanlah pada pandangan kita bulatan api. Perhatikan pula kepada orang yang bercakap, akan kedengaranlah suara yang dari mulutnya. Kemudian perhatikan pula kepada kasturi, akan terhidulah baunya yang wangi. Wujud bulatan api adalah wujud yang berkaitan dengan wujud api. Wujud suara adalah wujud yang berkaitan dengan wujud orang yang bercakap. Wujud bau wangi adalah wujud yang berkaitan dengan wujud kasturi. Wujud bulatan api, suara dan bau wangi pada hakikatnya tidak wujud. Begitulah ibaratnya wujud makhluk yang menjadi terbitan daripada Wujud Allah s.w.t. Wujud bulatan api adalah hasil daripada pergerakan api. Wujud suara adalah hasil daripada perbuatan orang yang bercakap. Wujud bau wangi adalah hasil daripada sifat kasturi. Bulatan api bukanlah api tetapi bukan lain daripada api dan tidak terpisah daripada api. Suara bukanlah orang yang bercakap tetapi bukan pula lain daripada orang yang bercakap. Walaupun orang itu sudah tidak bercakap tetapi masih banyak lagi suara yang tersimpan padanya. Bau wangi bukanlah kasturi tetapi bukan pula lain daripada kasturi. Walaupun bulatan api boleh kelihatan banyak, suara kedengaran banyak, bau dinikmati oleh ramai orang namun, api hanya satu, orang yang bercakap hanya seorang dan kasturi yang mengeluarkan bau hanya sebiji.

Agak sukar untuk memahami konsep ada tetapi tidak ada, tiada bersama tetapi tidak berpisah. Inilah konsep ketuhanan yang tidak mampu dipecahkan oleh akal tanpa penerangan nur yang dari lubuk hati. Mata hati yang diterangi oleh Nur Ilahi dapat melihat perkaitan antara ada dengan tidak ada, tidak bersama tetapi tidak berpisah. Atas kekuatan hatinya menerima sinaran Nur Ilahi menentukan kekuatan mata hatinya melihat kepada keghaiban yang tidak berpisah dengan kejadian alam ini. Ada 4 tingkatan pandangan mata hati terhadap perkaitan alam dengan Allah s.w.t yang menciptakan alam.

1:  Mereka yang melihat Allah s.w.t dan tidak melihat alam ini. Mereka adalah umpama orang yang hanya melihat kepada api, bulatan api yang khayali tidak menyilaukan pandangannya. Walaupun mereka berada di tengah-tengah kesibukan makhluk namun, mata hati mereka tetap tertumpu kepada Allah s.w.t, tidak terganggu oleh kekecuhan makhluk. Lintasan makhluk hanyalah umpama cermin yang ditembusi cahaya. Pandangan mereka tidak melekat pada cermin itu.

2:  Mereka yang melihat makhluk pada zahir tetapi Allah s.w.t pada batin. Mata hati mereka melihat alam sebagai penzahiran sifat-sifat Allah s.w.t. Segala yang maujud merupakan kitab yang menceritakan tentang Allah s.w.t. Tiap satu kewujudan alam ini membawa sesuatu makna yang menceritakan tentang Allah s.w.t.

3:  Mereka yang melihat Allah s.w.t pada zahirnya sementara makhluk tersembunyi. Mata hati mereka terlebih dahulu melihat Allah s.w.t sebagai sumber kepada segala sesuatu, kemudian baharulah mereka melihat makhluk yang menerima kurniaan daripadaNya. Alam tidak lain melainkan perbuatanNya, gubahanNya, lukisanNya atau hasil kerja TanganNya.

4:  Mereka yang melihat makhluk terlebih dahulu kemudian baharulah melihat Allah s.w.t. Mereka memasuki jalan berhati-hati dan berwaspada, memerlukan masa untuk menghilangkan keraguan, berdalil dengan akal sehingga kesudahannya ternyatalah akan Allah s.w.t yang WujudNya menguasai wujud makhluk.

Selain yang dinyatakan di atas tidak lagi dipanggil orang yang melihat Allah s.w.t. Gambar-gambar alam, syahwat, kelalaian dan dosa  menggelapkan cermin hati mereka hingga tidak mampu menangkap cahaya yang membawa kepada makrifat. Mereka gagal  untuk melihat Allah s.w.t sama ada di dalam sesuatu, di samping sesuatu, sebelum sesuatu atau sesudah sesuatu. Mereka hanya melihat makhluk seolah-olah makhluk berdiri dengan sendiri tanpa campur tangan Tuhan.

Anasir alam dan sekalian peristiwa yang berlaku merupakan perutusan yang membawa perkhabaran tentang Allah s.w.t. Perkhabaran itu bukan didengar dengan telinga atau dilihat dengan mata atau difikir dengan akal. Ia adalah perkhabaran ghaib yang menyentuh jiwa. Sentuhan tangan ghaib pada jiwa itulah yang membuat hati mendengar tanpa telinga, melihat tanpa mata dan merenung tanpa akal fikiran. Hati hanya mengerti setiap perutusan yang disampaikan oleh tangan ghaib kepadanya dan hati menerimanya dengan yakin. Keyakinan itu menjadi kunci kepada telinga, mata dan akal. Apabila kuncinya telah dibuka, segala suara alam yang didengar, sekalian anasir alam yang dilihat dan seluruh alam maya yang direnungi akan membawa cerita tentang Tuhan. Abid mendengar, melihat dan merenungi Keperkasaan Tuhan. Asyikin mendengar, melihat dan merenungi keindahan Tuhan. Muttakhaliq mendengar, melihat dan merenungi kebijaksanaan dan kesempurnaan Tuhan. Muwahhid mendengar, melihat dan merenungi keesaan Tuhan.

Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun darihal keadaan  mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?” (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Maha Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!” ( Ayat 16 : Surah Mu’min )

Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai balasan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa. ( Ayat 42 : Surah al-Qamar )

Ayat-ayat  seperti yang di atas menggetarkan jiwa abid. Hati abid sudah ‘berada’ di akhirat. Alam dan kehidupan ini menjadi ayat-ayat atau tanda-tanda untuknya melihat keadaan dirinya di akhirat kelak, menghadap Tuhan Yang Esa, Maha Perkasa, tiada sesuatu yang tersembunyi daripadaNya.

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangi pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). ( Ayat 3 & 4 : Surah al-Mulk )

Asyikin memandang kepada alam ciptaan dan dia mengulang-ulangi pemandangannya. Semakin dia memandang kepada alam semakin dia melihat kepada keelokan dan kesempurnaan Pencipta alam. Dia asyik dengan apa yang dipandangnya.

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNya jualah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tuluk bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ( Ayat 24 : Surah al-Hasyr)

Muttakhalliq menyaksikan sifat-sifat Tuhan yang dikenal dengan nama-nama yang baik. Alam adalah perutusan untuknya mengetahui nama-nama Allah s.w.t dan sifat-sifat KesempurnaanNya. Setiap yang dipandang menceritakan sesuatu tentang Allah s.w.t.

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikan sembahyang untuk mengingati Daku. ( Ayat 14 : Surah Taha )

Muwahhid fana dalam Zat. Kesedaran dirinya hilang. Melalui lidahnya muncul ucapan-ucapan seperti ayat di atas. Dia mengucapkan ayat-ayat Allah s.w.t, bukan dia bertukar menjadi Tuhan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang  yang sesat. ( Ayat 1 – 7 : Surah al-Faatihah )

Mutahaqqiq kembali kepada kesedaran keinsanan untuk memikul tugas membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t dan bergantung kepadaNya. Kehidupan ini adalah medan dakwah baginya. Segala anasir alam adalah alat untuk dia memakmurkan bumi. Apabila Nur Ilahi menerangi hati, apa sahaja yang dipandang akan kelihatanlah Allah s.w.t di sampingnya atau sebelumnya atau sesudahnya.

Wallahu a’lam…

Thursday, April 29, 2010

HIJAB YANG HALANG PERJALANAN

BAGAIMANA HATI AKAN DAPAT DISINARI SEDANGKAN GAMBAR-GAMBAR ALAM MAYA MELEKAT PADA CERMINNYA, ATAU BAGAIMANA MUNGKIN  BERJALAN KEPADA ALLAH S.W.T SEDANGKAN DIA MASIH DIBELENGGU OLEH SYAHWATNYA, ATAU BAGAIMANA AKAN MASUK KE HADRAT ALLAH S.W.T SEDANGKAN DIA MASIH BELUM SUCI DARI JUNUB KELALAIANNYA, ATAU BAGAIMANA MENGHARAP UNTUK MENGERTI RAHSIA-RAHSIA YANG HALUS SEDANGKAN DIA BELUM TAUBAT DARI DOSANYA (KELALAIAN, KEKELIRUAN DAN KESALAHAN).

Kalam yang sebelum ini memberi penekanan tentang uzlah iaitu mengasingkan diri. Kalam untuk kali ini pula memperingatkan bahawa uzlah tubuh badan sahaja tidak memberi kesan yang baik jika hati tidak ikut beruzlah. Walaupun tubuh badan dikurung, hati masih boleh disambar oleh empat perkara:

1:  Gambaran, ingatan, tarikan dan keinginan terhadap benda-benda alam seperti harta, perempuan, pangkat dan lain-lain.

2:  Kehendak atau syahwat yang mengarahkan perhatian kepada apa yang dikehendaki.

3: Kelalaian yang menutup ingatan terhadap Allah s.w.t.

4:  Dosa yang tidak dibasuh dengan taubat masih mengotorkan hati.

Diri manusia  tersusun daripada anasir tanah, air, api dan angin. Ia juga diresapi oleh unsur-unsur alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan, haiwan, syaitan dan malaikat. Tiap-tiap anasir dan unsur itu menarik hati kepada diri masing-masing. Tarik menarik itu akan menimbulkan kekacauan di dalam hati. Kekacauan itu pula menyebabkan hati menjadi keruh. Hati yang keruh tidak dapat menerima sinaran nur yang melahirkan iman dan tauhid. Mengubati kekacauan hati adalah penting untuk membukakannya bagi menerima maklumat dari Alam Malakut. Hati yang kacau itu boleh distabilkan dengan cara menundukkan semua anasir dan unsur tadi kepada syariat. Syariat menjadi tali yang dapat mengikat musuh-musuh yang cuba menawan hati. Penting bagi seorang murid yang menjalani jalan kerohanian menjadikan syariat sebagai payung yang mengharmonikan perjalanan anasir-anasir dan daya-daya yang menyerap ke dalam diri, agar cermin hatinya bebas daripada gambar-gambar alam maya. Bila cermin hati sudah bebas daripada gambar-gambar dan tarikan tersebut, hati dapat menghadap ke Hadrat Ilahi.

Selain tarikan benda-benda alam, hati boleh juga tunduk kepada syahwat. Syahwat bukan sahaja rangsangan hawa nafsu yang rendah. Semua bentuk kehendak diri sendiri yang berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t adalah syahwat. Kerja syahwat adalah mengajak manusia supaya lari dari hukum dan peraturan Allah s.w.t serta membangkang takdir Ilahi. Syahwat membuat manusia tidak reda dengan keputusan Allah s.w.t. Seseorang yang mahu menuju Allah s.w.t perlulah melepaskan dirinya dari belenggu syahwat dan kehendak diri sendiri, lalu masuk ke dalam benteng aslim iaitu berserah diri kepada Allah s.w.t dan reda dengan takdir-Nya.

Perkara ke tiga yang dibangkitkan oleh kalam ini ialah kelalaian yang diistilahkan sebagai junub batin. Orang yang berjunub adalah tidak suci dan dilarang melakukan ibadat atau memasuki masjid. Orang yang berjunub batin pula tertegah dari memasuki Hadrat Ilahi. Orang yang di dalam junub batin iaitu lalai hati, kedudukannya seperti orang yang berjunub zahir, di mana amal ibadatnya tidak diterima. Allah s.w.t mengancam untuk mencampakkan orang yang bersembahyang dengan lalai (dalam keadaan berjunub batin)  ke dalam neraka wil. Begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang menghadap-Nya dengan hati yang lalai.

