Friday, July 30, 2010

Hakikat Nur Muhammad

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Banyak pendapat dan pertentangan pendapat tentang Hakikat Nur Muhammad yang akan menjadi topik perbahasan dalam Kajian Hakikat Tauhid ini. Perbezaan pendapat itu pada umumnya berkisar tentang penciptaan Nur Muhammad dan awal Muhammad. Masing-masing pendapat berusaha untuk menampilkan dan menyandarkan pendapatnya kepada ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith serta penjelasan-penjelasan yang logik dan ilmiah untuk menyokong kebenaran pendapat mereka.

Masing-masing pihak berusaha untuk membantah pendapat yang lainnya. Bahkan ada di antaranya yang menyatakan bahawa hadith-hadith yang disampaikan sebagai dasar daripada pendapat yang bertentangan adalah hadith lemah, bahkan hadith palsu dan sebagainya. Sehingga pada akhirnya, hanya pendapat dia sahajalah yang paling benar.

Mengenai hal tersebut, mari kita merujuk kepada pernyataan yang disampaikan oleh Ibnu Hajar yang menyatakan bahawa, setiap pendapat yang berusaha menjelaskan suatu urusan tentang agama yang tidak mempunyai penjelasan yang tegas, pada umumnya hanya berupa penafsiran yang berusaha untuk menyelaraskan maksud dan pemahamannya dengan apa yang dimaksudkan oleh Allah swt. Sedangkan yang dimaksudkan oleh Allah swt boleh jadi adalah demikian atau sama sekali bukan demikian. Kebenaran yang sesungguhnya adalah milik Allah swt.

Sedangkan tentang saling memperkatakan bahawa hadith yang disampaikan satu pihak, oleh pihak yang lain adalah hadith lemah atau hadith palsu. Hal ini adalah biasa kerana sesuai dengan konsep dasar pembelajaran ilmu hadith. Dalam perkembangannya, memang terdapat beberapa hadith yang sebelumnya dinyatakan sahih, ternyata perkembangannya yang terkini ditemukan lemah sanadnya atau bahkan ternyata bukan hadith. Namun dengan pemahaman bahawa apabila satu hadith yang sebelumnya dianggap lemah ternyata diriwayatkan oleh banyak orang dengan jalan yang berbeza, boleh jadi hadith tersebut adalah sahih kerana tidak mungkin atau kecil sekali kemungkinannya, banyak orang berbohong pada masalah yang sama di waktu yang sama.

Tapi apabila dicermati kedua pendapat yang saling bertentangan tentang keberadaan Nur Muhammad tersebut, pada hakikatnya adalah sama-sama mengakui keberadaannya kecuali daripada fahaman wahabi yang memang pada awal keberadaan fahamannya menolak setiap pendapat di luar daripada pendapatnya sendiri. Sedangkan pendapat yang lain, selain pendapat daripada fahaman wahabi atau daripada kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah cenderung untuk hanya mempersoalkan tentang penciptaan mana yang lebih dahulu diciptakan di antara Kalam dan Nur Muhammad. Jadi, keberadaan Nur Muhammad tersebut sebetulnya sudah disepakati akan adanya nur tersebut.

Perlu juga disampaikan dalam topik “Hakikat Nur Muhammad” ini bahawa Nur Muhammad yang dibahas bukan Nabi Muhammad saw yang dilahirkan di Makkah dan wafatnya di Madinah, ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah, tetapi Nur Muhammad yang dimaksudkan adalah sesuatu yang diciptakan Allah swt yang akan membuktikan bahawa Dia adalah Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Dia yang berhak untuk disembah.

Secara logic, dapat digambarkan bahawa tidaklah boleh dikatakan seseorang itu sebagai seorang guru apabila dia tidak mempunyai murid atau tidak ada orang yang belajar kepadanya, dan tidaklah boleh dikatakan bahawa seseorang itu pemimpin kalau tidak ada rakyat yang dipimpinnya. Tentunya tidaklah dikatakan Allah swt itu sebagai Tuhan apabila tidak ada makhluk yang menyembahnya dan yang menyembahNya itulah yang dikatakan sebagai Nur Muhammad.

Dengan pemahaman itu, maka sudah jelas bahawa yang pertama sekali diciptakan oleh Tuhan yang bernama Allah adalah Nur Muhammad kerana tanpa Nur Muhammad itu, Allah swt belum menjadi Tuhan kerana belum ada yang menyembahNya. Setelah ada yang menyembahNya, barulah Allah swt menciptakan kalam untuk berkata-kata kerana tidak mungkin Allah swt berkata-kata sendirian. Setelah memahami konsep sederhana yang disampaikan di atas, barulah kita boleh melanjutkan perbahasan tentang apa dan siapa Nur Muhammad itu dan bagaimana proses penciptaannya dan hubungannya dengan makhluk yang lain yang diciptakan Allah swt sesudahnya. Wallahu a’lam…

Wednesday, July 21, 2010

Sifat Jaiz atau Mungkin Pada Allah swt

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Posting ini adalah lanjutan dari kajian yang berjudul “Hakikat Zat Pada Sifat Allah” yang lalu. Sebagaimana posting yang lalu, di mana kita telah melakukan penelitian dan perbahasan tentang 20 (dua puluh) sifat yang wajib pada Allah swt, maka pada kajian ini kita akan cuba melakukan penelitian tentang sifat yang Jaiz pada Allah swt.

Jaiz pada sifat Allah swt bererti mungkin iaitu sesuai dengan sifat Allah swt; Iradat yang bererti berkehendak. Allah swt berkehendak dengan sifat iradatNya, sehingga segala sesuatu boleh bersifat mungkin dan tidak ada yang mustahil bagi Allah swt. Secara syariat dinyatakan bahawa; “Manusia punya kehendak, Allah punya kehendak, tetapi kehendak Allah swt lah yang akan berlaku”, “Nyatanya iradat Allah swt itu pada nafsu kita, kalau tidak berkehendak nafsu kita, tidak nyata iradat Allah swt itu, kerana berkehendak nafsu kita itu dengan iradat Allah swt”.