Mengapa begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang lalai? Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita yang zahir. Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung. Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung pangkal dan kelakuannya sangat tidak bersopan. Perbuatan demikian adalah satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Jika raja di dunia murka dengan perbuatan demikian, maka Raja kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaanNya kepada hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian dicampakkan ke dalam neraka wil. Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak masuk ke HadratNya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan santun tidak layak mendekatiNya.

Perkara yang ke empat adalah dosa-dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ia menghalang seseorang daripada memahami rahsia-rahsia yang halus-halus. Pintu kepada Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi adalah taubat! Orang yang telah menyucibersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat, samalah seperti orang yang mati syahid yang belum menjelaskan hutangnya terpaksa menunggu di luar syurga. Jika dia mahu masuk ke dalam Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi, yang mengandungi rahsia yang halus-halus, wajiblah bertaubat. Taubat itu sendiri merupakan rahsia yang halus. Orang yang tidak memahami rahsia taubat tidak akan mengerti mengapa Rasulullah s.a.w yang tidak pernah melakukan dosa masih juga memohon keampunan, sedangkan sekalipun baginda s.a.w  berdosa semuanya diampunkan Allah s.w.t. Adakah Rasulullah s.a.w tidak yakin bahawa Allah s.w.t mengampunkan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan baginda s.a.w (jika ada)?

Maksud taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah s.w.t. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa, malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya namun, tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah s.w.t. Dia telah masuk ke dalam golongan hamba yang melakukan amal salih tetapi yang berjauhan, bukan berdekatan dengan Allah s.w.t. Taubat yang lebih halus ialah penghayatan kalimat LA HAULA WALA QUWATA ILLAH BILLAH ( Tiada daya dan upaya melainkan anugerah Allah s.w.t. ) dan INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UUN (Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali )

Segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t, baik kehendak mahupun perbuatan kita. Sumber yang mendatangkan segala sesuatu adalah Uluhiyah (Tuhan) dan yang menerimanya adalah ubudiyah (hamba). Apa sahaja yang dari Uluhiyah adalah sempurna dan apa sahaja yang terbit dari ubudiyah adalah tidak sempurna. Uluhiyah membekalkan kesempurnaan tetapi ubudiyah tidak dapat melaksanakan kesempurnaan itu. Jadi, ubudiyah berkewajipan mengembalikan kesempurnaan itu kepada Uluhiyah dengan memohon keampunan dan bertaubat sebagai menampung kecacatan. Segala urusan dikembalikan kepada Allah s.w.t. Semakin tinggi makrifat seseorang hamba, semakin kuat ubudiyahnya dan semakin kerap dia memohon keampunan dari Allah s.w.t, mengembalikan setiap urusan kepada Allah s.w.t, sumber datangnya segala urusan.

Apabila hamba mengembalikan urusannya kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t sendiri yang akan mengajarkan IlmuNya yang halus-halus, agar kehendak hamba itu bersesuaian dengan Iradat Allah s.w.t, kuasa hamba sesuai dengan Qudrat Allah s.w.t, hidup hamba sesuai dengan Hayat Allah s.w.t dan pengetahuan hamba sesuai dengan Ilmu Allah s.w.t. Dengan itu jadilah hamba mendengar kerana Sama’ Allah s.w.t, melihat kerana Basar Allah s.w.t dan berkata-kata kerana Kalam Allah s.w.t. Apabila semuanya berkumpul pada seorang hamba, maka jadilah hamba itu Insan Sirullah (Rahsia Allah s.w.t).

Sunday, March 28, 2010

UZLAH ADALAH PINTU TAFAKUR

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

TIADA SESUATU YANG SANGAT BERGUNA BAGI HATI SEBAGAIMANA UZLAH UNTUK MASUK KE MEDAN TAFAKUR.

Kalam-kalam yang lepas telah memberi gambaran tentang keperibadian tauhid yang halus-halus. Seseorang yang mencintai Allah s.w.t dan mahu berada di sisiNya, sangat ingin untuk mencapai keperibadian yang demikian. Dalam membentuk keperibadian itu, dia gemar mengikuti landasan syariat, kuat beribadat dan menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan dosa. Dia sering bangun pada malam hari untuk melakukan sembahyang tahajud dan selalu pula melakukan puasa sunat. Dia menjaga tingkah-laku dan akhlak dengan mencontohi apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Hasil daripada kesungguhannya itu, terbentuklah padanya keperibadian seorang muslim yang baik. Walaupun demikian dia masih tidak mencapai kepuasan dan kedamaian. Dia masih tidak mengerti tentang Allah s.w.t. Banyak persoalan yang timbul di dalam kepalanya yang tidak mampu dihuraikannya. Dia telah bertanya kepada mereka yang alim, tetapi dia tidak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya. Jika ada pun jawapan yang baik disampaikan kepadanya, dia tidak dapat menghayati apa yang telah diterangkan itu. Dia mengkaji kitab-kitab tasauf  yang besar-besar. Ulama tasauf  telah memberikan penjelasan yang mampu diterima oleh akalnya namun, dia masih merasakan kekosongan di satu sudut di dalam dirinya. Bolehlah dikatakan yang dia sampai kepada perbatasan akalnya.

Kalam ini memberi petunjuk kepada orang yang gagal mencari jawapan dengan kekuatan akalnya. Jalan yang disarankan ialah uzlah atau mengasingkan diri dari orang ramai. Jika dalam suasana biasa, akal tidak mampu memecahkan kubu kebuntuan, dalam suasana uzlah, hati mampu membantu akal secara tafakur, merenungi perkara-perkara yang tidak boleh difikirkan oleh akal biasa. Uzlah yang disarankan ini bukanlah uzlah sebagai satu cara hidup yang berterusan tetapi ia adalah satu bentuk latihan kerohanian bagi memantapkan rohani agar akalnya dapat menerima pancaran Nur Kalbu kerana tanpa sinaran Nur Kalbu, tidak mungkin akal dapat memahami hal-hal ketuhanan yang halus-halus, dan tidak akan diperolehi iman dan  tauhid yang hakiki.