Dalam “Kajian Hakikat Tauhid” ini, kita memahami bahawa sifat Jaiz pada Allah swt terbagi atas 4 (empat) kelompok atau empat bahagian dengan namanya masing-masing iaitu:

1. Mungkin pada masa lalu (wajada wa’angqada)

Mungkin pada masa lalu ini adalah seperti mungkin pada nenek moyang kita termasuk di dalamnya asal usul dan segala hal yang berhubungan dengannya. Dalam mungkin “wajada wa’angqada” ini, pemahaman kita adalah bahawa sifat Qudrat dan Iradat Allah swt memberi bekas pada setiap ciptaanNya, taktsariyah namanya.

2. Mungkin pada saat ini (maujudat)

Mungkin pada saat ini adalah seperti bumi dan langit dan segala isinya termasuk di dalamnya, mungkin saja yang dikatakan alien itu ada dan mungkin saja tidak ada dan lain-lain. Dalam mungkin “maujudat” ini, pemahaman kita adalah bahawa sifat Qudrat dan Iradat Allah swt berserta dengan ciptaanNya dalam erti meliputi, ma’iyah namanya.

3. Mungkin pada masa datang (sayujad)

Mungkin pada masa yang akan datang seperti adanya anak-anak cucu serta keturunan kita. Dalam mungkin “sayujad” ini, pemahaman kita adalah bahawa segala sesuatu yang akan datang itu merupakan penetapan dan hukum atau sebab daripada Qudrat dan Iradat Allah swt, hukmiyah namanya.

4. Mungkin dalam Ilmu Allah swt (‘Alimullahu annahu lam yujad)

Mungkin dalam ilmu Allah swt bererti tidak ada yang tidak mungkin bagi Allah swt apabila Dia berkehendak dengan atau tanpa sebab sesuai hukum syariat atau diterima atau tidak oleh akal, seperti Allah swt menciptakan manusia berkepala tujuh atau ular berkaki sembilan atau memasukkan orang kafir ke dalam syurga. Semua mungkin saja terjadi kerana Allah swt adalah Zat yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Dalam mungkin “‘Alimullahu annahu lam yu jad” ini, pada pemahaman kita adalah Qudrat dan Iradat Allah swt yang memberi kekuatan dan yang menguatkan ciptaannya, qawiyah namanya.

Dengan selesainya posting sifat mungkin atau Jaiz pada Allah swt, maka lengkaplah sifat-sifat Allah itu menjadi 41 sifat yang terdiri di atas;

· 20 Sifat yang wajib pada Allah swt

· 20 Sifat yang mustahil pada Allah (lawan dari sifat yang wajib / belum dibahas )

· 1 sifat jaiz atau mungkin pada Allah swt

Sampai di sini, diharap semoga posting yang telah disampaikan dalam hubungan dengan sifat Allah swt ini bermanfaat dan menambahkan lagi pemahaman tentang hakikatnya. Sekali lagi diingatkan untuk berusaha dan sentiasa tetap didampingi oleh para guru atau mursyid apabila hendak melakukan perbincangan dan perbahasan tentang pemahaman tauhid agar pemahaman yang terbentuk tidak disesatkan oleh iblis laknatullah.

Bagi saudara-saudara kita yang belum mempunyai mursyid atau guru yang selayaknya, hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh agar mendapat bimbingan daripada pembimbing ‘arif tentang hakikat tauhid ini. Dan dengan harapan agar doa dan bimbingan daripada saudara-saudara kita yang sudah mendapatkannya (memahami dan mengenali akan hakikat tauhid), semoga kita semua boleh mendapatkan mursyid yang benar, yang kepadanya Allah menitipkan dan membukakan hikmah dan rahsia ilmuNya kepada kita semua. Amin… Wallahu a’alm…

Friday, July 16, 2010

Hakikat Zat Pada Sifat Allah

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Setelah menyelesaikan penelitian tentang sifat wujud dan sifat hayat yang merupakan dua sifat yang utama bagi Allah swt, maka penelitian selanjutnya pada topik Hakikat Zat Pada Sifat Allah ini, sesungguhnya kita sudah memasuki fasa kesimpulan dan aplikasi daripada pemahaman yang sudah dibahas, ke dalam aktiviti kehidupan kita sehari-hari dan di dalam perlaksanaan ibadah wajib dan ibadah sunnah, sebagai pengamalan syariat ajaran agama Islam.

Sebagaimana yang telah disampaikan pada posting-posting sebelumnya bahawa, sifat-sifat yang dimiliki oleh Allah swt sebagai Tuhan adalah sifat-sifat yang hanya dimiliki oleh Allah swt sahaja, tidak dimiliki oleh makhluknya. Apabila sifat-sifat tersebut terdapat pada makhluk, maka bererti sifat tersebut bukan sifat Allah swt kerana Allah swt sebagai Tuhan tidak boleh disamakan, tidak boleh disetarakan dengan apapun juga samada dari sudut zat, sifat ataupun perbuatannya. Itulah tauhid yang benar lagi lurus yang kita tidak boleh tersesat di dalamnya.

Pada posting sebelumnya juga telah difahami bahawa, dengan penakrifan daripada sifat-sifat Allah swt yang telah dilakukan oleh ulama-ulama Ahlul Sunna Wal Jamaah sebelumnya, sesungguhnya telah membuka satu ruang dan peluang kepada kita sebagai makhluk yang berakal untuk mengungkap tentang hakikat daripada Allah swt itu secara nyata, kerana hubungan antara zat dan sifat adalah hubungan yang saling berkait, di mana keberadaan suatu zat akan biasa diketahui dan dijelaskan melalui sifat-sifatnya dan sifat-sifat yang dikandung oleh zat adalah penggambaran daripada zat itu sendiri. Dengan logik yang sederhana dapat dinyatakan bahawa, di mana ada zat, maka di situlah sifatnya berada dan di mana sifat terlahir, maka di situ juga sesungguhnya zatnya berada.

Ungkapan atau contoh yang sangat logik dan mudah untuk difahami tentang hubungan antara zat dan sifat adalah dengan memahami sifat daripada api iaitu panas. Panas merupakan sifat yang dikandung oleh api, di mana panas itu terasa, maka di situlah api itu berada. Apabila semakin panas kita rasakan, maka sesungguhnya semakin dekat kita dengan sumber panas itu iaitu api, sehingga semakin dekat kita dengan api, maka kita akan semakin merasakan panasnya api itu. Dan sebaliknya, apabila semakin jauh kita daripada api, maka panasnya api akan kita rasakan semakin berkurang. Di mana ada panas di situlah ada api, panas adalah sifat dan api adalah zatnya.

Akibat daripada panas yang ditimbulkan akan berkadar terus dengan jarak yang berhasil dicapai oleh suatu benda dengan sumber panas atau api tersebut. Semakin dekat keberadaan suatu benda dengan sumber panas, maka akan semakin besar panas yang diserap benda dan semakin besar juga panas yang disalurkan benda tersebut kepada benda-benda di sekitarnya.

Semakin jauh keberadaan suatu benda dengan sumber panas, maka akan semakin kecil panas yang diserap benda itu dan semakin kecil juga panas yang disalurkan benda tersebut kepada benda-benda di sekitarnya. Sehingga ketika tidak ada lagi jarak di antara suatu benda dengan sumber panas, maka benda itu dinyatakan berada dalam sumber panas itu, maka benda itu akan terbakar, menjadi sebahagian bahan bakar yang menyalakan atau menghidupkankan api, bukan menjadi api.

Kedekatan Allah swt sebagai Tuhan dengan makhluk pada hakikatnya tidak merubah makhluk menjadi Tuhan, tetapi hanya mempertegaskan pembuktian atau memperjelaskan keberadaan sifat Allah swt saja.

Pada peringkat inilah sebetulnya fahaman tauhid lebih banyak disesatkan oleh iblis dari golongan jin sehingga terbentuk pemahaman bahawa makhluk boleh menyatu dengan Tuhannya (untuk yang memahami jin adalah sebahagian dari iblis). Dan pada peringkat ini jugalah sebahagian ahli sihir yang mengaku menguasai atau memiliki ilmu putih (padahal itu adalah sihir juga) menekankan pemahamannya, sehingga para iblis yang telah menguasi sihir tertentu menyakinkan kepada para budaknya itu (tukang sihir), seolah-olah kehendak penyihir tersebut merupakan iradatNya Allah swt, padahal semua itu hanyalah tipuan iblis dari kelompok jin belaka.

Telah banyak para alim dan orang-orang yang mengaku sebagai ahli tariqat dan ahli tasawuf terjebak dalam pemahaman ini, sehingga banyak sekali ditemui kelompok-kelompok tariqat dan pengajian tasawuf yang sesat dan menyesatkan pengikutnya seperti pemahaman bahawa, pencapaian maqam tertentu pada keyakinan tauhid yang difahami, telah menggugurkan ikatan hukum syariat padanya dan setiap yang dilakukan adalah Haq di atas kehendak Allah swt.

Sesungguhnya pemahaman tauhid seperti itu (dan masih banyak lagi pemahaman tauhid yang tersesat dan atau dianggap sesat), kebanyakannya adalah disebabkan oleh kurang lengkapnya dan ketidaksempurnaan pemahaman tauhid yang diyakini oleh seseorang itu. Sebahagian lagi disebabkan oleh dorongan nafsu yang dikendalikan oleh jin yang memang bertugas dan telah mendapat izin rasmi daripada Allah swt untuk menyesatkan umat manusia yang tidak mampu menguasai dan mengendalikan nafsunya dengan baik.

Pada bahagian akhir daripada topik Hakikat Zat Pada Sifat Allah ini, diingatkan kembali agar jangan berhenti memahami kajian hakikat zat Allah swt melalui sifat-sifat Allah hingga setakat ini sahaja. Pada posting selanjutnya, kita akan mencuba melanjutkan Hakikat Zat Pada Sifat Allah secara lebih mendalam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan dan ibadah, insya Allah…

Fahamilah kembali posting ini daripada awal secara berulang-ulang tentang topik Hakikat Tauhid kerana posting yang sudah disampaikan sebelum ini merupakan rangkaian topik yang saling berkaitan. Kalau hanya memahami satu bahagian sahaja, kebiasaannya mungkin menimbulkan kebingungan dan keraguan atau melahirkan pemahaman tanpa dasar yang pada akhirnya menimbulkan ketaksuban (yang selalu merasa paling benar) dengan menganggap selain daripada pemahaman yang diyakininya adalah sesuatu yang salah atau dianggap bid’ah. Padahal kebenaran yang sesungguhnya hanya milik Allah swt saja. Tugas kita hanya meyakini sebanyak yang kita fahami saja. Wallahu a’lam…

Thursday, July 15, 2010

Hakikat Zat Pada Sifat Allah

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Selanjutnya diingatkan lagi dengan sesungguh-sunguh peringatan bahawa topik Hakikat Zat Pada Sifat Allah ini adalah suatu huraian yang bersifat mendalami ilmu tauhid yang sangat memerlukan pemahaman, maka disyorkan untuk membaca setiap ayat penulisan ini secara berulang-ulang kerana kalau hanya sekali pembacaan sahaja, dijamin tidak akan mendapatkan apa-apa pemahaman.