Hati adalah bangsa rohani atau nurani iaitu hati berkemampuan mengeluarkan nur jika ia berada di dalam keadaan suci bersih. Nur yang dikeluarkan oleh hati yang suci bersih itu akan menerangi otak yang bertempat di kepala yang menjadi kenderaan akal. Akal yang diterangi oleh nur akan dapat mengimani perkara-perkara ghaib yang tidak dapat diterima oleh hukum logik. Beriman kepada perkara ghaib menjadi jalan untuk mencapai tauhid yang hakiki.

Nabi Muhammad s.a.w sebelum diutus sebagai Rasul, pernah juga mengalami kebuntuan akal tentang hal ketuhanan. Pada masa itu, ramai pendeta Nasrani dan Yahudi yang arif tentang hal tersebut, tetapi Nabi Muhammad s.a.w tidak pergi kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang mengganggu fikiran baginda s.a.w, sebaliknya baginda s.a.w telah memilih jalan uzlah. Ketika umur baginda s.a.w 36 tahun baginda s.a.w melakukan uzlah di Gua Hiraa. Baginda s.a.w tinggal sendirian di dalam gua yang sempit lagi gelap, terpisah dari isteri, anak-anak, keluarga, masyarakat hinggakan cahaya matahari pun tidak menghampiri baginda s.a.w. Amalan uzlah yang demikian, baginda s.a.w lakukan secara berulang-ulang sehingga umur baginda s.a.w mencapai 40 tahun. Masa yang paling baginda s.a.w gemar beruzlah di Gua Hiraa’ ialah pada bulan Ramadan. Latihan uzlah yang baginda lakukan dari umur 36 hingga 40 tahun itu telah memantapkan rohani baginda s.a.w sehingga berupaya menerima tanggungjawab sebagai Rasul. Latihan semasa uzlah telah menyucikan hati baginda s.a.w dan meneguhkannya sehingga hati itu mampu menerangi akal untuk mentafsir wahyu secara halus dan lengkap. Wahyu yang dibacakan oleh  Jibrail a.s hanyalah singkat tetapi Rasulullah s.a.w dapat menghayatinya, memahaminya dengan tepat, mengamalkannya dengan tepat dan menyampaikannya kepada umatnya dengan tepat meskipun baginda s.a.w tidak tahu membaca dan menulis.

Begitulah kekuatan dan kebijaksanaan yang lahir dari latihan semasa uzlah. Tanpa latihan dan persiapan yang cukup, seseorang tidak dapat masuk ke dalam medan tafakur tentang ketuhanan. Orang yang masuk ke dalam medan ini tanpa persediaan dan kekuatan akan menemui kebuntuan. Jika dia masih juga merempuh tembok kebuntuan itu, dia akan jatuh ke dalam jurang gila.

Orang awam hidup dalam suasana: “Tugas utama adalah menguruskan kehidupan harian dan tugas sambilan pula menghubungkan diri dengan Allah s.w.t”. Orang yang di dalam suasana ini sentiasa ada masa untuk apa juga aktiviti tetapi sukar mencari kesempatan untuk bersama-sama Allah s.w.t. Orang yang seperti ini jika diperingatkan supaya mengurangkan aktiviti kehidupannya dan memperbanyakkan aktiviti perhubungan dengan Allah s.w.t, mereka memberi alasan bahawa Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda s.a.w tidak meninggalkan dunia lantaran sibuk dengan Allah s.w.t. Mereka ini lupa atau tidak mengerti bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah mendapat wisal atau penyerapan hal yang berkekalan. Hati mereka tidak berpisah lagi dengan Allah s.w.t. Kesibukan menguruskan urusan harian tidak membuat mereka lupa kepada Allah s.w.t walau satu detik pun. Orang yang mata hatinya masih tertutup dan cermin hatinya tidak menerima pancaran Nur Sir, tidak mungkin hatinya berhadap kepada Allah  s.w.t ketika sedang sibuk melayani makhluk Allah s.w.t. Orang yang insaf akan kelemahan dirinya akan mengikuti jalan yang dipelopori oleh Rasulullah s.a.w dan diikuti oleh para sahabat iaitu memisahkan diri dengan semua jenis kesibukan terutamanya pada satu pertiga malam yang akhir. Tidak ada hubungan dengan orang ramai. Tidak dikunjung dan tidak mengunjungi. Tidak ada surat khabar, radio dan televisyen. Tidak ada perhubungan dengan segala sesuatu kecuali perhubungan dengan Allah s.w.t.

Dalam perjalanan tarekat tasauf, amalan uzlah dilakukan dengan bersistematik dan latihan yang demikian dinamakan suluk. Orang yang menjalani suluk dinamakan murid atau salik. Si salik menghabiskan kebanyakan daripada masanya di dalam bilik khalwat dengan diawasi dan dibimbing oleh gurunya. Latihan bersuluk memisahkan salik dengan hijab yang paling besar bagi orang yang baharu menjalani jalan kerohanian iaitu pergaulan dengan orang ramai. Imannya belum cukup teguh dan mudah menerima rangsangan daripada luar yang boleh menggelincirkannya untuk melakukan maksiat dan melalaikan hatinya daripada mengingati Allah s.w.t. Apabila dia dipisahkan dari dunia luar, jiwanya lebih aman dan tenteram mengadakan perhubungan dengan Allah s.w.t.

Semasa beruzlah, bersuluk atau berkhalwat, si murid bersungguh-sungguh di dalam bermujahadah memerangi hawa nafsu dan tarikan duniawi. Dia memperbanyakkan sembahyang, puasa dan berzikir. Dia mengurangkan tidur kerana memanjangkan masa beribadat. Kegiatan beribadat dan pelepasan ikatan nafsu dan duniawi menjernihkan cermin hatinya. Hati yang suci bersih menghala ke alam ghaib iaitu Alam  Malakut. Hati mampu menerima isyarat-isyarat  dari alam ghaib. Isyarat yang diterimanya hanyalah sebentar tetapi cukup untuk menarik minatnya bagi mengkaji apa yang ditangkap oleh hatinya itu. Terjadilah perbahasan di antara fikirannya dengan dirinya sendiri. Pada masa yang sama, dia menjadi penanya dan penjawab, murid dan pengajar. Perbahasan dengan diri sendiri itu dinamakan tafakur.

Pertanyaan timbul dalam fikirannya namun, fikirannya tidak dapat memberi jawapan. Ketika fikirannya meraba-raba mencari jawapan, dia mendapat bantuan daripada hatinya yang sudah suci bersih. Hati yang berkeadan begini mengeluarkan nur yang menerangi akal, lalu jalan fikirannya terus menjadi terang. Sesuatu persoalan yang pada mulanya difikirkan rumit dan mengelirukan, tiba-tiba menjadi mudah dan terang. Dia mendapat jawapan yang memuaskan hatinya kepada persoalan yang dahulunya mengacau fikiran dan jiwanya. Dia menjadi bertambah berminat untuk bertafakur menghuraikan segala kekusutan yang tidak dapat dihuraikannya selama ini. Dia gemar merenung segala perkara dan berbahas dengan dirinya, menghubungkannya dengan Tuhan sehingga dia mendapat jawapan yang memuaskan hatinya. Semakin dia bertafakur, semakin terbuka kegelapan yang menutupi fikirannya. Dia mula memahami tentang hakikat, hubung-kait antara makhluk dengan Tuhan, rahsia Tenaga Ilahi dalam perjalanan alam dan sebagainya.

Isyarat-isyarat tauhid yang diterima oleh hatinya membuat mata hatinya melihat bekas-bekas Tangan Allah s.w.t dalam alam maya ini. Dia dapat melihat bahawa semuanya adalah ciptaan Allah s.w.t, gubahanNya, lukisanNya dan peraturanNya. Hasil dari kegiatan bertafakur tentang Tuhan, membawa dia bermakrifat kepada Allah s.w.t melalui akalnya. Makrifat secara akal menjadi kemudi baginya untuk mencapai makrifat secara zauk.

Dalam pengajian ketuhanan, akal hendaklah tunduk mengakui kelemahannya. Akal hendaklah sedar bahawa ia tidak mampu memahami perkara ghaib. Oleh itu akal perlu meminta bantuan hati. Hati perlu digilap supaya bercahaya. Dalam proses menggilap hati itu akal tidak perlu banyak mengadakan hujah. Hujah akal melambatkan proses penggilapan hati. Sebab itulah kalam ini menganjurkan supaya mengasingkan diri. Di dalam suasana pengasingan, nafsu menjadi lemah dan akal tidak lagi mengikut telunjuk nafsu, barulah hati dapat mengeluarkan cahayanya, cahaya hati menyuluh kepada alam ghaib. Apabila alam ghaib sudah terang benderang, barulah akal mampu memahami hal ketuhanan yang tidak mampu dihuraikannya sebelum itu.

Wallahu a’lam............

Saturday, March 20, 2010

IKHLAS ADALAH ROH IBADAT

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

AMALAN ZAHIR ADALAH KERANGKA SEDANGKAN ROHNYA ADALAH IKHLAS YANG TERDAPAT DENGAN TERSEMBUNYI DALAM AMALAN ITU.

Amal lahiriah digambarkan sebagai batang tubuh dan ikhlas pula digambarkan sebagai nyawa yang menghidupkan batang tubuh itu. Sekiranya kita kurang mendapat kesan yang baik daripada latihan kerohanian, hendaklah kita merenung dengan mendalam tubuh amal, apakah ia bernyawa atau tidak?

Kalam ini menghubungkan amal dengan ikhlas. Kalam yang yang lalu telah menghubungkan amal dengan hal. Kedua-dua Kalam ini membina jambatan yang menghubungkan hal dengan ikhlas, kedua-duanya ada kaitan dengan hati, atau lebih tepat jika dikatakan ikhlas sebagai suasana hati dan hal sebagai Nur Ilahi yang menyinari hati yang ikhlas. Ikhlas menjadi persediaan yang penting bagi hati menyambut kedatangan sinaran Nur Ilahi. Apabila Allah s.w.t berkehendak memperkenalkan diriNya kepada hambaNya, maka dipancarkan nurNya kepada hati hamba tersebut. Nur yang dipancar kepada hati ini dinamakan Nur Sir atau Nur Rahsia Allah s.w.t. Hati yang diterangi oleh nur akan merasai hal ketuhanan atau mendapat tanda-tanda tentang Tuhan. Setelah mendapat pertandaan dari Tuhan, maka hati pun mengenal Tuhan. Hati yang memiliki ciri atau sifat begini dikatakan hati yang mempunyai ikhlas tingkat tertinggi. Tuhan berfirman bagi menggambarkan ikhlas dan hubungannya dengan makrifat:

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami), untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. ( Ayat 24 : Surah Yusuf )

Nabi Yusuf a.s adalah hamba Allah s.w.t yang ikhlas. Hamba yang ikhlas berada dalam pemeliharaan Allah s.w.t. Apabila dia dirangsang untuk melakukan kejahatan dan kekotoran, Nur Rahsia Allah s.w.t akan memancar di dalam hatinya sehingga dia menyaksikan dengan jelas akan tanda-tanda Allah s.w.t dan sekaligus meleburkan rangsangan jahat tadi. Inilah tingkat ikhlas yang tertinggi yang dimiliki oleh orang arif dan hampir dengan Allah s.w.t. Mata hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t, tidak pada dirinya dan perbuatannya. Orang yang berada di dalam makam ikhlas yang tertinggi ini sentiasa dalam keredaan Allah s.w.t, baik semasa beramal ataupun semasa diam. Allah s.w.t sendiri yang memeliharanya. Allah s.w.t mengajarkan agar hambaNya berhubung denganNya dalam keadaan ikhlas.