Beberapa istilah yang digunapakai, mungkin kelihatan asing bagi sebahagian orang, kerana ini adalah topik yang sebelumnya bersifat tertutup dan dipelajari secara eklusif di pelbagai tempat, yang kebanyakan murid-muridnya sudah berusia lanjut. Untuk hal-hal yang kurang dimengerti dan difahami, disarankan untuk memperbincangkannya di majlis taklim dan pengajian masing-masing di bawah bimbingan para guru yang memahami ilmu taswauf secara baik agar tidak tersesat.

Kita lanjutkan posting kali ini pada sifat Hayat:

Sebagaimana yang telah disampikan sebelum ini bahawa di antara dua puluh sifat yang difahami dalam keyakinan Ahlul sunnah wal jamaah, terdapat dua sifat utama yang sangat menentukan keberadaan sifat-sifat yang lain. Tanpa dua sifat tersebut, maka keberadaan sifat-sifat yang lain akan tidak bererti, bahkan boleh meniadakannya.

Di antara dua sifat Allah swt tersebut, yang pertama telah disampaikan pada posting sebelum ini iaitu sifat wujud. Pada posting kali ini, kita akan memahami sifat kedua iaitu sifat Hayat yang bererti hidup. Sifat hayat ini sering juga dinyatakan sebagai ibu dari segala sifat Allah kerana tanpa sifat hayat ini, sifat wujud pada zat Allah swt menjadi tidak bererti sama sekali, sehingga mustahil sifat-sifat yang lain pada Allah swt boleh dibuktikan.

Allah bersifat hayat ertinya hidup. Allah hidup dengan sifat hayatNya sehingga dengan sifat hayat itulah, Allah Maha Hidup dan wajib bagi Allah untuk selalu hidup (Hayyun / Kaunuhu Hayyan). Kerana bukti hayat Allah swt tersebut pada hidupnya tubuh kita. Maka hakikatnya bukan hidup kita, melainkan hayatnya Allah swt. Pemahamannya adalah bukan hidup aku melainkan hidupNya Allah.

Allah bersifat ilmu ertinya mengetahui. Allah mengetahui dengan sifat ilmuNya sehingga dengan sifat ilmu itulah, Allah Maha Mengetahui dan wajib bagi Allah untuk selalu mengetahui (‘Alimun / Kaunuhu ‘Aliman). Kerana bukti ilmu Allah swt tersebut pada tahunya hati kita. Maka hakikatnya bukan tahu kita, melainkan ilmunya Allah swt. Pemahamannya adalah bukan ilmu aku melainkan ilmuNya Allah.

Allah bersifat qudrat ertinya kuasa. Allah berkuasa dengan sifat qudratNya sehinga dengan sifat qudrat itulah, Allah Maha Berkuasa dan wajib bagi Allah untuk selalu berkuasa (Qadirun / Kaunuhu Qadiran). Kerana bukti qudrat Allah swt tersebut pada kuasanya tulang kita. Maka hakikatnya bukan kuasa kita, melainkan qudratnya Allah swt. Pemahamannya adalah bukan kuasa aku melainkan kuasaNya Allah.

Allah bersifat iradat ertinya berkehendak. Allah berkehendak dengan sifat iradatNya (Muridun / Kaunuhu Muridan). Sehingga dengan sifat iradat itulah, Allah Maha Berkehendak dan wajib bagi Allah untuk selalu menghendaki. Kerana bukti iradat Allah swt tersebut pada kehendaknya nafsu kita. Maka hakikatnya bukan kehendak kita, melainkan iradatnya Allah swt. Pemahamannya adalah bukan kehendak aku melainkan kehendakNya Allah.

Allah bersifat sama’ ertinya mendengar. Allah mendengar dengan sifat sama’Nya sehingga dengan sifat sama’ itulah, Allah Maha mendengar dan wajib bagi Allah untuk selalu mendegar (Sami’un / Kaunuhu Sami’an ). Kerana bukti sama’ Allah swt tersebut pada mendengarnya telinga kita. Maka hakikatnya bukan pendengaran kita, melainkan sama’nya Allah swt. Pemahamannya adalah bukan pendengaran aku melainkan pendengaranNya Allah.

Allah bersifat Basor ertinya melihat. Allah melihat dengan sifat basorNya, sehingga dengan sifat basor itulah, Allah Maha Melihat dan wajib bagi Allah untuk selalu melihat (Basirun / Kaunuhu Basyiran ). Kerana bukti basor Allah swt tersebut pada melihatnya mata kita. Maka hakikatnya bukan penglihatan kita, melainkan basornya Allah swt. Pemahamannya adalah bukan penglihatan aku melainkan penglihatanNya Allah.

Allah bersifat kalam ertinya berkata-kata. Allah berkata-kata dengan sifat kalamNya, sehingga dengan sifat kalam itulah, Allah Maha Berkata-kata dan wajib bagi Allah untuk selalu berkata-kata (Mutakallimun / Kaunuhu Mutakalliman). Kerana bukti kalam Allah swt tersebut pada berkatanya lidah kita. Maka hakikatnya bukan perkataan kita, melainkan kalamnya Allah swt. Pemahamannya adalah bukan perkataan aku melainkan perkataanNya Allah.