Dia Yang Tetap Hidup; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepada-Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan  sekalian alam. ( Ayat 65 : Surah al-Mu’min )

Allah s.w.t jua Yang Hidup. Dia yang memiliki segala kehidupan. Dia jualah Tuhan sekalian alam. Apa sahaja yang ada dalam alam ini adalah ciptaanNya. Apa sahaja yang hidup adalah diperhidupkan olehNya. Jalan dari Allah s.w.t adalah nikmat dan kurniaan, sementara jalan dari hamba kepadaNya pula adalah ikhlas. Hamba dituntut supaya mengikhlaskan segala  aspek kehidupan untukNya. Dalam melaksanakan tuntutan mengikhlaskan kehidupan untuk Allah s.w.t ini, hamba tidak boleh berasa takut dan gentar kepada sesama makhluk.

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun  orang-orang kafir tidak menyukai (amalan yang demikian). ( Ayat 14 : Surah al-Mu’min )

Allah s.w.t telah menetapkan kod etika kehidupan yang perlu dijunjung, dihayati, diamalkan, disebarkan dan diperjuangkan oleh kaum muslimin dengan sepenuh jiwa raga dalam keadaan ikhlas kerana Allah s.w.t, meskipun ada orang-orang yang tidak suka, orang-orang yang menghina, orang-orang yang membangkang dan mengadakan perlawanan. Keikhlasan yang diperjuangkan dalam kehidupan dunia ini akan dibawa bersama apabila menemui Tuhan kelak.

Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya)”. ( Ayat 29 : Surah al-A’raaf )

Sekali pun sukar mencapai peringkat ikhlas yang tertinggi, namun haruslah diusahakan agar diperolehi keadaan hati yang ikhlas dalam segala perbuatan sama ada yang lahir mahu pun yang batin. Orang yang telah tumbuh di dalam hatinya rasa kasihkan Allah s.w.t akan berusaha membentuk hati yang ikhlas. Mata hatinya melihat bahawa Allah jualah Tuhan Yang Maha Agung dan dirinya hanyalah hamba yang hina. Hamba berkewajipan tunduk, patuh dan taat kepada Tuhannya. Orang yang di dalam makam ini beramal kerana Allah s.w.t: kerana Allah s.w.t yang memerintahkan supaya beramal, kerana Allah s.w.t berhak ditaati, kerana perintah Allah s.w.t wajib dilaksana, semuanya kerana Allah s.w.t, tidak kerana sesuatu yang lain. Golongan ini sudah dapat menawan hawa nafsu yang rendah dan pesona dunia tetapi dia masih melihat dirinya di samping Allah s.w.t. Dia masih melihat dirinya yang melakukan amal. Dia gembira kerana menjadi hamba Allah s.w.t yang beramal kerana Allah s.w.t. Sifat kemanusiaan biasa masih mempengaruhi hatinya.

Setelah kerohaniannya meningkat, hatinya dikuasai sepenuhnya oleh lakuan Allah s.w.t, menjadi orang arif yang tidak lagi melihat kepada dirinya dan amalnya tetapi melihat Allah s.w.t, Sifat-sifatNya dan perbuatanNya. Apa sahaja yang ada dengannya adalah anugerah Allah s.w.t. Sabar, reda, tawakal dan ikhlas yang ada dengannya, semuanya merupakan anugerah Allah s.w.t, bukan amal yang lahir dari kekuatan dirinya.

Tingkat ikhlas yang paling rendah ialah apabila amal perbuatan bersih daripada riak yang jelas dan samar tetapi masih terikat dengan keinginan kepada pahala yang dijanjikan Allah s.w.t. Ikhlas seperti ini dimiliki oleh orang yang masih kuat bersandar kepada amal, iaitu hamba yang  mentaati Tuannya kerana mengharapkan upah daripada Tuannya itu.

Di bawah daripada tingkatan  ini tidak dinamakan ikhlas lagi. Tanpa ikhlas, seseorang beramal kerana sesuatu muslihat keduniaan, mahu dipuji, mahu menutup kejahatannya agar orang percaya kepadanya dan bermacam-macam lagi muslihat yang rendah. Orang dari golongan ini walaupun banyak melakukan amalan namun, amalan mereka adalah umpama tubuh yang tidak bernyawa, tidak dapat menolong tuannya dan di hadapan Tuhan nanti akan menjadi debu yang tidak mensyafaatkan orang yang melakukannya. Setiap orang yang beriman kepada Allah s.w.t mestilah mengusahakan ikhlas pada amalannya kerana tanpa ikhlas, syiriklah yang menyertai amalan tersebut, sebanyak ketiadaan ikhlas itu.

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (Ayat 31 : Surah al-Hajj )

“Serta (diwajibkan kepadaku): ‘Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik’”. Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan tidak juga dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). ( Ayat 105 & 106 : Surah Yunus )

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. (Ayat 37 : Surah al-Hajj )

Allah s.w.t menyeru sekaligus supaya berbuat ikhlas dan tidak berbuat syirik. Ikhlas adalah lawan kepada syirik. Jika sesuatu amal itu dilakukan dengan anggapan bahawa ada makhluk yang berkuasa mendatangkan manfaat atau mudarat, maka tidak ada ikhlas pada amal tersebut. Bila tidak ada ikhlas, akan adalah syirik iaitu sesuatu atau seseorang yang kepadanya amal itu ditujukan. Orang yang beramal tanpa ikhlas itu dipanggil orang yang zalim, walaupun pada zahirnya dia tidak menzalimi sesiapa.

Intisari kepada ikhlas adalah melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t semata-mata, tidak ada kepentingan lain. Kepentingan diri sendiri merupakan musuh ikhlas yang paling utama. Kepentingan diri lahir daripada nafsu. Nafsu inginkan kemewahan, keseronokan, kedudukan, kemuliaan, puji-pujian dan sebagainya. Apa yang lahir daripada nafsu itulah yang sering menghalang atau merosakkan ikhlas.