Jadi setelah posting pada topik “Hakikat Zat Pada Sifat Allah” sehingga setakat ini, moga-moga kita sudah boleh serba sedikit merasakan bahawa; “Tidak satu pun yang ada pada diri kita, melainkan hanyalah sifat Allah swt”. Dengan pemahaman bahawa; “Bukan aku melainkan sifat Allah semata-mata”. Wallahu a’lam…

Saturday, July 10, 2010

Hakikat Zat Pada Sifat Allah

Sebelum melanjutkan membaca dan memahami kajian “Hakikat Zat Pada Sifat Allah” pada bagian ini, perlu disampaikan bahawa mulai dari kajian ketiga ini dan kajian-kajian selanjutnya, lebih bersifat pemahaman dan sangat memerlukankan kemurnian pemikiran dari pengaruh nafsu yang menyesatkan. Kerana pada kajian ini dan kajian selanjutnya merupakan salah satu kajian inti dari faham tariqat satariyah yang mendakwa bahawa, pemahaman tauhid dari fahaman satariyah merupakan satu-satunya cara tercepat atau jalan pintas untuk bertemu Allah swt. Fahaman tauhid satariyah tidak menyatakan dirinya sebagai bahagian dari aliran tariqat yang ada kerana sangat bersifat logik dan pemahamannya timbul dari proses pembelajaran, sedangkan fahaman tauhid dari fahaman tariqat lainnya, pemahamannya timbul dari pengamalan; Kedua-dua kaedah ini sah dan sama benarnya, tergantung kesanggupan untuk mengikuti kaedah pembelajaran dan pembentukan faham tauhidnya, sehingga sangat-sangat disarankan untuk terlebih dahulu atau kembali membaca dan mempelajari serta memahami kajian-kajian sebelumnya yang berhubungan dengan alasan:

1. Kajian ini sangat memerlukankan pemahaman sehingga apabila hanya sekali baca sahaja, diyakini bahawa pembaca tidak akan mendapat apa-apa daripada kajian ini, bahkan mungkin saja menyesatkan aqidah.

2. Untuk Hal-Hal yang kurang difahami dan meragukan, jangan difahami sendiri, tetapi disarankan untuk bertanya kepada para guru di majlis taklim atau pengajian masing-masing.

3. Yang lebih penting daripada itu adalah, bahawa yang difahami dalam kajian ini ada sifat Allah swt, bukannya zat Allah swt atau hubungan antara sifat dengan zatNya. Apabila salah dalam memahami konsep ini, maka akan jatuh kepada pemahaman tauhid yang sesat, yang menyakini bahawa makhluk boleh menyatu dengan zat Allah swt.

Setelah pada kajian yang lalu difahami bahawa melalui sifat-sifat yang diperkenalkan Allah swt kepada manusia sebagai makhluk, bererti Allah swt telah membukakan satu ruang yang sangat luas bagi kita untuk mengenal zatNya secara lebih terang dan nyata, kerana melalui sifat-sifat Allah tersebutlah kita mengenal hakikat zat itu dengan sesungguhnya.

Di antara dua puluh sifat yang difahami dalam keyakinan ahlul sunnah wal jamaah, terdapat dua sifat utama yang sangat menentukan keberadaan sifat-sifat yang lain. Tanpa dua sifat tersebut, maka keberadaan sifat-sifat yang lain akan tidak bererti, bahkan boleh meniadakan sifat-sifat yang lain.

Posting kali ini, kita akan melakukan pembahasan tentang sifat yang pertama daripada dua sifat yang utama itu, iaitu sifat wujud sebagai berikut:

Sifat Wujud : Wujud adalah sifat yang menandakan keberadaan zat. Tanpa sifat wujud ini, sifat-sifat yang lain akan menjadi tidak bererti bahkan sifat-sifat yang lain boleh menjadi tidak ada. Sifat wujud difahami melalui sifat-sifat ma’ani, sehingga untuk menjawab bagaimana wujudNya Allah, sudah boleh dijelaskan melalui sifat-sifat ma’ani yang dikelompokkan sebagai berikut:

· wujud Zat iaitu wujud yang melekat pada zat, difahami denga zat Allah iaitu wujud yang sebenar-benarnya ialah zat pada Allah, merupakan suatu yang tidak boleh diucapkan tetapi secara nyata boleh dirasakan seperti rasa manis pada gula dan rasa masin pada garam hanya boleh dirasakan tanpa boleh diperkatakan.

· wujud Sifat iaitu wujud yang melekat pada sifat zat, difahami dengan sifat Allah iaitu terhimpunnya sekalian sifat. Wujud ini dinamakan juga Nur Muhammad merupakan nyawa atau roh pada diri kita.

· wujud Afa’al iaitu wujud yang melekat pada perbuatan zat difahami dengan perbuatan Allah iaitu wujud yang keberadaannya disebabkan oleh suatu sebab sehingga tidak terjadi dengan sendirinya. Wujud ini dinamakan juga wujud Adam, merupakan tubuh pada diri kita.

· wujud Asma iaitu wujud yang melekat pada keimanan difahami dengan beriman kepada Allah iaitu wujud terdapat dalam keyakinan setiap makhluk yang memahami tentang zat Allah. Wujud ini dinamakan juga wujud iman, merupakan hati pada diri kita.

Sehingga pemahaman tentang wujud Allah ini adalah Zat Allah jadi rahsia pada diri Aku. Sifat Allah (Nur Muhammad) jadi nyawa atau roh pada diri Aku. Perbuatan Allah jadi tubuh pada diri Aku. Nama Allah jadi hati atau iman pada diri Aku.

Jadi bukan Zat melainkan rahsia pada diri Aku, bukan sifat melainkan Nur Muhammad, nyawa atau roh Aku, bukan perbuatan melainkan batang tubuh Aku, bukan Asma atau Nama melainkan keyakinan atau keimanan hati Aku.

Wallahu a’lam…

Thursday, July 8, 2010

Hakikat Tauhid

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Posting sebelum ini telah membicarakan tentang sifat Sifat Nafsiah dan Sifat Salbiyah. Pada posting kali ini, kita akan membicarakan tentang Sifat Ma’ani dan Sifat Ma’nawiyah sebagai berikut :

3. Sifat Ma’ani

Sifat Ma’ani selalu dikatakan sebagai sifat yang abstrak tetapi untuk lebih memahami dan mendalaminya, ianya adalah sifat yang membuktikan atau pembuktian wujud Allah, kerana dengan sifat ma’ani ini, Allah membuktikan sifat wujudnya yang dijelaskan dengan sifat salbiyah (Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil hawadith, Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniyah) yaitu :

a) Hayat bererti Allah itu bersifat hidup

b) Ilmu bererti Allah itu bersifat tahu

c) Qudrat bererti Allah itu bersifat kuasa

d) Irodat bererti Allah itu bersifat berkehendak

e) Sama’ bererti Allah itu bersifat mendengar

f) Bashor bererti Allah itu bersifat melihat

g) Kalam bererti Allah itu bersifat berkata-kata

Pembuktian sifat ma’ani sebagai sifat yang melekat pada wujud Allah dapat dibuktikan melalui kaedah pemahaman Tauhid Rububiyah yang bererti menyakini keberadaan Allah melalui ciptaanNya yaitu :

· kerana Allah mempunyai sifat hayat, maka kita boleh membuktikannya pada hidupnya tubuh kita. Jika tidak hidup tubuh kita itu, maka tidak terbukti hayatnya Allah, kerana hidup tubuh kita itu dengan hayatnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat ilmu, maka kita boleh membuktikannya pada tahunya hati kita. Jika tidak tahu hati kita itu, maka tidak terbukti ilmunya Allah, kerana tahu hati kita itu dengan ilmunya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat qudrat, maka kita boleh membuktikannya pada kuasanya tulang kita. Jika tidak kuasa tulang kita itu, maka tidak terbukti qudratnya Allah, kerana kuasa tulang kita itu dengan qudratnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat iradat, maka kita boleh membuktikannya pada berkehendaknya nafsu kita. Jika tidak berkehendak nafsu kita itu, maka tidak terbukti iradatnya Allah, kerana berkehendak nafsu kita itu dengan iradatnya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat sama’, maka kita boleh membuktikannya pada mendengarnya telinga kita. Jika tidak mendengar telinga kita itu, maka tidak terbukti sama’nya Allah, kerana mendengar telinga kita dengan sama’nya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat bashor’, maka kita boleh membuktikannya pada melihatnya mata kita. Jika tidak melihat mata kita itu, maka tidak terbukti bashornya Allah, kerana mendengar telinga kita dengan bashornya Allah

· kerana Allah mempunyai sifat kalam’, maka kita boleh membuktikannya pada berkata-katanya lidah kita. Jika tidak berkata-kata lidah kita itu, maka tidak terbukti kalamnya Allah, kerana berkata lidah kita dengan kalamnya Allah

Dengan pembuktian wujud Allah melalui sifat ma’ani ini memberikan pemahaman kepada kita bahawa sifat hayat merupakan pokok atau ibu dari sifat yang menjelaskan tentang zat Allah, sehingga tanpa sifat hayat, sifat wujud tidak bererti apa-apa.

4. Sifat Ma’nawiyah

Sifat ma’nawiyah merupakan sifat penegasan dari sifat ma’ani dengan

pemahaman sebagai berikut :

· kerana Allah bersifat hayat, maka wajib Zat Allah bersifat Hayyun bererti maha hidup

· kerana Allah bersifat ilmu, maka wajib Zat Allah bersifat Aliman bererti maha mengetahui

· kerana Allah bersifat qudrat, maka wajib Zat Allah bersifat Qodiron bererti maha kuasa

· kerana Allah bersifat Iradat, maka wajib Zat Allah bersifat Muridan bererti maha berkehendak

· kerana Allah bersifat sama’, maka wajib Zat Allah bersifat Sami’an bererti maha mendengar

· kerana Allah bersifat bashor, maka wajib Zat Allah bersifat Bashiron bererti maha melihat

· kerana Allah bersifat kalam, maka wajib Zat Allah bersifat Mutakalliman bererti maha berkata-kata

Itulah sifat-sifat yang wajib ada pada Zat Allah, hanya pada Zat Allah. Selain Allah, tidak ada yang memiliki sifat ini, sedangkan sifat-sifat yang mustahil pada Allah adalah kebalikan dari sifat yang wajib ini.

Monday, July 5, 2010

Hakikat Tauhid

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Sesungguhnya Allah adalah nama zat Tuhan swt yang diperkenalkan sendiri olehNya. Selain sebagai nama bagi zat Tuhan swt, Allah adalah juga tempat terkumpulnya atau terhimpunnya seluruh sifat yang dikandung zatNya sehingga Allah sebagai sebutan yang utama untuk Tuhan, sudah meliputi Tuhan secara keseluruhan yang terdiri dari zat dan sifatNya.

Hubungan antara zat dan sifat pada hakikatnya adalah hubungan sebab akibat, yang saling terkait dan saling menerangkan antara keduanya. Keberadaan sifat disebabkan karena adanya zat dan keberadaan zat hanya boleh dinyatakan dengan adanya sifat, sehingga melalui hubungan tersebut Tuhan telah membukakan satu ruang yang boleh dimasuki oleh akal manusia untuk mengetahui hakikat zatNya dengan benar.

Sebelum melanjutkan kepada kajian tentang pemahaman sifat Allah, yang pertama yang harus diyakini tentang kajian sifat Allah itu adalah bahawa sifat yang dimiliki Allah adalah sifat yang maha sempurna yang tidak dimiliki oleh selain Allah.

Karena apabila terjadi persamaan antara sifat yang dimiliki oleh Allah dengan sifat yang dimiliki oleh selain Allah, maka sifat tersebut bukan lagi menjadi sifat Allah, karena Allah tidak boleh dipersamakan dengan apapun sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran “Dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan Dia” (Al Ikhlash : 4).