Friday, March 12, 2010

AHWAL MENENTUKAN AMAL

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

BERBAGAI-BAGAI JENIS AMAL ADALAH KERANA BERBAGAI-BAGAI AHWAL (HAL-HAL)

Kalam Hikam di atas ringkas tetapi padat. Kalam ini merupakan lanjutan kepada kalam Hikam yang dihuraikan sebelum ini. Kalam sebelum ini menjelaskan setakat perhentian di hadapan pintu gerbang dan belum menyentuh makrifat. Dan kalam kali ini memberi gambaran tentang makrifat tetapi tidak dikatakan makrifat dan tidak dihuraikan secara terus terang sebaliknya diperkatakan sebagai ahwal. Ahwal adalah jamak bagi perkataan hal. Kalam ini membawa erti hal membentuk keadaan amal. Amal adalah perbuatan atau kelakuan lahiriah dan hal adalah suasana atau kelakuan hati. Amal berkaitan dengan lahiriah manakala hal berkaitan dengan batiniah. Oleh kerana hati menguasai sekalian anggota maka kelakuan hati iaitu hal menentukan bentuk amal iaitu perbuatan lahiriah.

Dalam pandangan tasauf, hal diertikan sebagai pengalaman rohani dalam proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah (pengenalan tentang Allah). Oleh itu, tanpa hal tidak ada hakikat dan tidak diperolehi makrifat. Ahli ilmu membina makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli tasauf  bermakrifat melalui pengalaman tentang hakikat.

Sebelum memperolehi pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu memperolehi kasyaf iaitu terbuka keghaiban kepadanya. Ada orang mencari kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti  jin. Dalam proses mencapai hakikat ketuhanan, kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf yang penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam berbagai-bagai bentuk dan suasana dunia ini. Kasyaf yang menerima hakikat sesuatu, walau apa jua rupa yang dihadapi, penting bagi pengembara kerohanian. Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ahli kasyaf yang paling unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua kali sahaja, walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dengan rupa yang berbeza-beza, Rasulullah s.a.w tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s. Kasyaf yang seperti inilah yang diperlukan agar seseorang itu tidak tertipu dengan tipu daya syaitan yang menjelma dalam berbagai-bagai rupa yang hebat dan menawan sekalipun, seperti rupa seorang yang kelihatan alim dan warak.

Bila seseorang ahli kerohanian memperolehi kasyaf maka dia telah bersedia untuk menerima kedatangan hal atau zauk iaitu pengalaman kerohanian tentang hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperolehi dengan beramal dan menuntut ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk masuk ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu untuk sampai hampir dengan pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya menanti kurniaan Allah s.w.t, semata-mata kurniaan Allah s.w.t yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya. Kurniaan Allah s.w.t yang mengandungi makrifat itu dinamakan hal. Allah s.w.t memancarkan nurNya ke dalam hati hambaNya dan akibat dari pancaran itu, hati akan mendapat sesuatu pengalaman atau terbentuk satu suasana di dalam hati. Misalnya, pancaran nur Ilahi membuat hati mengalami hal bahawa Allah Maha Perkasa. Apa yang terbentuk di dalam hati itu tidak dapat digambarkan tetapi kesannya dapat dilihat pada tubuhnya yang menggigil hingga dia jatuh pengsan. Pancaran nur Ilahi membuat hati mengalami hal atau zauk atau merasai keperkasaan Allah s.w.t dan pengalaman ini dinamakan hakikat, iaitu hati mengalami hakikat keperkasaan Allah s.w.t. Pengalaman hati tersebut membuatnya berpengetahuan tentang maksud Allah Maha Perkasa. Jadi, pengalaman yang diperolehi daripada zauk hakikat melahirkan pengetahuan tentang Tuhan. Pengetahuan itu dinamakan makrifat. Orang yang berkenaan dikatakan bermakrifat terhadap keperkasaan Allah s.w.t. Oleh itu untuk mencapai makrifat, seseorang itu haruslah mengalami hakikat. Inilah jenis makrifat yang tertinggi. Makrifat tanpa pengalaman hati adalah makrifat secara ilmu. Makrifat secara ilmu boleh didapati dengan belajar, sementara secara zauk didapati tanpa belajar. Ahli tasauf tidak berhenti setakat makrifat secara ilmu, malah mereka mempersiapkan hati mereka agar sesuai menerima kedatangan makrifat secara zauk.

Ada orang yang memperolehi hal sekali sahaja dan dikuasai oleh hal dalam tempuh yang tertentu sahaja dan ada juga yang  berkekalan di dalam hal. Hal yang berterusan atau berkekalan dinamakan wisal iaitu penyerapan hal secara berterusan, kekal atau baqa. Orang yang mencapai wisal akan terus hidup dengan cara hal yang berkenaan. Hal-hal (ahwal) dan wisal boleh dibahagikan kepada lima jenis:

1 : Abid:

Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu. Kekuatan, keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang ada dengannya adalah  daya dan upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya itu adalah kurniaanNya semata-mata. Allah s.w.t sebagai Pemilik yang sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak mengambil kembali pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Seorang abid benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t, hinggakan sekiranya dia melepaskan sandaran itu dia akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t. Hal atau suasana  yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak mengambil bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari Allah s.w.t dan gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain Allah s.w.t akan menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.

2 : ‘Asyikin:

‘Asyikin ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di dalamnya. Amal atau kelakuan ‘asyikin ialah gemar merenung alam maya dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada apa yang disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati keindahan alam beberapa jam tanpa berasa jemu. Kilauan ombak dan titikan hujan memukau pandangan hatinya. Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah s.w.t. Orang yang menjadi ‘asyikin tidak memperdulikan lagi adab dan peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan lagi pada alam ini. Dia mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah Keindahan Allah s.w.t.

3 : Muttakhaliq:

Muttakhaliq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya dikuasai oleh suasana  Qurbi Faraidh atau Qurbi Nawafil. Dalam Qurbi Faraidh, muttakhaliq merasakan dirinya adalah alat dan Allah s.w.t menjadi Pengguna alat. Dia melihat perbuatan atau kelakuan dirinya terjadi tanpa dia merancang dan campur tangan, bahkan dia tidak mampu mengubah apa yang mahu terjadi pada kelakuan dan perbuatannya. Dia menjadi orang yang berpisah daripada dirinya sendiri. Dia melihat dirinya melakukan sesuatu  perbuatan seperti dia melihat orang lain yang melakukannya, yang dia tidak berdaya mengawal atau mempengaruhinya. Hal Qurbi Faraidh adalah dia melihat bahawa Allah s.w.t melakukan apa yang Dia kehendaki. Perbuatan dia sendiri adalah gerakan Allah s.w.t, dan diamnya juga adalah gerakan Allah s.w.t. Orang ini tidak mempunyai kehendak sendiri, tidak ada ikhtiar dan tadbir. Apa yang mengenai dirinya, seperti perkataan dan perbuatan, berlaku secara spontan. Kelakuan atau amal Qurbi Faraidh ialah bercampur-campur di antara logik dengan tidak logik, mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan alim dengan jahil. Dalam banyak perkara penjelasan yang boleh diberikannya ialah, “Tidak tahu! Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki”.

Dalam suasana Qurbi Nawafil pula, muttakhaliq melihat dengan mata hatinya sifat-sifat Allah s.w.t yang menguasai bakat dan keupayaan pada sekalian anggotanya dan dia menjadi pelaku atau pengguna sifat-sifat tersebut, iaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi Nawafil ialah berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebolehan untuk berbuat sesuatu. Contoh Qurbi Nawafil adalah kelakuan Nabi Isa a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat, lalu menyuruh burung itu terbang dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan beliau a.s menyeru orang mati supaya bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s melihat sifat-sifat Allah s.w.t yang diizinkan menjadi bakat dan keupayaan beliau a.s, sebab itu beliau a.s tidak ragu-ragu untuk menggunakan bakat tersebut menjadikan burung dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah s.w.t.

4 : Muwahhid:

Muwahhid fana dalam zat, zatnya lenyap dan Zat Mutlak yang menguasainya. Hal bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan sekalian maujud. Kelakuan atau amalnya tidak lagi seperti manusia biasa kerana dia telah terlepas dari sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan. Misalkan dia bernama Abdullah, dan jika ditanya kepadanya; “Di manakah Abdullah?” Maka dia akan menjawab; “Abdullah tidak ada, yang ada hanyalah Allah!” Dia benar-benar telah lenyap dari ‘keAbdullahan’ dan benar-benar dikuasai oleh ‘keAllahan’. Ketika dia dikuasai oleh hal, dia terlepas daripada beban hukum syarak. Dia mungkin melaungkan; “Akulah Allah! Maha Suci Aku! Sembahlah Aku!”. Dia telah fana dari ‘aku’ dirinya dan dikuasai oleh kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun sikap dan kelakuannya, dia tetap dalam keredaan Allah s.w.t. Apabila dia tidak dikuasai oleh hal, kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat. Perlu diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai oleh hal tidak berupaya menahannya. Ahli hal karam dalam lakuan Allah s.w.t. Bila dia melaungkan; “Akulah Allah!” bukan bermakna dia mengaku telah menjadi Tuhan, tetapi dirinya telah fana, apa yang terucap melalui lidahnya sebenarnya adalah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang mengatakan Dia adalah Tuhan dengan menggunakan lidah muwahhid yang sedang fana itu.

Berbeza pula golongan mulhid. Si mulhid tidak dikuasai oleh hal, tidak ada zauk, tetapi berkelakuan dan bercakap seperti orang yang di dalam zauk. Orang ini dikuasai oleh ilmu tentang hakikat bukan mengalami hakikat secara zauk. Si mulhid membuang syariat serta beriman berdasarkan ilmu semata-mata. Dia berpuas hati bercakap tentang iman dan tauhid tanpa beramal menurut tuntutan syariat. Orang ini bercakap sebagai Tuhan sedangkan dia di dalam kesedaran kemanusiaan, masih gelojoh dengan keinginan hawa nafsu. Orang-orang sufi bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan “Ana al-Haq!” sedangkan dia masih sedar tentang dirinya, maka orang berkenaan adalah sesat dan kufur!

5 :  Mutahaqqiq:

Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan kehidupan dunia yang wajib diuruskan. Dalam kesedaran zat, seseorang tidak keluar  dari khalwatnya dengan Allah s.w.t dan tidak peduli tentang keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia seluruhnya. Sebab itu orang yang demikian tidak boleh dijadikan pemimpin. Dia mesti turun kepada kesedaran sifat, baharulah dia boleh memimpin orang lain. Orang yang telah mengalami kefanaan dalam zat, kemudian disedarkan dalam sifat adalah benar-benar pemimpin yang dilantik oleh Allah s.w.t menjadi khalifahNya untuk memakmurkan makhluk Allah s.w.t dan memimpin umat manusia menuju jalan yang diredai Allah s.w.t. Orang inilah yang menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli tarekat yang sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani. Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah para nabi-nabi dan Allah s.w.t kurniakan kepada mereka maksum, sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai waliNya yang diberi perlindungan dan pemeliharaan.

Ahwal (hal-hal) yang menguasai hati nurani berbeza-beza, dengan itu akan mencetuskan kelakuan amal yang berbeza-beza. Ahwal mesti difahami dengan sebenar-benarnya oleh orang yang memasuki latihan tarekat kerohanian, supaya dia mengetahui, dalam amal yang bagaimanakah dia mendapat kedamaian dan mencapai maksud dan tujuan, apakah dengan sembahyang, zikir atau puasa? Dia mesti berpegang sungguh-sungguh kepada amal yang dicetuskan oleh hal tadi, agar dia cepat dan selamat sampai ke puncak.