Setelah prinsip dasar tersebut difahami dan diyakini secara sungguh-sungguh dengan hati yang sabar dan ikhlas, baru boleh dilanjutkan dengan kajian tentang sifat-sifat Allah.

Bila tidak, kajian tentang sifat-sifat Allah itu akan melahirkan pemahaman yang sesat seperti fahaman yang berkeyakinan bahwa semuanya di alam ini adalah perwujudan dari zat Tuhan, atau faham yang menyakini bahwa makhluk setelah melewati tahap-tahap pemahaman tertentu boleh melakukan penyatuan dengan Tuhan dan beberapa fahaman lain yang dikategorikan sebagai fahaman yang menyimpang seperti fahaman Mu’tazilah dan lain-lain.

Sekarang kita lanjutkan;

Imam Abu Hasan ‘Ali al Asy’ary dan Imam Abu Mansur al Muturidi sebagai pelopor berdirinya faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah telah menerangkan sebagai sebuah syariat bahwa sifat Allah itu dikelompokkan menjadi 41 sifat dan dikelompokkan lagi menjadi 4 kelompok besar iaitu :

1. Sifat Nafsiah

Sifat nafsiyah adalah sifat yang melekat pada Zat Allah. Sifat nafsiyah ini mengakibatkan lahirnya sifat-sifat yang lain. Sifat nafsiyah itu adalah Wujud yang bererti ada. Jika sifat Wujud ini tidak ada pada Zat Allah, maka sifat-sifat yang lain pun menjadi tidak ada, sehingga mustahil Allah itu tidak ada, karena adanya Allah dengan sifat Wujud ini. Jika sifat Wujud ini tidak ada, maka Allah pun menjadi tidak ada.

2. Sifat Salbiyah

Sifat salbiyah dikatakan sebagai sifat yang membezakan Allah dengan selain Allah, tetapi bagi huraian pemahaman yang lebih jitu menyatakan bahawa sifat salbiyah adalah sifat yang menerangkan sifat nafsiyah karena apabila dinyatakan sebagai sifat yang membezakan antara Allah dengan selain Allah, tentunya sifat-sifat Allah yang lain selain sifat salbiyah boleh dipersamakan dengan sifat selain Allah sedangkan zat, sifat dan perbuatan Allah tidak boleh disetarakan dengan sesuatu apapun juga.

Sifat-sifat salbiyah itu adalah Qidam yang bererti dahulu dan tiada permulaan, Baqa bererti kekal dan tiada kesudahan atau abadi, sehingga melahirkan sifat Mukhalafatuhu lil hawadith yang bererti tidak sama dengan segala sesuatu. Allah itu bersifat Qiyamuhu binafsihi yang bererti berdiri sendiri secara mutlak. Allah tidak memerlukan apapun atau siapapun untuk mengurus urusannya dan juga tidak mahu urusannya dicampuri, Selanjutnya dinyatakan bahawa Allah itu bersifat Wahdaniyah yang bererti Maha Esa atau Maha Tunggal, tidak berbilang dengan pengertian bahwa :

1. Allah itu Maha Esa ZatNya yang bererti Zat Allah itu tidak sama dengan apapun juga

2. Allah itu Maha Esa SifatNya yang bererti Allah itu bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang tidak sama atau dipersamakan dengan sifat selain Allah

3. Allah itu Maha Esa PerbuatanNya yang bererti seluruh perbuatan Allah tidak boleh ditiru atau dicontohi oleh siapapun, hanya Allah yang berkuasa untuk melakukan sesuatu

Sifat yang tergabung dalam kelompok sifat nafsiyah dan sifat salbiyah ini merupakan dasar utama dari pemahaman tauhid. Apabila sifat-sifat nafsiyah dan salbiyah ini difahami secara salah, maka faham tersebut telah terjerumus kepada pemahaman tauhid yang sesat sebagaimana beberapa fahaman yang telah disampaikan tadi.

Sudah banyak orang-orang alim yang tersesat dalam memahami sifat-sifat Allah ini, sehingga sangat disarankan untuk jangan memaksakan logic dan pemikiran di dalam melakukan kajian tentang tauhid. Apabila pada saat itu logik dan pemikiran belum boleh menumbuhkan pemahaman yang benar tentang kajian yang sedang dihuraikan. Tinggalkan dahulu untuk sementara. tetapi jangan berhenti, Ketahuilah bahawa sesungguhnya hukum mempelajari dan memahami tauhid secara benar adalah wajib atau fardhu ‘ain (wajib bagi setiap diri) kerana hanya dengan pemahaman dan keyakinan yang benar, seluruh amal dan ibadah yang dilakukan akan diterima Allah swt. Selain daripada itu ditolak apabila ibadah tersebut tidak menjadi tambahan dosa.

Andai memungkinkan, belajarlah melalui seorang guru atau mursyid yang benar-benar telah memahami tentang hakikat tauhid yang benar. Jangan sesekali belajar pada mursyid (guru hidup) yang masih atau sedang mencari-cari hakikat tauhid yang sesungguhnya, karena itu sama ertinya dengan membukakan ruang yang lebar bagi iblis untuk menyesatkan.

Untuk lebih jelas, silalah membaca pengertian ilmu tauhid pada posting sebelum ini. Mungkin untuk sementara, posting ini dihadkan setakat ini sahaja dahulu, kerana pada kajian selanjutnya akan dibahaskan kajian tentang dua kelompok sifat Allah yang selanjutnya, yang merupakan perincian atau pemahaman lanjutan tentang Hakikat Zat pada Sifat Allah melalui sifat Ma’ani dan Ma’nawiyah. Wallahu a’lam…

Saturday, July 3, 2010

Hakikat Tauhid

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang mempelajari tentang keesaan Allah, yang bertujuan untuk menumbuhkan dan memperteguhkan keyakinan dan keimanan bahawa Allah itu Maha Esa. Kerana bersifat keyakinan, maka dalam kajian ilmu tauhid lebih tertuju kepada hati yang meyakini, sehingga ilmu tauhid dinyatakan juga sebagai ilmu hati disebabkan pemahamannya dilakukan melalui hati.

Karena sifatnya yang lebih mengarah kepada keyakinan, maka dalam ilmu tauhid tidak dibahasa tentang tata cara ibadah. Akibatnya hanya sedikit umat yang meluangkan kesempatan untuk mempelajari ilmu tauhid. Sebahagian lagi menganggap ilmu tauhid adalah imu yang dipelajari oleh generasi tua, sehingga anak muda merasa belum perlu untuk mempelajarinya dan akan belajar nanti setelah tua. (Siapakah yang boleh menjamin bahawa dia boleh hidup sampai tua?)

Sesungguhnya mempelajari ilmu tauhid itu sangat mudah, kerana boleh difahami melalui bermacam-macam cara, sesuai dengan pembahagian ilmu tauhid itu sendiri yaitu;

1. Tauhid Rububiyah

Tauhid Rububiyah bererti tauhid yang menyakini bahawa Allah adalah Tuhan, Tuhan Yang Maha Pencipta dan maha segala perbuatan-perbuatanNya. Pembelajaran dan pemahaman tauhid rububiyah lebih dititik beratkan kepada Maha Kaya daripada Tuhan Maha Pencipta yang melalui pengakuan yang tertanam dari dalam diri bahawa hak penciptaan dan mengembangkan sesuatu dari suatu keadaan pada keadaan yang lain sampai mencapai keadaan yang sempurna hanya hak Allah. Allah telah menciptakan bumi dan langit dan apa-apa yang berada di antara keduanya, memiliki, merencanakan, menciptakan, mengatur, memelihara serta menjaga seluruh alam semesta menuju kesempurnaannya.

Konsep dasar dari tauhid rububiyah adalah mempelajari alam dari sisi penciptaanya dan hikmah di sebalik penciptaan itu, sehingga boleh ditarik garis lurus antara pembuktian melalui ilmu pengetahuan yang diamanahkan Allah kepada orang-orang yang dikehendakiNya dengan petunjuk dan tuntunan Allah melalui Al-Quran dan Hadith.

Pemahaman penciptaan alam menuju kesempurnaannya juga meliputi suatu proses yang berjalan secara terus menerus dari tidak adanya sampai kepada pengembalian kepada asal sebelum adanya alam, sehingga yang tertinggal hanya pemahamannya dan keyakinan hati yang mengacu kepada “Sesungguhnya semua berasal dari Allah dan akan kembali kepada Allah”.

2. Tauhid Uluhiyah

Tauhid Uluhiyah iaitu mengesakan Allah dengan perbuatan-perbuatan hambaNya atau mengesakan Allah melalui ibadah-ibadah yang dilakukan hamba yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah sesuai dengan syariat yang diperbolehkan, kerana apabila dipandang dari sudut hukum, seluruh ibadah yang dilakukan seorang hamba hukumnya haram untuk dilaksanakan kecuali ada hukum syariat yang membolehkannya. Sehingga sah tidaknya sesuatu amalan ibadah yang dilakukan seorang hamba tergantung kepada ada tidaknya aturan yang mengaturnya.

Kunci pemahaman tauhid uluhiyah ini adalah pada pencapaian akhir tujuan ibadah iaitu pada sebab dari ibadah tersebut dilaksanakan. Setiap ibadah yang dilaksanakan hanya kerana Allah dan teruntuk hanya untuk Allah, maka ketika itu ibadah akan menjadi asas utama untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Apabila hambaKu merangkak mendekati Aku, maka Aku akan berjalan mendekatinya, Apabila hambaKu berjalan mendekati Aku, maka Aku akan berlari mendekatinya, apabila hambaKu berlari-lari mendekati Aku, maka Aku ada bersamanya”.

3. Tauhid Asma dan Sifat

Tauhid Asma dan Sifat iaitu mengesakan Allah melalui pengakuan dan penghayatan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah serta hikmah yang terkandung di dalam setiap nama dan sifat Allah sesuai dengan tuntunan Al-Quran dan Hadith.

Tauhid Asma dan Sifat ini merupakan penafsiran dan penterjemahan serta hikmah yang disampaikan melalui sifat-sifat Allah serta nama-nama agung yang dipilihNya untuk memperkenalkan diri kepada makhluk ciptaanNya.

Sebagai makhluk, manusia tidak mempunyai kesanggupan untuk mengenal Allah secara nyata sehingga untuk mengenal Allah, manusia hanya biasa melakukan dengan mengikuti cara-cara yang dipilih Allah dalam memperkenalkan diriNya, seperti Allah memperkenalkan dirinya dengan nama-nama yang tercantum dalam al-Asma al-Husna yang sekali gus di dalamnya terkandung hakikat dari zat yang memiliki nama tersebut.

Sifat Allah melalui tauhid asma dan sifat difahami sebagai sifat yang maha sempurna. Sifat yang hanya dimiliki oleh Allah dan tidak dimiliki dan diberikan kepada makhluk, sehingga hanya Allah yang memiliki sifat itu. Jika sifat-sifat yang dimiliki Allah juga dimiliki oleh makhluknya, tentunya tidak ada lagi perbezaan yang membezakan antara tuhan dan makhluk ciptaanNya.

Adapun yang menjadi kajian dalam posting ini, lebih dititik beratkan kepada kajian tauhid asma dan sifat kerana di samping mencakupi tauhid rububiyah dan tauhid uluhiyah, juga dengan sedikit sentuhan logik dalam kajian ini, hakikat ketuhanan akan lebih mudah difahami sehingga dikatakan dengan pemahaman tauhid asma dan sifat ini sebagai jalan pintas untuk cepat bertemu Allah.